Blogger Layouts

Followers

Thursday, March 31, 2011

Mak Maira Baru Nak Cuba Buat Kek Cokelat Kukus




Setelah berhari2 maklong teringin nak mencuba buat kek.. baru hari ni ada mood nak buat.. seumur hidup maklong ni sangat jarang buat kek.. sebab bila cuba je mesti tak menjadi.. kira hasilnya tak seperti yang maklong harapkan..

Maklong ambil resepi ni dari en. google.. sedaya upaya maklong ikut sukatan yang diberikan.. dengan harapan supaya kek maklong lembab dan gebu.. tapi berbekalkan bakat yang baru nak diasah.. hasilnya sekali lagi tak meuaskan.. dengan muka tak malu maklong bagi jiran2 makan sekali gus menjadi juri kepada kek maklong.. kali ni maklong takkan berputus asa.. nak buat lagi sampai bebetul menjadi..

Resepi kek ni.. jom tengok.. jom cuba buat..

bahan 1:
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan butter yang telah dicairkan

bahan 2:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

bahan 3:
3 biji telur

bahan 4 (topping):
250 gm cokelat masakan cairkan cara double boil
130 ml wiping cream
1 sudu majerin
2 sudu gula halus
* bila cokelat telah cair angkat dan masukkan wiping cream majerin dan gula halus.. gaul hingga sebati..

cara:
masukkan bahan 1 didalam bekas dan masak diatas api yang kecil hingga sebati.. angkat dan biarkan suam..
satukan bahan 2 dan ayakkan..
pukul bahan 3.. hingga kembang.. masukkan bahan 1.. diikuti dengan bahan 2..
masukkan adunan kedalam loyang dan tutup dengan aluminium foil..
kukus selama 1 jam..

Bila kek telah sejuk.. tuangkan bahan 4.. taburkan cokelat urai..

Wednesday, March 30, 2011

Asam Pedas Kepala Ikan Plotan



Hari ni maklong masak asam pedas ikan plotan.. dah banyak hari bermalas2.. so, hari ni masuk dapurlah.. selalu maklong beli ikan ni sekor.. hari ni maklong beli kepalanya sahaja.. dalam peti ais maklong pun ada 2 kepala ikan yang maklong masak sekali.. sekuali penuh jadinya.. biar sampai malam..

Resepi ni maklong belajar dari mak maklong.. cuma hari ini maklong tambah halba supaya wangi..

bahan:
3 kepala ikan dibelah dua
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia*
5 batang serai dititik
1 mangkuk cili kisar
1 biji terung bulat dibelah 4
2 biji tomato dibelah 4
air asam jawa
garam & aji

cara:
blend bahan2 bertanda (*)
panaskan 1/2 cawan minyak.. tumiskan halba dulu.. kemudian masukkan bahan yang telah diblend.. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan pula cili dan tumiskan hingga naik minyak..
masukkan air asam jawa.. daun kesum dan ikan.. masak ikan hingga lembut.. masukkan terung bulat.. garam dan aji secukup rasa..
sebelum tutup api masukkan tomato..

Masak Lemak Pucuk Ubi + Tempoyak



Pagi tadi.. semasa cucu2 maklong nyenyak tidor.. maklong keluar meninjau2 pokok ubi yang tumbuh liar kat kaki bukit depan rumah maklong.. mmm.. ada pucuknya yang mudalah.. maklong pun terus petik pucuknya yang beberapa batang sahaja.. siap ada pacat naik kekaki maklong.. pelik kan.. dah lama maklong tak jumpa pacat ko..

