Blogger Layouts

Followers

Monday, February 28, 2011

Telur Dadar Istimewa


bahan:
3 biji telur gred AA
segenggam udang kertas
2 ulas bawang merah dihiris
3 tangkai daun kucai dipotong kecil
secubit garam
secubit aji
1/2 cawan minyak untuk menggoreng

cara:
masukkan semua bahan diatas didalam satu mangkuk..
kacau hingga rata
panaskan minyak.. dadarkan bahan2 tadi diatas api yg perlahan..
bila telah masak.. angkat..
sedia untuk dihidang..
mudah dan sedap..

Bila maklong masak telur dadar ni.. maklong teringat arwah adik ipar yang ajar maklong cara manyediakan resepinya.. biarpun ringkas tp sedap.. dia ajar maklong guna udang besar sikit.. buang kulit udang tumbuk kasar2..

Semuga rohnya dicucuri rahmat... Aminnnn..

Sunday, February 27, 2011

Bergedel Daging



bahan:
500gm daging kisar
1 kg kentang kuning
sedikit daun sup bawang
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikit garam
sedikit aji
2 biji telur

cara:
kentang potong kecil dan goreng.. bawang merah dan bawang putih dihiris kemudian digoreng garing..
daun sup bawang dipotong halus
tumbuk kentang hingga lumat.. kemuadian gaulkan semua bahan diatas.. bntukkan bulat2 dan leperkan..
celupkan kedalam telur yg telah dipukul.. goreng hingga kekuningan..
sedia dimakan bersama soto

Soto



Hari Ahad adalah antara hari yang maklong paling suka.. biasanya tetamu maklong akn mmilih hari ini untuk datang kerumah maklong.. dan hari ahad kali ini tetamu maklong ialah besan maklong.. mari dr kelate.. rasanya baru 3 bulan maklong x jumpa mereka.. tp, rindunya maklong pd mereka seperti rindu maklong pd anak2 kami yg jauh dinegara matahari terbit..

Menu maklong kli ini adalah mmenuhi cadangan dr ank maklong.. haris, dia teringin sgt nak makan soto yg maklong buat..
dari awal pagi lg maklong ronda kat pasar borong selayang untuk mncari bahan2 membuat soto.. agak rumit jugk rupanya nak buat soto ni.. tp dgn bantuan anak2 dan menantu maklong.. soto siap pukul 1 tghari.. tetamu maklong akan sampai sebelah ptng..

Maklong buat jgak sambal tahun sebagai buah tangan untuk dibawa pulang oleh kak ani besan maklong tu.. tiramisu sebagai pencuci mulut..
Seperti biasa maklong akan rasa sgt puas hati bila dpt menjamu tetamu maklong dgn hasil air tgn maklong.. alhamdulillah..

Terima kasih kepada kak ani n family kerana sudi dtg menjenguk kami.. Semuga silaturrahim antara kami akan terus terjalin erat.. dulu.. kini.. dan selamanya.. aminnn..

Friday, February 25, 2011

Sambal Sardin Campur Suhun


Hari ni maklong masak sambal sardin untuk makan tengahari.. maklong buat telur dadar untuk lauk tambahan dan timun jepun sebagai ulam..
suami maklong xde.. bolehlah masak sardin.. kalau ada mamang susahlah sikit.. sebab suami maklong x suka sardin.. x thulah sebab apa.. rasanya masa dok felda dulu dah selalu sgt mkn sardin kut..
memmng msa dok felda dulu.. hampir setiap hari.. lauk kita orang ialah sardin.. bilis.. telur.. kira lauk paling murah masa tu.. sekali2 je dapat makan ikan longgok..
Anak2 maklong suka sgt sambal sardin ni terutamanya maira dgn haris.. menantu maklong.. isteri siharis pun dah ikut2 suka jugak.. biasanya yg ada suhun2 msti dikaitkah dgn resepi yg kejawaan mcm kami yg sememngnya jawa.. hehe..

bahan:
1 tin besar sardin cap ayam
2 biji kentang potong kecil, goreng
sedikit suhun.. direndam
tomato dibelah 4..
20 biji cili api merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikiit belacan
air asam jawa, gula dan aji secukup rasa

cara:
tumbuk bawamg merah.. bawang putih.. cili api dan belacan..
panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg telah ditumbuk hingga kekuningan..
masukkan sardin.. suhun.. kntang dan tomato..
masukkan air asam jawa.. garam dan aji secukup rasa..
sedia untuk dihidang..

