Blogger Layouts

Followers

Saturday, December 31, 2011

Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak..


Assalamualaikum Semua..

Pagi ni maklong nak tayang menu yang maklong masak semalam.. biasalah.. menu ulang tayang juga.. tapi lama sudah maklong tak masak ni.. pucuk ubi susah nak dapat tau.. lagi pun maklong dah kehabisan tempoyak beberapa minggu lepas.. yang maklong masak ni tempoyak yang maklong baru buat.. sekarang ni kan musim durian kembali.. harganya lebih murah pulak tu.. yelah kalau musim lepas.. durian feberet maklong D24.. 1kg sampai rm12.. tapi musim durian kali ni cuma rm5 je.. paling mahal pun rm8.. hari2 maklong beli durian ko.. kadang2 maklong beli yang longgok untuk buat tempoyak..







Resepinya.. uols bolehlah klik kat label sayur.. mesti jumpa punya.. tapi yang sedihnya, maklong sorang je yang makan.. sebab balik kerja semalam.. anak maklong masak kicap tempe.. menantu maklong pulak makan ayam panggang yang boss dia belanja.. lepas ni maklong nak merajuk.. takmo masak.. masak pun anak2 tak nak makan..




Friday, December 30, 2011

Tenggiri Masak Lemak Cili Api..


Assalamualaikum semua..

Dah lama sangat rasanya maklong teringin nak makan ikan tenggiri masak lemak ni.. yelah.. beli ikan asyik2 buat sambal.. maklong belilah bahagian ekornya dalam 6 ketul macam tu.. ikan ni agak mahal baru maklong pandai makan.. dulu2 maklong tak suka.. mungkin sebab harganya.. yang ni 1kg rm20.. oleh kerana tak sampai 1kg harganya cuma rm16..

Maklong ni nak ke Jepun lambat lagi.. 2 bulan setengah macam tulah.. tapi maklong nak makan apa saja yang maklong teringin.. nanti kat sana bukan ada jumpa ikan2 yang macam kat sini.. lagi pun maklong kat sana lama juga.. dalam 3 bulan.. lama kan..








Oleh kerana menu ni menu ulangtayang.. tak payahlah maklong sertakan resepinya.. lagi pun senang sangat nak masaknya.. masak ni sebenarnya nak kena pandai imbangkan antara.. masam.. masin.. pedas dan lemaknya.. kalau secukup rasa tu mesti sedap kan.. jangan terlebih.. tu yang jadi berkerut dahi masa makan.. mana taknya kalau terlebih garam.. mesti dahi jadi berkerut.. hehe.. 

Thursday, December 29, 2011

Ikan Bawal Masak Sambal..


Assalamualaikum Semua..

Selamat awal pagi.. eh awal ke..? dah dengar azan tu.. dah tak awallah kan.. sepatutnya maklong solat dulu ni.. tapi bilik air rumah maklong ni cuma satu.. jadi sementara maklong tunggu giliran.. maklong nak siapka n3 maklong ni..



Alkisahnya.. maklong semalam nak masak masam manis ikan bawal ni.. maklong pun dari pagi dah keluarkan ikan ni dari peti.. dan maklong suruh anak maklong diana.. goreng.. maklong ajak paklong keluar.. pos barang maira.. sambil2 tu nak beli bahan2 untuk masak ikan tu.. tapi maklong boleh lupa.. cuma beli cili kering je.. maka dengan berat hati maklong buatlah sambal je.. tapi alhamdulillah.. rasanya sedap juga..





Oleh kerana rasanya sedap.. maklong pun nak juga kongsi resepinya dengan uols.. mana tahu kut2 ada yang nak mencuba.. tengoklah tu bukan main merah pekat lagi warna sambalnya kan.. hehe..

Bahannya..
2 ekor ikan bawal.. goreng
1 cawan cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawabg besar..
3 sudu cili sos
2 sudu sos tiram
garam.. aji.. gula..