Masa pergi pasar borong tadi maklong beli pucuk ubi 1 ikat.. untuk tambah dengan pucuk ubi yang maklong dah petik.. dapatlah semangkuk selepas dimasak.. maklong masak lemak campur dengan tempoyak.. sedappp..!!

bahan:
2 cekak pucuk ubi.. rebus hingga lembut
3 ulas bawang merah*
10 biji cili api merah*
1/2 inci kunyit hidup*
segenggam ikan bilis*
3 sudu tempoyak
1 cawan santan
garam & aji
2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit dipotong kecil2

cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*)
masukkan semua bahan didalam kuali dan masak hingga sebati.. gunakan api kecil..
rasa garam dan aji.. bila dah ok angkat..
bolehlah dihidang..

Tuesday, March 29, 2011

Cucu Maklong & Cucu Orang


Mohd. Syafiq Haziq Bin Mohd. Haris
umur.. 2 tahun 7 bulan.. ni cucu maklong dari anak no.3.. Haris


Khairil Asrraf Bin Hasnul Bahari..
umur.. 7 tahun.. pelajar tahun 1.. masa ni dia nak pergi sekolah agama..


Wardina Syafiqa Rusdy.. umur 2 tahun 4 bulan
cucu maklong dari anak no.2.. Diana


Nur Iman Alisya.. umur 2 tahun 2 bulan
anak Rosnani.. misi kat hospital selayang


Haris Arman Bin Hasnul Bahari.. umur 2 tahu 1 bulan..
anak jiran maklong.. kerja misi juga kat hospital selayang..


Alisya bersama Haris..
dorang tak pernah gaduh tau.. pakai baju warna sama lagi..



Hari ni maklong tak masak menu yang boleh dikongsi disini.. emak budak2 ni tadi bawa bekal masing2.. cuma abang kepada haris.. namanya asyraf.. yang bersekolah ditahun satu je yang maklong dah gorengkan ikan cencaru untuk dia makan bila balik dari sekolah.. tapi dia lebih suka makan dengan sambal bilis hitam yang maklong masak semalam.. siap tambah nasi.. punyalah berselera dia makan..

Sejak berhenti kerja.. maklong tak tahu nak buat apa.. masa tu cucu maklong pun jiran maklong yang jaga.. maklong kat rumah rehatkan badan puas2.. masa tu maklong isi masa dengan menjahit sembat baju maklong sendiri.. dan jahit baju kawan sikit2.. bila cucu maklong dah umur 6 bulan.. maklong cuba jaga cucu.. lepas tu ada pulak jiran2 yang 2 orang tu mintak maklong jagakan anak dorang.. maklong pun terima jelah.. disamping dapat tolong jiran ada gak duit masyuuk kan..

Tugas maklong setiap pagi.. memastikan ketiga2 budak2 ni tidor sampai jam 11 pagi..
kalau maklong rajin.. maklong akan masak masa dorang tidor.. kalau tak rajin maklong pun akan tidor jugalah.. bangun tidor maklong bagi dorang main.. jam 12.. sambil maklong menonton wanita hari ini.. maklong akan suap dorang makan.. Asyraf balik jam 1.30 tengahari.. hidang pulak makan untuk dia.. pastu asyraf akan kesekolah agama jam 2 petang.. jam 2 petang maklong akan bancuh susu untuk tiga orang cucu ni.. jam 3 dorang akan tidor dan bangun jam 4.30 petang.. dorang akan main sama2 sambil tunggu mama dorang datang jemput kira2 jam 5.15..

Tulah rutin harian maklong.. dari hari isnin hingga jumat.. satu dan ahad maklong jaga cucu sendiri sahaja.. kadang2 bila mama alisya kerja syift malam.. maklong kena jaga alisya dari 9 malam hingga 7 pagi..

Monday, March 28, 2011

Sambal Bilis Belimbing Buluh Hitam


Antara bahan2 yang diperlukan untuk membuat sambal bilis hitam


Rasanya memang sedap gilerr..


Pagi tadi dapat parcel dari sahabat baik maklong.. makngah.. dalamnya ada belimbing buluh yang telah siap direbus berjam2 lamanya untuk menghasilkan warna hitam.. disertakannya juga cili api kampung yang warna hijau.. sebelum makngah cerita pasal belimbing buluh hitam ni.. maklong tak pernah dengar pun pasal benda ni..