Tiramisu Simple


Sebenarnya kan.. dh lma sgt maklong teringin nak buat kek tiramisu ni.. sejak mula2 tngok cerita tiramisu kat tv3.. maklong asyik lupa bwk senarai bhn2 yg diprlukan tuk buat kek ni..
Pagi ni maklong bbtul bersemangat nak buat.. maklong prgilah ke Bibun.. kedai jual barang2 buat kuih.. alamak.. biskut tiramisu x de juallah pulk.. buat muka frust.. adalah jurujual kt situ cdangkan maklong gunakan biskut digestive..
Maklong pun ikut jelah cadangan dia.. jadilah kek maklong ni.. rasanya belum thu sebb masih disejukkan..

bahan:
250gm cream cheese
200gm whipping cream
2 peket biskut tiramisu (digestive)
150gm gula icing
1 biji telur
1 sudu serbuk nescafe
sedikit serbuk coklat

cara:
pukul cream cheese.. whipping cream.. gula icing dan telur..
hingga kembang..
bancuh nescafe.. celupkan biskut dan susun biskut kedalam bekas..
sapukan bahan yg telah dipukul..
susun biskut selapis lg..
tuangkan semua bahan tadi.. ayakkan serbuk coklat diatasnya..
sejukkan dlam peti ais utk bbrpa jam..
siap sudah..

Thursday, February 24, 2011

Sup Sayur Orang Malas


Bila hari dah malam.. maklong mulalah menjenguk dapur.. alamak cuma tinggal sambal tempe je.. macam biasa, bila suami maklong kerja siang.. dia akan balik pukul 9.30.. dan dia mesti nak makan.. maklong pun bukak peti ais.. selongkar apa yang bleh dimasak..
Jadilah sup sayur org malas.. maklong tiru ayat mat gebu..

bahan:
1/4 biji kobis panjang potong kecil
1/2 biji lobak merah potong ikut suka
2 biji ubi kentang.. potong kecil
sedikit suhun
2 biji telur
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 ekor udang hidup buang kepala dan ekor
garam dan aji secukup rasa

cara:
hiris bawang putih dan bawang merah
tumiskan hingga kekuningan.. masukkan udang hidup
masukkan 3 cawan air.. masukkan kentang..
bila kentang telah lembut.. masukkan semua sayur dan suhun
masukkan 2 biji telur
masukkan juga garam dan aji secukup rasa
siap..!!
boleh dihidang

Sambal Tempe


Pagi tadi maklong buat tempe goreng untuk sarapan pagi.. ada 2 keping yg belum dimasak.. jadi maklong buat lah sambal untuk makan tengah hari ni.. sepatutnya bubuh tahu barulah ummmpphh.. tp kat rumah maklong xde simpan tahu yang ada cuma ikan bilis dgn kacang tanah je.. so, layann..!!

bahan:
2 keping tempe potong kecil.. goreng
segenggam ikan bilis.. goreng
kacang tanah.. goreng

bahan untuk sambal:
5 sudu cili kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit bilis
sedikit belacan
air asam jawa
garam, gula dan serbuk perasa
minyak utk menumis

cara:
tumbuk bawang merah.. bawang putih.. bilis dan belacan
panaskan minyak..
tuniskan bahan yg telah ditumbuk sehingga kekuningan..
masukkan air asam jawa.. garam gula dan serbuk perasa secukup rasa..
masukkan bahan yang telah digoreng.. gaul sehingga rata..
sedia untuk dihidang

Tempe Goreng


bahan:
2 keping tempe
1 kotak kecil tepung goreng ayam
2 biji teliur ambil putihnya
minyak utk menggoreng

cara:
potong tempe mengikut citarasa masing2
panaskan minyak
celupkan tempe kedalam putih telur dan celupkan pula kedalam tepung goreng ayam..
goreng hingga kekuningan
sedap dimakan dengan sambal kicap

Wednesday, February 23, 2011

Pucuk Paku Goreng


bahan:
2 ikat pucuk paku
15 biji cili api
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
sedikit ikan bilis
sedikit belacan

cara:
pucuk paku dipotong pendek2.. basuh bersih dan toskan
tumbuk bahan2 perencah diatas
panaskan minyak.. tumiskan bahan2 yg ditumbuk hingga kekuningan
masukkan pucuk paku.. masukkan juga garam dan serbuk perasa
masak sehingga pucuk paku agak lembut..
sedia untuk dihidang.

