Assalamualaikum Semua..
dah pagi rupanya.. tapi mata maklong tak mengantuk lagi.. sebab maklong tertidur waktu maghrib tadi.. tidur yang nyenyak.. siap mimpi lagi.. jadi maklong pun teringatkan sambal maklong tengahari tadi.. ayam ada ikan ada.. tapi maklong tak berapa selera.. maklong selera nak makan sambal.. sambal udang ni paklong dah lama jugak suruh buat.. tapi.. kebelakangan ni paklong dah tak berapa boleh makan pedas.. jadi maklong buat yang kurang pedas..
Maklong buat sambal udang ni guna cili kering.. dan campur dengan cili merah besar.. sebab nak bagi kurang pedas..
Oleh kerana sambal udang tu tak pedas.. mana maklong puas hati.. jadi maklong buat sambal bilis yang pedas berapi ni.. baru syok makan.. maklong guna cili api merah..
8 comments:
Dua dua tu memang menambatu hati saya...sedap!!!! Tang pedas berapi tu, fuhhhh...terangkat!
mak long..sy suka sambal petai tu tapi sy suka kalau udang tu diganti dgn daging..fuuh..mau bertambah2 nasik
chah..
kita serupa..
kalau tak pedas tak best kan.. :)
ana..
nak kena cuba..
sambal daging campur petai..
macam ada kelainan je..
mak long, dari jam 3 petang ayu layan petai...
kopek kemudain rendam..
naik kecut jari jemari.. siap gak..
esok ayu buat sambal ikan bilis dan petai..
lihat menu mak long, terus lapo balik..wawawa
sedapppppp
ayuuuu..
sedapnyaaa.. sambal bilis boh petai..
feberet maklong tu..
kalau makan tu ingat2lah kat maklong yerk..
dua2 nmpk menyelerakan..tp prefer sambal ikan bilis sbb skrg ni bila mkn udang ada alah ckit..
kita serupa..
maklong pun suka sambal bilis..
sedapppp kan..
Post a Comment