Alhamdulillah.. atas ingatan sahabat maklong ni.. tanda tanya maklong terjawap bila dapat tengok rupa belimbing hitam yang sebenar.. maklong punya xcited lah.. petang tadi jugak maklong masak sambal bilis hitam.. maklong tanya en.google resepinya.. ada macam2 cara rupanya.. dan maklong pilih satu resepi yang maklong berkenan dan hasilnya tidak mengecewakan.. sedap..!! masam.. manis.. pedas.. patuttlah makngah bagi cili api sekali.. memang sesuai sangatlah..

bahan:
2 genggam ikan bilis
1 genggam belimbing buluh hitam.. cuci supaya hilang rasa masin
3 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
segenggam cili api hijau
1 sudu gula
sedikit serbuk perasa
sedikit kicap

cara:
panaskan 1 cawan minyak.. gorengkan bawang merah dan bawang putih..
bila agak layu masukkan pula cili api.. bila dah agak garing angkat..
goreng pula ikan bilis.. separuh garing.. angkat..
tumbuk kasar semua bahan2 yang telah digoreng.. termasuk belimbing hitam..
panaskan semula minyak.. api perlahan.. tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk hingga garing..
masukkan kicap.. gula dan aji secukup rasa..
bila dah ok.. angkat dan sedia untuk dihidang..

Peria Katak Goreng Garing


Ada yang tak kenal macamana rupa peria katak ke..? nilah rupanya.. tak kenal maka tak cinta.. bila dah kenal selama ni pun buat dek je.. tp, hari ni dah jatuh cinta.. sedap rupanya..



Masa rancangan nona yang dihostkan oleh puan vanida imran kira sebulan lepas.. en. yusuf haslam ada sebut minuman dia setiap pagi ialah jus apel hijau dicampur dgn peria katak.. maklong pun mulalah berangan2 nak cuba jus peria katak.. pagi tadi masa kat NSK maklong nampak peria katak ni terus ambil dalam 4 biji.. 1/2 maklong buat jus campur pegaga.. dan yang lebihnya maklong buat goreng..

Selalu.. bila paklong belanja makan kat restoran tuuu dia pak tam kat bandar baru selayang.. maklong nampak je peria katak goreng ni.. tapi tak teringin pun nak cuba makan apatah lagi memasaknya sendiri.. tp, entah apa angin maklong hari.. tiba2 rasa nak cuba.. tak sangka rupanya sedapppp..!! rangup ngko.. macam keropok ikan.. pahit sikit2 je..

Senang je buatnya.. jom try.. resepi ni..

bahan:
3 biji peria kata potong nipis
3 sudu tepung tempura
1 sudu tepung jagung
1 sudu serbuk kari
secubit garam
aji kalau suka

cara:
basahkan peria yang telah dipotong..
taburkan semua bahan2 diatas dan gaulkan sampai rata..
panaskan minyak.. goreng hingga betul2 garing..
angkat dan toskan..
sedia untuk dihidang..

Dari Darul Aman ke Darul Ehsan.. Dari Mak Ngah Kepada Maklong


Ini maklong terima bulan lepas.. isi dalamnya..? rahsia.. tapi feberet maklong..


Yang ni maklong baru terima sejam yang lalu.. belimbing buluh yang telah direbus berjam2 hingga bertukar warna menjadi hitam.. susah nak buat ni..



Assalamualaikum..3x maklong sengaja jawap dalam hati.. sebab cucu2 maklong tengah nyenyak tidor.. dalam hati merungut.. sapalah yang bagi salam kuat sangat tu..
bila maklong buka pintu.. posmen hulur bungkusan sambil sebut nama maklong.. tulis nama.. no. ic tandatangan.. meleleh lagi airmata murah maklong.. tapi kali ini sebab terharu campur gembira dapat kiriman dari sahabat maklong..