Sambal Tahun



Resepi ni maklong bukan masak hari ni.. gambarnya maklong ambil dari album lama.. sambal tahun ni adalah resepi turun temurun dari nenek moyang maklong..
Resepi tradisional jawa yg jarang dimasak oleh anak cucu sebab agak rumit.. yalah nak cari lengkuas yang muda bukan senang.. lagi pun mengopek kerang pun perlu kerajinan juga.. kalau maklong yang buat sambal ni kena guna 6 kg kerang.. berjanggut nak siap kan..

bahan:
2 mangkuk lengkuas yg telah potong nipis
1 mangkuk cili api
3 kg kerang
500 gm udang hidup
250 gm udang kering
200 gm ikan bilis
5 sudu taucu cuci bersih2
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 kg santan
air asam jawa
garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa

cara menyediakan
rebus lengkuas da cili api.. bila telah agak layu angkat.. toskan
rebus kerang.. buang kulit..
goreng udang hidup.. udang kering dan ikan bilis..
tumbuk bawang putih.. bawang merah dan belacan..
panaskan sedikit minyak.. tumiskan bahan2 yg telah ditumbuk sehingga kekuningan..
masukkan santan dan semua bahan2 diatas.. masak diatas api perlahan.. sehingga kuah menjadi agak pekat..
*sambal tahun akan rasa lebih sedap setelah setelah 2 hari.. panaskan setiap hari..
tambah apa yang kurang ikut selera masing2.. daging.. atau perut lembu..
*sesuai juga dijadikan cicah untuk pisang goreng.. jemput2.. atau pun lempeng

Tuesday, February 22, 2011

Siakap Tiga Rasa


bahan2
2 ekor ikan siakap
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu cili kisar
1 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
1 sudu gula
garam dan serbuk perasa

bahan tambahan:
sedikit kobis bunga
1 pelepah batang sup
1 biji tomato
1 biji kecil lobak merah
1 biji bawang besar

cara memasak:
ikan dibersihkan.. gaul dengan garam dan serbuk kunyit.. goreng ikan hingga agak garing.. angkat.. letak dalam pinggan hidang..
hiris bawang putih dan bawang merah dan juga halia
panaskan minyak.. tumiskan bahan2 yg telah dihiris hingga kekuningan..
masukkan cili.. tumis hingga agk garing.. masukkan sedikit air.. sos tomato.. sos tiram dan sos cili..
jangan lupa gula.. garam dan serbuk perasa..
akhirnya masukkan batang sup.. kobis bunga.. tomato dan bawang besar yg telah dipotong kecil..
bila kuah telah mendidih tutup api dan siramkan kuah diatas ikan tadi..
kalau suka parutkan lobak merah diatas ikan..

Sambal Udang Simple


bahan2:
1/2 kg udang
3 sudu cili yg tlh dikisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
air asam jawa
sedit gula, garam dan serbuk perasa..

cara menyediakan:
bersihka udang.. gaul dgn garam dan serbuk kunyit..
goreng separuh masak.. jangan garing sgt.. angkat dn toskan
tumbuk bawang merah.. bawang putih dan belacan
tumiskan mnggunakan minyak yg sedikit
masukkan cili kisar.. tumiskan diatas api perlahan hingga garing
kemudian msukkan air asam jawa.. garam.. gula dan sebuk perasa
masukkan pula udang..
dah siap pun.. simple kan..