Cara..
tumbuk kasar bawang putih dan bawang merah..
tumiskan hingga kekuningan..
masukkan cili.. tumis hingga pecah minyak.. masukkan sedikit air..
masukkan pulak sos cili dan sos tiram..
garam.. aji dan gula secukup rasa..
akhir sekali masuk bawang besar.. bila dah masak..
tuangkan diatas ikan.. sedia untuk dihidang..

Monday, December 26, 2011

Menu Ulang Tayang..


Assalamualaikum Semua..

Oleh kerana menu cuma menu ulang tayang.. resepi ada kat n3 sebelumnya.. rasanyalah.. maklong pun bukan ingat sangat.. oleh kerana cucu2 yang maklong jaga.. hareez.. nina.. asyraf.. dan alisya masing2 bercuti.. maklong hanya tinggal bersama nasya sahaja.. kerja maklong makan tidor je kat rumah.. cuaca pulak mendung.. cuma hari ni cuaca agak baik.. panas dan berangin.. sesuai sangatlah untuk kerja2 mendobi pakaian..




Sambal udang ni lauk hari ni.. oleh keran gas habis.. maklong masak satu masakkan je menggunakan dapur mini gas.. ala.. yang guna tong gas kecik tu..



Sambal ikan talapia merah ni.. menu semalam.. masak sambal macam biasa2 je.. cuma tambahkan aroma dengan hirisan daun limau purut.. rasanya sedap dan wangi..



Pecal.. antara makanan kegemaran maklong.. maklong boleh tak makan nasi kalau ada pecal ni.. berbeza dengan paklong.. pecal ni dia buat lauk makan nasi.. dia akan makan bersama ikan masin atau ikan goreng..



Kuah durian ni maklong buat untuk paklong.. dia jamu kawan2 kat tempat kerjanya.. paklong belikan roti kosong yang panjang tu.. sekali hadap je katanya..




Tengah nak masak tengahari tadi.. gas habis pulak.. nasib baik ada dapur gas mini ni.. dapatlah maklong menyambal udang hingga masak.. 1st time guna dapur ni.. mula2 tu terkial2 nak hidupkan apinya.. belek punya belek.. barulah maklong tahu cara nak gunakan.. bukannya orang yang jual tu tak ajar.. tapi maklong ni kan pelupa..

Jualan Runtuh Disini.. happy hour sales..












Saturday, December 24, 2011

Persediaan Timang Cucu.. ke4 & ke5..

Assalamualaikum Semua..

Pagi tadi.. mesti ada yang silau mata dengan n3 maklong yang merah menyala kan.. ok petang ni maklong redupkan sikit pandangan kali ini dengan warna kegemaran anak maklong.. Maira.. rasanya ramai yang tahu yang anak maklong ni sedang hamil 27 minggu.. oleh kerana maira ni jenis yang tak cerewet tentang barangan babynya.. maklonglah yang banyak sediakan.. cuma dia ada sebut.. tak kira baby lelaki atau perempuan dia nak warna biru.. so, maklong layan jelah.. 



Setiap kali maklong keluar untuk shopping.. maklong mesti beli satu atau lebih barang baby.. macam maklong pulak yang nak terima baby kan.. tapi sangat best tengok baju baby yang comel2.. sebenarnya maklong suka pakaian baby jenama kiko.. biarpun agak mahal tapi jahitannya kemas.. cuma tak banyak pilihan.. jadi maklong pun banyak beli pakaian jenama Anakku.. harganya berpatutan dan banyak pilihan..



Set ni sangat comel.. maklong beli 2.. satu untuk Diana satu untuk Maira.. jenama fiffy.. tuala anakku tak jumpa yang warna biru.. jadi maklong beli warna putih.. bila terjumpa tuala baby warna biru.. jenama fiffy.. Diana dengan senang hati bagi kat adiknya.. dia ambik yang warna cream..