TERIMA KASIH MAK NGAH.. terasa indahnya sebuah persahabatan.. terima kasih fb kerana menemukan kami semula.. belimbimg buluh dan cili api ni tak ada dijual kat pasar borong.. sob2

Jus Pegaga + Peria Katak + Madu



Pagi ni maklong tak buat sarapan.. paklong beli nasi lemak kat simpang depan rumah maklong ni.. maklong cuma makan biskut je..

Balik dari hantar anak pagi tadi maklong singgah NSK.. tengah pilih sayur malong terpandang pegaga.. mmm.. dah lama juga maklong tak minum jus pegaga ni.. maklong beli 2 ikat untuk 2 kali minum..

Minum jus pegaga ni baik untuk kesihatan badan.. bila lepas minum badan rasa ringan je.. rasanya agak payau tapi bila dicampur madu jadi manis sikit.. alah namanya je ubat kan tahanlah sikit..

bahan:
50gm pegaga
1/2 biji peria katak
1/2 gelas air masak
2 sudu madu

cara:
blend pegaga dan peria katak hingga lumat.. tapiskan..
campurkan dengan air panas supaya jus tadi menjadi suam..
tuangkan 2 sudu madu.. guna sudu plastik.. kacau..
baca selawat 3x.. minum..
sebaiknya minum waktu perut kosong.. sebelum sarapan..

Sunday, March 27, 2011

Ikan Tilapia Merah Goreng Berlada


Ikan tilapia merah yang telah dibersihkan dan digaul garam kunyit.. akan digoreng terlebih dahulu.. barulah dilumur dengan sambal berlada..



Resepi untuk masak goreng berlada ni maklong cilok dari dapur kjee sikit.. rasanya sedap jugak.. kalau nak tahu cubalah..

bahan:
1 ekor ikan tilapia merah digoreng
2 biji cili merah*
20 biji cili api merah*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan
garam & aji
air asam jawa
daun limau purut dihiris halus2

cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. jangan tumbuk sampai lumat..
panaskan minyak.. tumiskan bahan yang ditumbuk hingga kekuningan
rasa garam dan aji.. masukkan air asam jawa..
masukkan daun limau purut..
akhirnya golekkan ikan kedalam sambal..
angkat dan sedia untuk dihidang..

Ikan Tilapia Merah Bakar


Ada sapa2 yang tak kenal ikan tilapia merah..? inilah rupa ikan tilapia merah tu.. dulu maklong suka tilapia hitam.. bila dah rasa tilapia merah.. maklong dah tak suka yang hitam..


Seperti minggu2 sebelum ni.. bila hari ahad je maklong adalah orang yang paling sebuk didapur.. masak dan masak dari pagi sampai malam.. alamaklumlah paklong ada kat rumah.. anak yang suka makan pun tak kerja.. semangat sikitlah maklong nak masak.. lagipun dah dua tiga hari jugak maklong masak cincai2 je kan..

Pagi tadi maklong ajak paklong pergi pasar borong.. paklong suruh maklong beli ikan keli.. tapi maklong dah tak berapa ngamlah dengan ikan keli semenjak dua menjak ni.. kebetulan maklong terpandang ikan tilapia merah.. janggal sebenarnya maklong nak sebut tilapia ni.. selalu sebut talapia.. bila kat TV sebut tilapia.. maklong pun cuba ikutlah..

Maklong beli 3 ekor ikan tilapia.. 2 ekor maklong bakar.. dan untuk maklong yang tak berapa suka ikan bakar maklong goreng buat masak berlada.. resepi untuk ikan bakar ni maklong main campak2 je.. paklong dan anak maklong memang suka sangatlah..

