Blogger Layouts

Followers

Wednesday, April 4, 2012

Dah 11 Hari..


 Assalamualaikum semua..

Hari ni dah 11 hari maklong berada di negara matahari terbit ni.. dan barulah malam ni maklong menyempatkan diri menjenguk blog sendiri.. terfikir pulak nak buat cerita ringkas selama berada disini..

Rasanya ada yang tak tahu.. yang maklong kali ni ke Jepun bersendirian tanpa teman.. mulanya maklong merancang nak pergi bersama Nani tuan punya blog life is beautiful.. tapi tarikh yang kami pilih agak jauh berbeza.. maka kami masing2 pergi secara solo.. kalau nani yang pergi secara solo taklah kesah sangat kan.. ni maklong yang dah tua.. terkial2 jugaklah tapi maklong yakin yang Allah sentiasa bersama maklong.. jadi alhamdulillah segalanya jadi mudah.. sampailah maklong ke sapporo tempat tinggal anak dan menantu maklong..

Kalau nak ke Sapporo.. kena naik 2 flight.. dari KL ke Kansai, Osaka.. pastu dari Osaka ke Chitose.. 2 tahun lepas maklong bersama nani pergi melalui Hongkong.. jadi keadaan agak jauh berbeza.. apa2 pun maklong dah selamat sampai..



24/3/2012 Sampai je rumah anak maklong.. menantu maklong bawa maklong membeli belah barang2 nak buat kenduri.. tak tahulah sebab apa.. maklong tak rasa penat or mengantuk.. seronok sangat dapat jumpa cucu kut..

25/3/2012.. Maklong terus membuat persiapan yang patut.. untuk menjamu kawan2 anak2 maklong.. kira kenduri kesyukuran sempena kejayaan menantu maklong lulus master dan sempena mereka dapat anak pertama..

Oleh kerana rumah dan dapurnya comel.. maka kenalah maklong buat pelan2.. alhamdulillah majlis berjalan lancar.. dan sebab kecomelan rumah.. maka yang datang jugak dibahagi 3 kumpulan.. supaya semua dapat duduk..
 



 26/3/2012... Inilah cucu maklong yang dah nampak berisi sikit.. abinya sedang ucap selamat tinggal.. nak balik malaysia.. mengintai peluang pekerjaan setelah 6 tahun belajar disini..


27/3/2012.. Anak maklong meneruskan aktivitinya.. usrah dirumah comelnya ni.. maklong sebagai tukang masak.. sambil2 dengar majlis ilmu yang dijalankan.. bagus pelajar2 malaysia ni.. ilmu dunia dikejar.. ilmu akhirat tetap tak dilupakan..


Tuan tanah yang kejakunan.. tak pernah jumpa salji sebelum ni.. mula2 jenguk dari atas je.. lama2 turun juga..


16 comments:

zana said...

Salam kenal maklong, ok lg maklong ni.....takde la tua mana pon. Cucu maklong dah rupa jepun zana tgk. Pernah juga merasa 3 bulan kt jepun masa kerja dulu. Tapi zana lebih suka cuaca kita di Malaysia walau tkde salji.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam mak long..sonoknya dpt jumpa cucu yer,hilang penat naik kapalterbang berjam2 lamanya...:D

Amie said...

EWah! Maklong nampak teruja betul.... kita pun tumpang seronok sama. Syukurlah Maklong selamat dalam perjalanan, kira Maklong ni bukan calang-calang orang tau, berani!

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Maklong...
allhamdullilah dh selamat sampai ke negeri matahari terbit wlpun bersendirian :)

inazamri said...

wah hebat la maklong,berani.kalau ina tatau la camne sorg2 ke sana.Seronok dpt jumpa anak cucu hilang segala kepenatan.

Acik Erna said...

assalam maklong..pertama kali acik tinggal komen..mak long memang berani..kalau acik tak lepas la pegi sendiri..dari muda sampai ketua..acik memang nak beteman je kalau pi mana2

Mama Janet said...

wah sempat bersiaran dari kejauhan

Unknown said...

mak long..

hilang winduuuuu
ewah.. posing di salji ya.. sure sejuk

tabiklah mak long sampai gak walau sorang2.. tanpa nani pulak tu.. tahniah..

melihat cerita dan gambar maklong ttg suasana anak2 maklong dan pelajar disana.. ayu yakin mereka menerapkan nilai2 murni..
syukur....

mmg baby dah nampak berisilah.. comel

Cheq Sue said...

amboi...semangat betul nenek nak jumpa cucu ya sampai tak terasa penat fligt tu...

Eima Ari said...

Mak Long,,sikitnye gambar..xpuas tgk..=)

Roses_Leo09 aka Hanim said...

wahh ..... mesti seronokkan mlong....

Roses_Leo09 aka Hanim said...

wahh ..... mesti seronokkan mlong....

Yours truly said...

salam mak long..seronoknyaa.. main salji.. (teringin jugak nih..huhuhu)

SITI NOARIZAH ARIS said...

Salam maklong...dh sampai japang yea?

Seronoklah dpt main salji..main dan tengok puas2 maklong klau nak tunggu merasa kat malaysia ni setakat yg tipu je lah..hehe..

Pasni speaking japanglah lak yea maklong..:))

Pen Biru said...

ececececce...syoknye mak long..insya Allah murah rezki nanti ana pun sampai la sana

Mak-Imma said...

best nyer Maklong dpt gi main2 dgn winter sonata g2.... hehehehe