Baju sejuk baby dan tshirt ni untuk baby Maira.. ada YES kat butik anakku.. tapi setiap kali maklong nak beli.. pakaian yang nampak sgt baju baby lelaki.. kiranya tak sesuailah baby perempuan pakai.. hati kecil maklong berkata.. kalau baby Maira nanti perempuan.. macamana.. ahh.. nantilah tunggu anak maira lahir.. harganya pulak mengalahkan baju neneknya.. hehehe..




Yang ni kain ela.. maklong beli kat pasar pagi, Selayang.. nak buat sarung tilam dan sarung bantal.. ada juga teringin nak buat kain bedung barang 6 helai.. senang nak bedung cucu maklong nanti.. kainnya gebu sangat.. dulu2 maklong guna kain cotton yang murah je.. untuk buat bedung anak2 maklong.. ada orang guna kain batik lama kan tapi maklong guna kain putih yang maklong jahit sendiri..

Barang2 lain maklong dah masukkan kotak.. sedia untuk dipos ke Jepun.. selimut.. tuala.. napkin.. pampers.. semua maklong beli kat sini.. sebab kat sana harganya mahal sikit.. romper maklong tak beli.. sebab dia nak beli sendiri.. lagi pun maklong tak suka tengok baby pakai romper..huhu..


   



Ini baju jenama disney.. saiz newborn.. rasanya cutting yang paling kecil.. bila dibandingkan dengan yang lain2.. jadi untuk dipakai baby yang baru lahir taklah gedobo sangat.. harga mampu milik.. 2 pasang ni rm39.90.. lagi pun warna tu yang agak menarik sebab ada merah sikit2..hahaha.. 

Kamera Merahku.. cap ayam je..



Assalamualaikum semua..

Maklong ni nak buat n3 masak2 tapi dah lama tak masak yang best untuk dikongsi dengan uols.. pembaca blog maklong.. kalau masak pun mesti resepi ulangan.. maklong dah jarang nak mencuba resepi.. sebab bila mencuba resepi je, ada masa anak2 tak suka nak makan.. macam2 alasan dorang bagi.. tu yang jadi malas.. lagi satu maklong kena berjimat sikit.. nak simpan duit.. maklong kan nak kejepun.. orang lain keluar negara sebab duit lebih.. nak melancung.. maklong sebab nak timang cucu.. best jugak kan.. tak sabar you.. issyykk2.. gedik pulak orang tua ni..



Alamak.. dalam masa nak berjimat tu.. ada pulak benda yang maklong nak kena beli.. kamera.. ya kamera.. tu yang kat atas tu.. rm799.. bagi orang lain kacang je kan.. bagi maklong boleh tahan jugaklah.. tp dah berkenan.. angkat jelah.. bukan maklong tak ada kamera.. tapi maklong punya kamera ni ada masalah sikit.. bila ambik gambar selalu goyang.. kabur gitu.. kalau ambik gambar kat luar rumah.. cantiklah..

Kamera baru maklong ni best sangat.. selain warnanya yang sangat menawan hati maklong.. hasil gambar yang kita ambik pun cantik dimata maklong.. orang goyang sikit.. tangan kita tergoyang sikit.. hasilnya taklah goyang.. tetap cantik.. harga sebelum ni rm999 tau.. tapi ni kan hujung tahun so, ada offer.. siap bagi 8 GIB lagi.. selalu 4 je kan.. maklong tempah khas ni.. maklong nampak kamera ni kat KL festivel city.. kat Danau Kota tu.. tapi maklong lebih suka beli kat kedai dekat2 rumah maklong ni.. kat Selayang Mall.. bila ada masaalah tak perlu pergi jauh2.. mula2 amoy tu kata tak ada.. tapi maklong pujuk amoy tu carikan untuk maklong.. amoy pun kata.. ok loh.. sukanyaa maklong.. tak cukup sekali maklong ucap terima kasih kat amoy tu.. hehe..