Masak Asam Rebus Ikan Cencaru


bahan2
1 kg ikan cencaru (buang jeket)
1 ikat daun kesum
2 sudu besar cili kering yg telah diblend
1 inci halia diketuk
3 batang serai diketuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
10 biji kacang bendi
1 biji tomato
2 keping asam keping
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

cara memasak:
tumbuk bawang putih, bawang merah dan belacan
didihkan air didalam periuk.. masukkan bahan yg telah ditumbuk dan diketuk..
masukkan juga cili kering yg telah diblend..
bila air telah mendidih masukkan asam keping dan ikan
masukkan pula gula.. garam dan serbuk perasa.. juga daun kesum..
bila ikan agak2 separuh masak masukkan kacang bendi..
dan akhir sekali masukkan tomato yg telah dibelah empat..
sedia untuk dihidang..

Maggi Goreng


bahan2:
2 bungkus mi maggi
10 ekor udang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili api
1/2 biji bawang besar
2 sudu kicap
sedikit kobis atau sawi
2 sudu besar minyak utk menimis

cara:
rebus mi maggi kemudian toskan..
udang dibuang kulit..
tumbuk bawang putih dan bawang merah.. cili api ketuk je..
panaskn minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk sehingga kekuningan..
masukkan udang
masukkan pula kobis kemudian masukkan mi maggi kicap dan bawang besar..
serbuk perasa kalau suka..
siap..!! sedia untuk dihidang..

Monday, February 21, 2011

Ikan Keli Masak Sambal


bahan2:
1 kg ikan keli
20 biji cili api merah
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikt belacan
garam dan serbuk perasa
air asam jawa

cara:
ikan keli dibersihkan.. gunakan asam jawa dan garam.. supaya tidak hanyir..kemudian gaul dgn sedikit garam dan serbuk kunyit..
goreng ikan sehingga agak garing..
tumbuk bahan2 diatas..
panaskan minyak kemudian tumiskan bahan2 yg ditumbuk sehingga kkuningan..
masukkan air asam jawa.. serbuk perasa dan sedikit gula kalau suka..
tutup api dan masukkan ikan tadi.. gaulkan dgn sambal hingga rata.. sedia untuk dihidang..

Sunday, February 20, 2011

Pecal


pecal ni.. sambalnya dibuat menggunakan cili kering yang digoreng.. lain2 bahan sama sahaja..


Pecal yang ni.. sambalnya dibuat guna cili api..
Jom kita tengok resepinya..

bahan2:
1/2 kg kangkung dicelur
1/2 kg kacang panjang dicelur
1/2 kg tauge siram dgn air panas
1/2 biji sengkuang dipotong kecil2
1 biji timun dipotong kecil2
kalau suka boleh tambah tempe dan tauhu
goreng dan potong kecil2
bubuhkan bahan2 diatas kedalam pinggan

bahan2 untuk kuah pecal:
1/2 kg kacang tanah
20 tangkai cili kering atau
20 biji cili api
3 ketul cekur
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 sudu udang kering
2 sudu asam jawa
1/2 cawan gula
garam dan serbuk perasa

cara2 menyediakan kuahnya
goreng kacang tanah hingga garing sejukkan kemudian tumbuk separuh lumat
cili kering atau cili api, bawang merah dan bawang putih, udang kering dan belacan digoreng.. tumbuk semua bahan yg telah digoreng..
tumbuk sekali cekur dan gula..
satukan kacang dan bahan yg telah ditumbuk didalam satu mangkuk.. bancuhkan menggunakan air panas..
pastikan ada rasa masam.. manis.. dan masin..
bila kuah telah siap bolehlah disiram diatas bahan diatas tadi..

Jenahak Merah Masak Sup


bahan:
1 ekor ikan jenahak merah
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
daun sup bawang
bawang goreng

cara memasak:
ikan jenahak dibersihkan.. gunakan perahan limau nipis supaya ikan tidak berbau hanyir..
tumbuk bawang putih.. bawang merah.. dan halia
panaskan minyak. masukkan bahan2 yg telah ditumbuk.. kulit kayu manis dan bunga lawang.. tumiskan sehingga kkuningan..
masukkan air secukupnya.. biarkan menggelegak.. masukkan pula ikan..
jangan lupa garam dan serbuk perasa kalau suka..
bila ikan telah masak.. tutup api.. masukkan daun sup bawang dan bawang goreng.. sedia untuk dihidang..
sedap dimakan dengan sambal kicap..