Jom kita tengok apa resepi ikan bakar maklong hari ini..

bahan:
2 ekor ikan tilapia merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili api merah
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
3 batang serai
garam & aji

cara:
blendkan semua bahan2 diatas.. perapkan ikan dengan bahan yang telah diblend.. garam dan aji secukup rasa.. selama 1/2 jam..
panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 200`c.. kemudian bakar ikan selama 30 minit..
mudah banget kan.. cubalah..!!

Bubur Kacang Merah Macam Kjee



Seawal jam 5.30 pagi maklong dah masuk dapur.. masak bubur kacang merah ni.. maklong dah rendam kacang ni malam tadi sebelum maklong naik tidur.. kira2 lebih kurang 5 jam.. eh hari tu bukan ke maklong dah buat bubur ni..? betul2.. tapi tu kacang merah yang besar.. tak berapa sedap sebab kacangnya tak berapa halus.. yalah rebus macam tu je kan..

Ok kjee.. hari ni maklong tak salah beli kacang.. hasilnya memang sedap sangat.. maklong pagi2 dah habis semangkuk.. dan lepas ni bolehlah buat lagi dan lagi dan lagi.. sebab khasiat kacang ni pun banyak rupanya.. sapa nak tahu antara khasiat kacang merah.. bolehlah baca kat sini.. helmi96.blogspot.com

Resepinya senang je..

bahan:
250gm kacang merah yang kecil
gula ikut suka
secubit garam
susu cair

cara:
rendam kacang beberapa jam.. kemudian rebus hingga kacang lembut
masukkan garam.. kalau suka boleh tambah sagu kecil..
gula secukup rasa..
bila nak makan tambah susu cair..

Saturday, March 26, 2011

Bendi Goreng Berkicap



Malam ni maklong masak sayur bendi ni.. anak maklong diana , balik dari kerja terus masuk dapur.. sebab paklong kalau makan mesti nak sayur.. begitu juga dengan diana.. masak simpel sangat.. cepat dan sedap.. maklum dah malam..
sapa2 pun boleh buat.. tapi kalau silap boleh jadi berlendir2 tau..

bahan:
1/2kg bendi potong serong
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit ikan bilis
sedikit kicap

cara:
panaskan sedikit minyak.. tumiskan bahan2 yang telah dihiris dan ikan bilis hingga kekuningan..
masukkan bendi.. gorengkan hingga masak.. kecilkan api..
masukkan kicap dan gaul hingga rata..
sedia untuk dihidang..

Sambal Ikan Bilis + Tempoyak Lagi


Sambal ikan bilis + tempoyak maklong dari dekat.. berkilat2 tempoyaknya..


Ikan puput goreng ni feberet arwah bapak maklong.. paklong dan maklong pun suka jugak.. nak2 kalau dapat beli kat pasir penambang yang baru naik dari laut.. sedap sangatttt...


Hari ni maklong rehat lagi.. maklong cuma kena jaga cucu sendiri sahaja.. syafiqa hari ini baik je.. tak meragam dan tak banyak kerenah.. maklong pulak puasa so, dapur tak berasap lagi..

Lebih kurang jam 5ptg.. hp maklong berdering.. masa tu maklong tengah tidor dibawah buaian syafiqa.. bila maklong jawap panggilan.. Shimah kawan maklong masa sekolah menengah dulu memperkenalkan diri.. dah 30 tahun kami tak jumpa.. jumpa cuma di fb beberapa bulan yang lepas.. dia beritahu dah sampai area flat taman bidara dan nak singgah rumah maklong.. maklong panik sekejap..

Maklong terus kedapur dan buat apa yang patut.. masak air.. panaskan kuali.. goreng apa yang patut.. keropok dr kelantan.. naugget ayam tempura marina.. dan gulungan fish cake.. siap je kawan maklong pun sampai.. berpeluk2lah kami meleraikan kerinduan setelah 30 tahun tak berjumpa.. maklong rasa macam mimpi disiang hari kerana shima hanya datang sekejap sahaja sebab encik suaminya ada hal lain.. terima kasih shima kerana sudi menjenguk maklong.. lain kali datang lagi dan harap jangan datang mengejut ye.. bolehlah maklong masak2 apa yang patut..

