Blogger Layouts

Followers

Saturday, February 18, 2012

Nina Dan Botol Kosong..


Assalamualaikum dan selamat malam semua..

Maklong percaya ramai yang dah dibuai mimpi indah tika dan saat ini.. selamat bermimpi.. bagi maklong.. biasanya waktu ini maklong dah pun mula meluruskan badan ditilam empuk.. tapi oleh kerana baby comel ini maklong masih berjaga.. tiba2 teringin nak menaip beberapa baris ayat buat tatapan semua.. maklum kan.. dah lama juga maklong tak mengupdate blog..

Maklong sangat sebuk kebelakangan ini.. dari mula anak maklong Diana turun tanda.. kerisauan melanda kerana terpaksa tinggalkan dia kat rumah bersama anaknya.. Nasya.. maklong pulak 2 hari ulang alik ke tanjung karang menyibukkan diri.. kat rumah mak maklong.. kenduri kawin adik maklong.. belah petangnya maklong balik selayang semula sebab takut Diana bersalin masa maklong tak ada.. sapa pulak nak jaga Nasya..

Dan akhirnya.. pada 7/2/2012.. jam 8 malam Diana melahirkan anak keduanya.. lelaki.. tapi anaknya telah meninggal 72 jam didalam perut.. innalillahi wainnailaihi rojiunnn.. sesungguhnya kami semua redha diatas ketentuan Allah.. selalu maklong cakap.. nak cucu maklong ni akan secomel baby Nina ni.. badannya berisi dan sangat suka makan.. tapi nampaknya tak kesampaian kerana allah lebih sayangkan dia.. semuga Allah akan mengurniakan anak yang lebih baik dan comel buat Diana & suaminya..

Kerisauan maklong tidak setakat ini sahaja.. bila anak maklong Maira diberitahu Dr. yang anaknya menyonsang dan kemungkinan akan dibedah.. sekiranya bersalin melalui pembedahan.. akan dilakukan awal 2 minggu dari DUE datenya.. tiket flight ke Jepun maklong dah booking.. 23/3/2012.. apalah rupa dorang nanti mengadap 1st baby jauh dari mak & ayah.. mama & papa.. uols doakan mereka tabah ye.. baby dah umur dekat sebulan baru maklong sampai.. huhu.. nasib baik segala keperluan dan persiapan untuk bersalin maklong dah poskan lebih awal..

Tapi.. bila melihat gelagat baby Nina.. terubat juga segala kerisauan.. biarpun kadang2 sedikit menguji kesabaran.. maklum budak2.. jom layan betapa cerianya dia dapat bermain dengan sebiji botol kosong.. biarpun hari dah hampir awal pagi.. dia boleh abaikan permainan yang lain.. lucu banget..



Malam ni maklong kena jaga baby Nina ni.. sebab ibunya pergi kursus.. nasib baik ragamnya tak lama..












Masa maklong menaip ni.. baby Nina dah mula melelapkan mata.. dan maklong pun nak turut bersama Nina.. so, selamat malam semua..


6 comments:

MakNgah said...

intro berbau jiwang...huhu

Along Maklong said...

sebab hatiku sedang rawan.. hehe..

Anonymous said...

moga maira n babay selamat..kadang2 baby dia akan berada dlm keadaan asal bila nak dekat2 bersalin..sempat lagi tu dia berpusing balik..insyaAllah semuanya selamat..ada hkmah atas semua yg terjadi..hrp2 k.diana tabah..saya pun berduka atas kejadian yg menimpa..

Unknown said...

insyallah maklong, pasti cucu maklong secomel nina..
atau seakan2 baby jepun??
wahhhhhhhhhhhhhhhhh

salam takziah sekali lagi bt anak maklong dan family..

terasa sangat kesedihan yang dialami ibunya

Jelly Gamat Walatra said...

Thank you very much for sharing this very useful information, I am very happy to have found the information I was looking for. Once again, thank you so much.
obat herbal ampuh untuk mengatasi cacar air
cara pemesanan qnc jelly gamat secara online
cara menghilangkan benjolan seperti bisul di ketiak
obat penghilang kebas dan kesemutan alami
cara menghilangkan benjolan dimulut rahim
cara menyembuhkan fistula ani

swara Misra said...

You’d outstanding guidelines here. I did a search about the field and identified that very likely the majority will agree with your web page.