Ikan Keli Bakar Masak Lemak


bahan2:
1 kg ikan keli
20 biji cili api
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 ketul cekur
sedikit belacan
sedikit garam dan serbuk perasa
3 helai daun limau purut
1/2kg santan
air asam jawa

cara:
ikan keli disiang.. bsuh mnggunakan air limau atau asam jawa dicampur garam supaya tidak hanyir
gaul ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
bakar shingga mask
tumbuk smua bahan2 diatas
panaskan 1/2 cawan santan.. kemudian masukkn smua bahan2 yg telah ditumbuk..
msakkan diatas api yg kecil.. kemudian masukkan pula air asam jawa dan santan
garam dan serbuk perasa dan daun limau purut
akhir sekali masukkan ikan keli yg telah dibakar tadi
sedia untuk dihidang

Saturday, February 19, 2011

Udang Masak Taucu


Bahan2:
1kg udang besar
15 biji cili api
1 inci halia
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 biji cili hijau
5 sudu besar taucu
1 cawan minyak masak
sedikit belacan
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk perasa
sedikit air asam jawa

cara:
buang kulit udang, tinggalkan bahagian ekornya.
tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih dan sedikit belacan
ketuk serai dan halia
potong tomato, bawang besar dan cili hijau ikut suka
panaskan minyak.
mula2 masukkan udang.. goreng shingga sparuh masak..
masukkan pula bahan2 yg telah ditumbuk.. tumiskan shingga kkuningan..
masukkan pula taucu..
air asam jawa.. garam.. serbuk perasa dan sedikit gula..
akhir sekali masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato..
sedia untuk dihidang..

Roti Goreng Sardin



ni 1st resepi yang maklong nak kongsikan dgn kengkawan yg sudi singgah kt dapur maklong ni.. ucapan terima kasih yg tidak terhingga juga buat kawan lama maklong yg skang menetap dijeddah kerana brkongsi resepi ni dgn maklong melalui fbnya.. Ummu Azim..
roti sardin ni telah menjadi kegemaran seisi rumah maklong.. lebih2 lg bila time hujan diwaktu petang.. dihidang bersama nescafe o panas.. terangkat u.. mudah.. cepat.. sedapppp..!!!

Bahan2:
1 tin sardin (buat sambal)
1 buku roti
2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
2 sudu mentega
sedikit garam
sedikit gula
air secukupnya
minyak untuk menggoring

cara2:
bancuh tepung gandum, tepung jagung, mentega, garam dan gula.. jgn terlalu pekat dan jgn trlalu cair.. macam tepung nak goring pisang..

ambil sekeping roti dan isikan dgn sambal sadin.. lipat dua roti.. celupkan dalam tepung dan goring sehingga kkuningan..

Mukaddimah

Assalamualaikum..
Sambil maklong nak mulakan pembuka bicara ni.. maklong trsenyum2 sinis pada diri sendiri.. bukan apa rasa diri ni dh terlalu tua utk nk berblog2 ni.. huhu.. dahlah buta IT.. jadi agk trkial2 jugklah.. nak menaip ni pun sebijik2 maklong tekan huruf2 ni.. hehe..
tapi semangat maklong ni kuat nak berkongsi resepi sambil berkongsi2 cerita dengan diri sendiri dan dengan sapa2 yang tersinggah kt blog maklong ni..

tujuan utama maklong sebenarnya kan nak isi masa lapang maklong yang saaangat banyak setiap hari.. dah 3 tahun maklong tak bekerja.. kerja maklong cuma jaga cucu yang baik2 ni je.. cucu sendiri dan cucu orang juga.. semuanya 4 orang..

sekiranya ada salah silap.. anggap je maklong ni "orang tua baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan"

maklong nak ucap terima kasih kpd anak dan menantu maklong yg kt jepun tu.. yg bnyak mmbantu maklong dalm usaha maklong mnghasilkan blog ni.. kpd anak2 dan menntu yg kt rumah ni jugk sbb bg moral support..