Lepas shima balik maklong terus kekedai barang membuat kuih BIBUN.. dekat je dengan rumah maklong ni.. beli sedikit barang untuk membuat kek.. balik dari kedai jam dah menunjukkan 7 petang.. setengah jam lagi waktu berbuka..

Tanpa berlengah maklong masak nasi.. goreng ikan puput.. dan maklong masak sambal bilis tempoyak lagi.. hari tu maklong masak tak cukup bahan.. hari ni maklong masak dengan bahan yang mencukupi.. buat lebih banyak sebab ramai yang suka..

bahan:
4 genggam ikan bilis mata biru
2 genggam cili api merah*
2 biji cili merah besar*
3 ulas bawang merah*
1/2 inci kunyit hidup*
4 batang serai dititik
10 sudu tempoyak
4 helai daun kunyit dihiris halus
garam & aji
gula

cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*)
panaskan 1 cawan minyak.. goreng ikan bilis hingga agak layu sahaja..
masukkan bahan yang telah ditumbuk.. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan pula serai dan tempoyak dan sedikit air..
diikuti garam.. gula dan aji secukup rasa..
akhir sekali masukkan daun kunyit..
dah pun siap..

Friday, March 25, 2011

Nak Merapu Kejap


Nilah hadiah untuk diri maklong sendiri.. janganlah ejek.. selama ni maklong kalau nak sukat apa2 yang main liter.. guna botol susu cucu je.. kadang2 guna shaker.. lawak kan..


Ni pulak.. kek dan brownis yang maklong beli kat 6ret resepi.. satu family makan pun tak boleh habis.. bukan beli sebiji.. sepotong je..


Ni pulak lauk yang maklong masak untuk paklong.. lauk yang penuh dengan memori silam.. ikan goreng yang tak habis jangan buang.. sayang.. so, buang tulangnya buat sambal macam ni.. dah habis pun.. kan tak membazir..

Hari ini seharian maklong rehatkan badan dan minda sekali gus setelah sepanjang minggu melayan kerenah cucu2 yang bermacam ragam.. terasa lapang fikiran maklong dapat membuat aktiviti yang dah agak lama jugak maklong tak dapat lakukan secara solo.. shopping..!! setiap bulan maklong akan hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri.. hadiahnya tidaklah mahal.. cukup sekadar sesuatu yang maklong suka dan perlukan.. dan kadang2 hanya sekadar memenuhi kehendak sahaja.. yelah sekadar untuk menghilangkan penat lelah menjaga cucu2 selama sebulan demi sebulan..

Sebelum maklong beli untuk diri sendiri.. maklong dulukan keperluan mak maklong.. minggu lepas anak saudara maklong hantar sms.. "maklong.. blender embah rosak.. embah suruh maklong belikan" Oleh kerana baru hari ini maklong ada masa untuk membelikan blender yang mak maklong nak.. maklong pun ke mydin.. sambil memilih deretan blender dari berbagai jenama dan harga.. maklong berfikir sendirian.. kalau untuk anak pastinya maklong akan beli yang ok sikit.. so, untuk mak pun maklong pilih jenama yang ok jugalah.. tidak murah sangat dan tidaklah mahal sangat.. kira didalam kemampuanlah..

