Blogger Layouts

Followers

Wednesday, November 23, 2011

sambal Telur Dadar..


Assalamualaikum semua..

Selamat pagi.. buat cikgu2 selamat bercuti.. pepagi ni maklong nak kongsi resepi mudah2 je.. menu maklong semalam.. bila maklong mula sebuk dengan cucu.. agak susah nak gerak kemana2.. waima ke pasar borong nak beli ikan or sayur pun tak boleh.. kecuali bila anak dara maklong si Miza kerja shift petang..

Bila lauk tak ada.. yang ada cuma udang dan ayam yang masih keras dalam freezer.. maklong pun ambil jalan mudah.. telurlah apa lagi kan..

   



Sambal ni sebenarnya.. makanan maklong masa susah dok felda dulu2.. bila awal bulan kami peneroka2 akan beratur untuk nak dapatkan stok makanan yang dah kering kat rumah dikedai runcit felda (PNF).. untuk mendapatkan barang wajib selain beras dan minyak masak.. ialan telur.. sardin & ikan bilis.. macam2 resepi kami buat.. dan antaranya.. sambal telur dadar ni..

Nak membuatnya sebenarnya senang sangat..

bahan:
4 biji telur digoreng dadar.. lepas potong kecil
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
ciliapi ikut kepedasan masing2
sedikit belacan
garam.. aji.. gula.. dan air asam jawa

Cara:
tumbuk cili api.. bawang dan belacan
kalau suka boleh tambah ikan bilis or udang kering..
tumiskan hingga kekuningan..
masukkan air asam jawa.. garam.. gula dan aji secukup rasa..
akhir sekali masukkan telur.. gaul rata dengan sambal..
siap.. bolehlah dihidang..





Selain aneka resepi telur.. ada satu jiran maklong selalu masak bilis berkuah.. ala2 sup gitu.. dia panggil bilis masak asam.. anak maklong diana masih menggemari resepi ni sampai sekarang.. sebab masa dia kecik dulu hari2 dok bertandang kerumah jiran maklong yang ni.. kadang2 siap makan nasi lagi.. dan ada satu jiran yang lain.. dah arwah pun.. selalu masak kari ikan bilis.. tapi maklong sampai sekarang belum pernah cuba buat kari ikan bilis..

Sebenarnya ikan bilis ni adalah makanan yang agak mahal bagi mak maklong.. masa maklong kekecik dulu.. jarang sangat nak jumpa ikan bilis.. kalau nak masak rayur tak guna pun ikan bilis or udang kering.. cuma bubuh bawang semata2..


Monday, November 21, 2011

Udang Sri Rampai


Assalamualaikum semua..

Pagi2 ni maklong nak kongsi resepi yang pedas dan sedap.. bak kata member blogger maklong.. udang ni tak kira masak apa pun.. mesti sedap.. maklong kalau dah malas nak ke pasar.. bila bahan nak masak tak ada kat peti ais.. maklong goreng je udang ni.. tapi jangan garing2





Resepinya senang je.. buat je macam kita nak masak sambal.. tak kisahlah guna cili api or cili besar.. tambah serai dan daun kunyit yang dihiris halus..

Bahan:
1kg udang saiz XL
cili api ikut suka.. nak pedas bubuh banyak
2 biji cili merah besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan..
(tumbuk semua bahan2..)
1 inci halia dihiris halus memanjang
2 helai daun kunyit hiris halus
5 batang serai dihiris halus

tumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan..
masukkan serai.. dan juga halia.. kemudian masukkan udang..
masukkan sedikit air asam jawa.. garam.. aji dan gula..
bila udang hampir masak.. masukkan daun kunyit..
kacau hingga udang masak..
sedia untuk dihidang..




Sunday, November 20, 2011

Sup Tulang + Daging Korban..


Didatangkan dari jauh.. negeri cik siti wan kembang..


Assalamualaikum semua..

Beruntung maklong dapat menantu & besan orang Kelantan.. tiap2 tahun dapat daging korban.. teringat beberapa tahun lepas.. masa tu masih susah.. maklong teringin sangat nak makan daging korban.. yelah nak beli mahal ko.. maklong suruh anak or menantu maklong tolong apa yang patut kat masjid.. semua buat2 tak dengar.. dorang ingat maklong teringin sikit je kut.. sampai sudah maklong tak merasa.. meleleh airmata maklong dek kekecewaan dan kesedihan.. barulah dorang kelamkabut.. dan ditahun2 lainnya.. menantu maklong akan tolong orang2 mesjid urus daging korban.. jadi tiap2 tahun jugaklah maklong merasa daging korban..