 Inilah kamera maklong yang maklong baru jugak beli.. rasanya sebelum raya hari tu.. tu pun sebab kamera canon maklong yang kat bawah ni rosak sikit.. cucu maklong jatuhkan masa dia duk nak tunjukkan hasil gambar yang dia ambik.. bila ambik gambar je mesti ada bayang hitam.. terganggu rasanya..



Kamera canon ni.. murah sikit.. tapi biarpun murah.. maklong selesa menggunakannya.. kira fungsinya yang asas2 je.. maklong manalah nak reti setting2 ni.. tapi gambar memuaskan.. cucu maklong yang nasya pun pandai ambik gambar guna kamera ni.. masa tu umur dia baru 2 tahun setengah.. tapi sebab dah rosak kenalah gantikan dengan yang lain..



Wahhh.. maklong ni memang suka merah kan.. ya betul.. ni hp maklong.. yang N73 tu paklong yang belikan.. tu yang tahan bertahun2.. kalau tak, pakai setahun dua maklong mesti trade in punya.. masa maklong ambik kamera semalam.. maklong ada masa sikit menjeling2 kedai hp yang menjual  hp berbagai jenama.. hati maklong pun mulalah.. tapi bila maklong cakap kat paklong.. paklong cakap dengan agak tegas.. "tak payah.. kalau ada duit lebih tu.. simpan untuk nak ke Jepun.." sebenarnya paklong tak pernah nak halang maklong nak beli apa yang maklong nak.. tapi kali ni.. kenalah akur.. 


Wednesday, December 21, 2011

Rabu Tanpa Bicara.. layan jugaklah..






Cekodok Tempe


Assalamualaikum semua..

Malam tadi kan maklong rasa lapar sangat.. yang ada cuma tempe 2 keping setengah.. yang sekeping setengah maklong dah goreng malam semalam.. ada pulak setengah2.. tetiba maklong teringat dekat kawan kita CEK.. yang pernah kongsikan resepi cekodok tempe..




Oleh kerana komputer maklong sewel2 sikit.. susah maklong nak klik2.. nak tengok resepi dekat blog CEK.. jadi maklong buat ikut dan je.. hasilnya memang saaaaangat sedap.. betul.. tak tipu.. untuk penggemar tempe macam maklong lah..

Walaupun maklong ni anak jawa jati dari perak.. dolu2 maklong tak suka makan tempe.. mula belajar makan tempe setelah kawin dengan arwah suami maklong yang pertama.. anak tokeh tempe.. nak tak nak kenalah makan tempe.. sebab hari2 makan mesti ada tempe.. tapi tak pernah buat cekodok tempe macam ni..

cara2 nak buat senang je..
potong tempe kecik2.. tumbukkan segenggam bilis.. bawang besar potong dadu.. cili merah potong kecik2..masukkan tepung dalam 1 cawan.. kalau nak lebih tepung pun boleh.. garam secukup rasa.. tuang air dan gaul rata.. biar tepung agak agak pekat sikit.. panaskan minyak dan goreng hingga garing..

bila dah kekuningan angkat.. biar sejuk sekejap.. bolehlah ngap.. maklong makan dengan sambal tumis bilis yang tinggal sikit tu.. punyalah sedap.. cucu maklong si nasya cakap.. ni naget kan nek.. hahaha..


Sunday, December 18, 2011

Sampah Oh Sampah..

Assalamualaikum semua..

Lamanya maklong tak update blog ni.. entah sebab apa pun maklong sendiri tak pasti.. malas ada sikit.. tak ada cerita menarik ada sikit.. sebuk macam hapa entah ada sikit.. pendek kata macam2 alasanlah.. tapi malam ni.. mood maklong tetiba datang tapi cerita tak berapa nak menarik.. 