Sebenarnya ada banyak perkara yang maklong ingin nak kongsikan.. cuma maklong teragak2 untuk meluahkannya.. sebab almaklum sajelah.. bahasa maklong ni bahasa orang tua.. yang baru nak celik dari buta IT.. tu pun masih rabun2 ayam.. bukan apa maklong ni dulu2 mak tak bela.. anak yang diberikan kepada orang lain untuk dibesarkan dari umur maklong setahun enam bulan.. jadi maklong dengan mak macam tak rapat sangat.. tapi sedaya upaya maklong hormat mak macam orang lain hormat mak masing2.. sampailah satu masa anak maklong yang seramai empat orang ni dah habis kawin.. tinggallah maklong terasa keseorangan.. bermula dari situlah maklong mula berfikir untuk memberi lebih kasih sayang dan perhatian untuk mak supaya anak2 maklong juga akan berbuat benda yang sama bila maklong tua macam mak.. tanpa mengambil kira apa adik2 maklong bagi untuk mak.. sama ada lelaki atau perempuan.. lagi pun sementara umur mak maklong masih ada..

Alhamdulillah.. sekarang ini maklong dah berjaya membuang apa juga yang tak baik yang melibatkan mak.. biarlah dia tak bela pun dia tetap mak maklong dunia dan akhirat.. maklong akan terus sayang mak selagi hayat dikandung badan.. maklong selalu memohon maaf dari mak salah silap maklong selama ini.. dan maklong mohon agar Allah akan ampunkan dosa maklong terhadap mak.. dan maklong percaya mak sayangkan maklong sama macam mak sayangkan adik2 maklong walaupun kami berlainan bapa..

Kepada anak2 yang bertuah.. dibela dan dibesarkan oleh mak masing2 bersyukurlah.. dan sayangilah mak dan ayah sebagaimana korang menyayangi anak2.. janganlah sayangkan anak2 sahaja hingga lupa untuk sayangkan mak.. lebih2 lagi mak yang telah tua.. berapa lama lagilah kita boleh berbakti kepada mak..

Thursday, March 24, 2011

Cekodok Sardin




Hari ni maklong tak masak.. untuk cucu2 ni maklong bagi makan apa yang ada je.. sebab maklong hari ni puasa.. kesian anak maklong balik dari kerja.. masuk dapur bukak tudung saji, tak ada apa2.. ah.. biaralah dia.. bukannya budak kecik dah jadi bapak budak pun.. pandailah dia nak cari makanan.. kedai maple ada.. kedai thai food pun ada..

Bila dah pukul 7 petang barulah maklong terhegeh2 masuk dapur.. main capai je apa yang maklong rasa nak capai.. untuk nak berbuka kejap lagi.. apalah yang maklong capai tadi..

bahan:
2 cawan tepung gandum
1 tin kecil sardin cap ayam ambil ikannya sahaja
3 ulas bawang merah dihiris
sedikit daun sup bawang potong halus..
garam secukup rasa

cara:
masukkan semua bahan kedalam satu mangkuk.. bancuh menggunakan air yang agak panas..
gaul hingga rata..
panaskan minyak.. jemputkan adunan tadi.. goreng hingga kekuningan..
angkat.. dan sedia untuk dihidang..
makan sambil layan drama "begitukah cinta".. meleleh airmata maklong..

Wednesday, March 23, 2011

Bubur Kacang Merah



Nilah kerja maklong.. tengok org buat.. maklong pun nak jugak buat.. semalam maklong nampak kjee kita ni buat bubur kacang merah.. terliurlah pulak.. kebetulan malam tadi maklong ke NSK.. shopping barang dapur yang dah habis dan barang2 makan yang maklong nak pos untuk anak2 maklong yang kat jepun tu..

Pusing punya pusing maklong terpandang kacang merah.. 1 peket berat 1kg.. banyak sangat.. tapi maklong pejam mata je terus masuk dalam troli.. bila dah cukup barang2 yang dibeli, maklong pun balik.. sampai je kat rumah maklong terus kedapur.. maklong tergerak hati nak rendam kacang merah yang maklong beli tadi.. bila nak rendam.. baru maklong terpikir yang maklong dah tersalah beli kacang.. tak sama macam kacang yang kjee buat bubur tu.. huhu.. macamana ni..