Entah kenapa.. pada maklong kan daging korban ni rasanya lain.. macam sedap sangat.. bukan sebab free.. tapi sebab keikhlasan orang2 yang berkorban rasanya.. tapi yang maklong dapat kiriman dari besan maklong ni daging aqiqah.. biras Maira buat aqiqah anak lelakinya yang baru lahir.. terima kasihlah diatas ingatan korang2 semua.. buat susah2 je.. hihi.. bukan saja daging.. tulang rusuk.. gearbox pun ada.. memang kelas gitu..





Maklong kan.. kalau masak sup suka yang jernih je kuahnya.. jadi maklong tak gunakan banyak bahan rempahnya.. sebab nak dapatkan rasa manis daging tu.. lagipun daging tempatan.. rasanya memang tiptop.. resepinya sipel je.. cuma satu tang maklong nak suruh uols cuba.. masukkan akar daun sup yang telah dicuci bersih semasa kita menumis bahan2 tumis..

Bahan:
3kg tulang + daging..
(rebus hingga separuh masak)

7 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
akar daun sup
garam & aji
daun sup & bawang
bawang goreng

Tumbuk bahan bertanda (*)..
tumiskan semua bahan2 diatas hingga kekuningan.. masukkan kedalam daging yang sedang direbus..
terus merebus hingga daging menjadi lembut..
rasa garam & aji..
masukkan kedalam mangkuk..
taburkan daun sup & bawang dan bawang goreng

*kalau rajin buatlah sambal kicap
masa ni maklong malas.. tu yang picitkan cili je dekat sup tu masa nak makan..


Saturday, November 19, 2011

Menu Semalam..




Kek span stoberi.. tiru CT punya.. sedap jugak.. amacam CT..?
ada rupa tak.. rasa boleh tahan..



Sambal sardin campur kentang.. untuk makan tengahari..
masak simpel je.. sebab menantu maklong ada buat kerja sikit kat dapur.. tebuk lubang untuk letak penyedut udara.. habuk banyak..



Sambal ni x pedas.. sebab guna cili kering je.. resepi ulangan je ni..




Sebelah petang anak maklong masak tempoyak ikan patin.. jiran maklong bagi.. besar sangat.. dan terasa rugi sebab tak ambik gambar.. sebelum dipotong kecil2..
ini pun resepi ulang tayang..




Dah malam mulut maklong masih nak mengunyah.. maklong ke NSK.. beli barang untuk buat roti jala.. ada tempahan.. 200 ketul.. maklong beli sekali buah mangga & nenas.. kuah rojaknya sekali.. apalagi.. merojaklah maklong..



Thursday, November 17, 2011

11/11/11.. hari ini kelak menjadi sejarah..


Assalamualaikum semua..

Lamanya maklong tak update blog maklong ni kan.. padahal ada je benda2 yang nak dikongsikan bersama kawan2 dan pembaca blog maklong ni.. bila maklong dapat mengadap pc kesayangan maklong ni.. maklong ada kegilaan lama yang maklong dok buat semula sekarang ni.. ce uols teka.. apa maklong buat..

Main game.. tu yang blog kemana.. muka buku pun jarang2 nak bukak.. uols tahu tak sebab apa.. mulanya tu cuma nak exercise otak ni.. sebab kebelakangan ni maklong selalu lupa.. dahlah penyakit lupa ni maklong memang dari kecik.. jadi bila dah tua dah semakin teruk pulak rasanya.. tapi lama2 jadi ketagih.. bahaya betul kan..

Pagi ni maklong rajinkan diri sikit.. selalunya waktu ni maklong dok kat dapur.. tapi kali ni maklong nak kongsikan kegembiraan maklong ni.. dah dekat seminggu berlalu.. 11/11/11 yang lepas.. adik lelaki maklong ni selamat dinikahkan dengan pasangannya.. Alhamdulillah.. semuga kekal hingga kesyurga.. adik maklong ni dah berumur sikit 30+ baru jumpa jodoh.. tu yang maklong seronok sangat..




Sempat jugak maklong posing.. bersama adik2 maklong..
walaupun baru nikah.. pelaminnya catik kemain.. nantikan hari sandingnya pulak.. akhir bulan januari.. insyaAllah..