Perasan tak apa yang maklong nak sembang malam ni.. sampah maklong nilah.. kat kawasan perumahan maklong tinggal sekarang ni.. lori sampah alam flora dah arang datang kutip sampah.. bila tanya sesama jiran tetangga.. ada yang jawap lori sampah ada yang rosak.. ada yang kata alam flora akan digantikan oleh MPS.. mana satu yang betul maklong sendiri tak pasti..




Oleh kerana sampah maklong ni banyak.. pamperslah.. sisa makananlah.. dan macam2 sampah lagi.. maklong pun masukkan kedalam plastik hitam yang tebal dan bersaiz besar ni.. mula2 tu sebungkus je.. lori sampah datang.. dorang tak angkut pun sampah yang dalam plastik hitam ni.. baunya kuuus semangat.. bila minggu ni.. sampah bertambah banyak.. jadi tong sampah pun dah melimpah ruah.. dan beruk2 yang kat hutan simpan frim pun rajin memunggah sampah2 ni.. jadi menantu maklong masukkan lagi kedalam plastik hitam.. dah jadi 3 bungkus.. dan hari ni lori sampah datang lagi.. dorang tak ambik juga sampah ni..

Maklong jadi pelik.. tanyalah kat jiran.. alam flora tak kutip ke sampah dalam plastik hitam.. jiran pun tak tahu.. sampah2 lain maklong biasanya masukkan dalam plastik NSK, Giant, Sri Ternak.. yang itu jelah yang dorang masukkan dalam lori.. yang dalam tong sampah pun dorang tak ambik.. maklong keliru.. nak marah pun tak berani.. kut2 maklong yang salah.. yelah masukkan sampah dalam plastik hitam.. dalam bodoh2 cerdik.. maklong hantar juga email membuat aduan.. layan tak layan belakang kira.. tunggu jelah apa jawapan dorang nanti..


Monday, December 5, 2011

Sambal Udang vs Sambal Bilis




Assalamualaikum Semua..

dah pagi rupanya.. tapi mata maklong tak mengantuk lagi.. sebab maklong tertidur waktu maghrib tadi.. tidur yang nyenyak.. siap mimpi lagi.. jadi maklong pun teringatkan sambal maklong tengahari tadi.. ayam ada ikan ada.. tapi maklong tak berapa selera.. maklong selera nak makan sambal.. sambal udang ni paklong dah lama jugak suruh buat.. tapi.. kebelakangan ni paklong dah tak berapa boleh makan pedas.. jadi maklong buat yang kurang pedas..





Maklong buat sambal udang ni guna cili kering.. dan campur dengan cili merah besar.. sebab nak bagi kurang pedas..



Oleh kerana sambal udang tu tak pedas.. mana maklong puas hati.. jadi maklong buat sambal bilis yang pedas berapi ni.. baru syok makan.. maklong guna cili api merah..


Saturday, December 3, 2011

Maggi Goreng


Sarapan pagi ini.. buat anak dan suami tersayang..



Assalamualaikum Semua..

Macam biasalah bila maklong terajin sikit pepagi lagi dah masuk dapur sediakan sarapan.. mula2 tu rasa malas jugak.. dah buatkan semug air untuk paklong.. maklong nak bekemas laci2 yang bersepah dengan barang kecik2.. paklong sarapan biskut je.. bila teringat udang yang dah terendam maklong teruskan jelah niat asal nak goreng maggi..

Maklong tertamak pulak tu.. masak sekali 4 bungkus.. untuk sarapan 3 orang.. tak habis.. cecepat maklong masukkan dalam mangkuk terus hantar kerumah jiran yang anaknya ramai.. mesti laku kan.. hehe..





Resepi untuk nak masak ni senang je..