Anak maklong cakap tu kacang nak buat inti.. maklong terus tanya google.. hoho.. ada jugaklah orang buat bubur guna kacang yang besar ni.. so, maklong pun terus rendam..
awal pagi maklong dah mula rebus.. lamanya macam rebus ketupat tau.. jenuh..!!

bahan:
3 cawam kacang / rendam dulu
1 cawan gula
3 sudu sagu kecil
1 kotak kecil santan
secubit garam
3 helai daun pandan
susu cair secukupnya

cara:
rebus kacang hingga empuk.. 3 jam atau lebih
bila kacang dah lembut.. masukkan sagu.. daun pandan.. gula dan garam
masukkan pula santan..
bila rasa dah ok.. tutup api..
masa nak makan tambah susu cair..

Telur Ikan Mayong Ungkep


Ikan mayong yang dah siap dimasak taucu..



Hari ni maklong dapat ikan mayong yang agak segar.. tengok rupa pun tahu kan.. siap ada telur lagi.. bonuslah kiranya..


Ni lah ikan mayong.. dan dalamnya ada telur yang maklong masak ungkep..



Ni pulak rupa telur ikan mayong yang telah siap dimasak..

Hari ni maklong agak sebuk sikit.. tu yang dah uplod gambar tapi resepi tak timbul2.. maaf ye kepada kengkawan or anak2 yang singgah kt blog maklong yang belum lengkap tadi.. biasalah bila dah dapat gaji ni masuk bank keluar bank.. 1st yang maklong buat ialah bank in duit untuk mak maklong kat kampung.. walaupun tak banyak alhamdulillah.. dapatlah membuatkan mak maklong tersenyum.. ooppss..

Sebelum maklong pergi bank tadi maklong pergi pasar borong.. dari hari maklong beli ikan mayong yg kurang segar dimata maklong hari tu.. maklong dah berkira2 nak beli ikan yang sama.. tapi yang segar sikitlah.. baru sedap dimasak dan dimakan.. anak2 tak perasan pun.. laju je dorang makan.. tapi maklong yang siang ni kenal sangat ikan tu.. tak berapa ok.. tu yang nak makan pun tak berapa laju.. susah jugak jadi orang cerewet ni kan.. alhamdulillah hari ni maklong dapat ikan sebagaimana yang maklong nak.. siap ada telur lagi..

Maklong teruja sangat bila tengah potong ikan tadi terkeluar telur yang dah lama maklong tak jumpa.. dulu2 masa kat kampung adalah sesekali.. alamak..!! maklong nak buat masak apa telur ni.. maklong tanya paklong yang dari tadi macam pelik semacam tengok maklong terkial2 menyiang dan memotong ikan.. yalah selalunya maklong beli ikan dah siap bersiang.. paklong jawap pendek je.. ikutlah..

maklong pun malas nak masak beria2 telur ikan tu.. maklong ungkep jelah.. nak goreng dengan minyak.. takut meletup.. habislah tangan dan muka maklong berparut2 nanti.. bertambah buruklah muka yang dah sedia buruk ni.. nak tengok macamana maklong masak ungkep..

bahan:
1 mangkuk telur ikan
3 biji bawang putih ditumbuk
1 inci halia dihiris
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji tomato
sedikit kunyit hidup ditumbuk
garam & aji
sedikit daun bawang

cara:
panaskan minyak.. tumiskan bawang putih, halia, kunyit dan bawang besar.. hingga kekuningan.. masukkan telur ikan dan sediki air..
kecilkan api.. tutup kuali tulah yang dikatakan ungkep.. bahasa jawa..
sesekali kacau telur tadi supaya masak sekata.. tutup semula..
bila telur ikan telah masak.. masukkan tomato..
garam dan aji secukup rasa.. tutup api.. masukkan pula daun bawang..
sedap jugak rasanya.. maklumlah.. dah lama tak makan telur ikan yang macam ni..

telur ikan maklonng masak ungkep
dagingnya maklong masak taucu pedas sikit
kepalanya maklong simpan dulu kat peti ais..