Assalamualaikum Semua..
Oleh kerana menu cuma menu ulang tayang.. resepi ada kat n3 sebelumnya.. rasanyalah.. maklong pun bukan ingat sangat.. oleh kerana cucu2 yang maklong jaga.. hareez.. nina.. asyraf.. dan alisya masing2 bercuti.. maklong hanya tinggal bersama nasya sahaja.. kerja maklong makan tidor je kat rumah.. cuaca pulak mendung.. cuma hari ni cuaca agak baik.. panas dan berangin.. sesuai sangatlah untuk kerja2 mendobi pakaian..
Sambal udang ni lauk hari ni.. oleh keran gas habis.. maklong masak satu masakkan je menggunakan dapur mini gas.. ala.. yang guna tong gas kecik tu..
Sambal ikan talapia merah ni.. menu semalam.. masak sambal macam biasa2 je.. cuma tambahkan aroma dengan hirisan daun limau purut.. rasanya sedap dan wangi..
Pecal.. antara makanan kegemaran maklong.. maklong boleh tak makan nasi kalau ada pecal ni.. berbeza dengan paklong.. pecal ni dia buat lauk makan nasi.. dia akan makan bersama ikan masin atau ikan goreng..
Kuah durian ni maklong buat untuk paklong.. dia jamu kawan2 kat tempat kerjanya.. paklong belikan roti kosong yang panjang tu.. sekali hadap je katanya..
7 comments:
Guna tong gas kecik pun menjadi apa lagi kalau guna gas besar. Kecur kakak tengok gambar yg mengancm tu...
Terima kasih sudi ke blog kakak:)
hehe.. apinya sama je.. cuma tak puas hatilah sebab macam main pondok2 je..
sama2.. eh kakzakie kakak ke..? rasanya maklong lagi kakak..hehe
mak long, better mak long standby multicooker tu. kalau gas abis boleh masak guna multicooker..kalau nak p cuti2 kat mana2punbleh bwk.mudah nak guna..tak yah cari tong gas dah..cocok kt plug jer..hehe
lerrrrr baru nak mintak kuah durian tu..habis dah ya!
hehe dapur gas kecik tu kenangan dulu2 mak sy pernah pkai..
semua makanan ulang tayang tu sedap..pecal tu aruah mak sy panggil gado2.feberet jugak!
salam mak long.....saya mmg suka tgk maklong masak....resipi2 semuanya masuk ke tekak saya.....pedassss....hehehe....
maklong, saya guna dapur ni letak atas meja, masak steamboat. hahaha...
Post a Comment