Bahan:
4 bungkus maggi yang macam2 perasa tu.. ambil meenya je..
3 pokok sawi bunga
10 ekor udang besar
1 sudu udang kering
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu sos cili kisar
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
2 sudu kicap
garam & aji secukup rasa

cara:

Rebus air secukupnya hingga menggelegak..
masukkan maggi.. masak hingga agak2 lembut.. dalam 2 minit macam tu..
angkat toskan..
tumbuk bawang putih.. bawang merah dan udang kering..
panaskan sedikit minyak masak.. masukkan bahan tumbuk..
masukkan cili kisar dan kemudian udang besar..
masukkan sedikit air dan semua sos.. garam dan aji
masukkan sawi.. dan seterusnya masukkan maggi..
gaul hingga rata..
pecahkan telur.. kacau lagi hingga telur masak..
siap.. bolehlah dihidang..




Friday, December 2, 2011

Hari Jadi Paklong Dan Cucu Maklong.. nasya..




Asalamualaikum semua..

Kat luar tu hujan agak lebat.. mata pulak dah kenyang tidor.. jadi maklong belek2 gambar.. terpandang gambar lama paklong ni.. masa raya puasa.. dia sambut kat post pengawal.. isteri dan anaknya sambut raya kat kampung.. begitulah tiap2 tahun jadual paklong.. dia akan beri cuti dia pada kawan2 yang nak balik.. dia tak balik tak apa.. sebab paklong ni anak yatim kematu..

Pada 27/11/2011.. hari lahir paklong.. yang ke 48.. nampak macam muda kan.. hehe.. maklong tua 5 bulan dari paklong.. kadang2 ada jugak yang tanya.. anak akak ke tu.. tersentap jantung maklong ko.. tak kesahlah apa orang nak cakap.. asalkan kita bahagia kan.. paklong ni orgnya saaaangat pendiam.. paling maklong suka tentang paklong ni.. dia tak pernah tanya berapa gaji maklong.. maklong buat apa dengan duit maklong.. termasuk yang dia bagi tiap2 bulan.. yang penting jangan ada bank call dia sebab tak bayar or lewat bayar hutang.. nahas aku kena jerkah.. takuttt..!!



Pada 29/11/2011.. harijadi cucu maklong Nasya.. yang ke 3 tahun.. tapi boleh pulak tersalah eja.. nasyah jadinya.. oleh kerana dia dah pandai sebut beday tu you.. dan selalu jugaklah pergi majlis harijadi budak2 lain.. maklong pun buatlah majlis kecik2.. panggil jiran2 dan anak2 jiran terdekat.. masak2 & makan2 sikit..



Ni.. bufday gurl dengan ibu & ayahnya.. bukan main girang cucu maklong bila kawan2 nyanyi lagu selamat harijadi untuk dia..





Nasya.. bergambar bersama opah B.. dan ummi.. opah B yang tolong buatkan roti jala sampai selesai.. terima kasih opah B..


Antara juadah yang maklong sediakan.. masa ni tunggu tetamu akhir.. kawan2 tempat ibu nasya kerja.. dorang tunggu balik kerja baru datang.. jam 9.30pm..

Paling mendapat sambutan mestilah roti jala warna warni maklong.. tapi kali ni maklong cuma sediakan bancuhannya sahaja.. yang menebar ialah jiran merangkap sahabat baik maklong.. kak B.. dibantu oleh anak dara maklong Miza.. lagi satu puding roti bersos kastad.. ramai yang suka.. maklong buat 2 loyang.. licinnn.. suka sangat kalau apa yang kita masak orang suka makan..


Inilah kawan2 sepermainan Nasya.. bila petang2 mesti dia nak keluar.. main basikal dengan anak2 jiran yang dah besar2 sikit dari dia..



Mereka ni pun kawan2 Nasya.. abang2 yang selalu tolong jagakan Nasya.. semasa nasya main kat luar rumah.. kami kat sini macam dok felda je.. jiran sesama jiran taklah nafsi2.. masih ada sifat anak ko anak aku.. anak aku anak ko jugak.. faham kan..