Blogger Layouts

Followers

Thursday, May 26, 2011

Sambal Berapi Udang Kering


Assalamualaikum semua..

Maklong hari ni kan rasa macam stress sikitlah.. gara2 cucu baru maklong si Nina yang meragam.. dari mula sampai hingga masa ibu dia jemput.. asyik nak menangis je.. tidurnya pun tak berapa lena.. maklong kena berada disisinya sentiasa.. kena berkaraoke.. macam2 lagu, kalau berhenti nina akan menangis.. dahlah maklong puasa.. kering tekak maklong.. hehe..

Alhamdulillah anak maklong miza, dan menantu maklong ada.. bolehlah tolong jagakan cucu2 yang lain.. maklong harap sangat dapat terus menjaga nina ni.. tapi kalau rasa dia tak serasi dengan maklong nak buat macam mana kan.. biarlah ibunya cari orang lain untuk menjaganya..

Oleh kerana keletihan.. maklong hanya mampu terduduk kat sofa depan tv.. sambil tengok rancangan tv yang menarik juga bagi maklong.. bila waktu berbuka dah dekat maklong barulah masuk dapur.. mereka2 apa yang boleh dimasak.. maklong teringin yang pedas2.. tu yang maklong buat sambal udang kering ni..



Resepi sambal ni senang je.. maklong gunakan udang kertas yang kering.. udang ni ada dijual masih berkepala dan ekor.. kita sendiri kena bersihkan.. selalu maklong nampak tokeh2 kedai makan cina beli berkilo2.. bila maklong tanya.. mau bikin apa.. dorang jawap nak buat perencah sup.. sup tu kuahlah kan..

Bahan:
2 genggam udang kertas kering
1 genggam udang kering tanpa kulit*
2 genggam cili api kampung*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
!/2 biji bawang besar dipotong bulat
garam & aji
gula
air asam jawa

Cara:
tumbuk bahan bertanda (*)..
panaskan minyak.. masukkan udang kering.. goreng hingga agak garing..
masukkan pula bahan yang telah ditumbuk.. tumiskan hingga naik bau..
masukkan air asam jawa.. garam.. aji dan gula.. secukup rasa..
masukkan bawang besar..
bila bawang dah layu.. tutup api..
sedia untuk dihidang..

4 comments:

IXORAROXI said...

benornya bila emak2 macam Maklong ni masak, masak apapun sedap..resepi mudah pun boleh jadi sangat sedap rasanya..pekena dengan nasi panas2..kecur!

Unknown said...

mak long, macamana nina skrang??
dah okey??
mungkin ada yang tersalah urat kot..
moga cepat okey ya


PS: mak long. aduh.. sedapnya udang.. lama ayu tak makan.. nanti kalau ada izin tuhan. en zalie cepat sembuh.. ayu masak udang cara mak long....
sebab en zalie suka pedas2

Along Maklong said...

Ixora..
memang betullah.. maklong pun masih merindui masakkan mak juga.. anak2 maklong pulak dok masuk dapur.. nak makan masakkan maklong..

Along Maklong said...

Ayu..
nina dah balik.. ibunya ambik.. besuk pagi pulaklah maklong jaga.. harap2 besuk dia tak meragam..

sesekali makan udang kering.. pedas pulak tu.. sedapnya.. semuga en.zalie cepat sembuh.. dan boleh cuba sambal ni..