Blogger Layouts

Followers

Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Monday, January 23, 2012

Ikan Tahu & Tentang Pengasuh..


Assalamualaikum semua..

Bestnyaaa.. cuti panjang ye.. tempias juga dekat maklong yang tak bekerja ni.. tapi tolong jaga anak2 orang yang bekerja.. jadi otomatik rumah maklong jadi sunyi dari suara anak2 kecil.. ada yang cuti 4 hari je dan ada yang cuti seminggu..

Sebut tentang jaga anak orang ni.. maklong sekarang kerap terbaca luahan perasaan tentang anak yang dijaga orang macam maklong nilah.. bila baca rasa ada tips yang maklong nak kongsikan dengan sesapa yang nak cari pengasuh kepada anak memasing.. carilah kawan yang pernah hantar anak kerumah pengasuh tu.. jangan dengar je cerita baik kawan tu.. pergi sendiri rumah bakal pengasuh tu.. masuk rumah dia.. tinjau2lah isi rumah tu.. dari dapur hingga kepagar depan.. sambil berkira2.. pastikan anak kita selamat selama 10 jam kat rumah tu.. carilah 2 atau 3 rumah pengasuh dan buatlah pilihan.. yang terbaik.. sila jangan ambil mudah or cincai..

Ambil masa seminggu untuk percubaan.. yang ni selalunya maklong yang akan sarankan kepada mak budak yang nak mintak tolong maklong jagakan.. lepas tu tanya anak kita.. best tak duduk dengan nenek ke makcik ke anti tu.. kalau anak jawap best.. oklah tu, boleh teruskan.. kalau jawapannya tak best, tukar.. cari pengasuh lain.. tu kalau anak yang dah pandai cakap.. kalau masih bebetul baby.. lu pikirlah sendiri.. bak kata nabil.. hehehe..

Lepas tu mai layan masak taucu ikan tahu atau ikan aji2 maklong ni.. ikan ni susah nak dapat kat pasar borong Selayang.. maklong beli ni kat pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor.. masa maklong balik kampung berurut minggu lepas.. ini, antara ikan feberet maklong..





Maklong pasti.. ramai yang tak kenal ikan tahu ni.. ha.. nilah rupa paras ikan tahu.. tapi setelah disiang.. lepas tu boh gram kunyit.. goreng.. makan macam tu pun sodap.. cicah dengan sambal kicap.. sebab apa disebut ikan tahu.. dari kepala hingga keekor dia lembut macam tahu.. sedap..!!



Tapi maklong lebih suka dimasak taucu macam ni.. anak2 pun suka.. habis ditimba kuahnya yang masam2 manis tu.. kalau maklong kena pecahkan cili api tu.. baru ngam.. sekor tak cukup ko..

p/s.. punyalah malas maklong ko ni.. ambik gambar dalam kuali je..


Friday, December 30, 2011

Tenggiri Masak Lemak Cili Api..


Assalamualaikum semua..

Dah lama sangat rasanya maklong teringin nak makan ikan tenggiri masak lemak ni.. yelah.. beli ikan asyik2 buat sambal.. maklong belilah bahagian ekornya dalam 6 ketul macam tu.. ikan ni agak mahal baru maklong pandai makan.. dulu2 maklong tak suka.. mungkin sebab harganya.. yang ni 1kg rm20.. oleh kerana tak sampai 1kg harganya cuma rm16..

Maklong ni nak ke Jepun lambat lagi.. 2 bulan setengah macam tulah.. tapi maklong nak makan apa saja yang maklong teringin.. nanti kat sana bukan ada jumpa ikan2 yang macam kat sini.. lagi pun maklong kat sana lama juga.. dalam 3 bulan.. lama kan..








Oleh kerana menu ni menu ulangtayang.. tak payahlah maklong sertakan resepinya.. lagi pun senang sangat nak masaknya.. masak ni sebenarnya nak kena pandai imbangkan antara.. masam.. masin.. pedas dan lemaknya.. kalau secukup rasa tu mesti sedap kan.. jangan terlebih.. tu yang jadi berkerut dahi masa makan.. mana taknya kalau terlebih garam.. mesti dahi jadi berkerut.. hehe.. 

Thursday, December 29, 2011

Ikan Bawal Masak Sambal..


Assalamualaikum Semua..

Selamat awal pagi.. eh awal ke..? dah dengar azan tu.. dah tak awallah kan.. sepatutnya maklong solat dulu ni.. tapi bilik air rumah maklong ni cuma satu.. jadi sementara maklong tunggu giliran.. maklong nak siapka n3 maklong ni..



Alkisahnya.. maklong semalam nak masak masam manis ikan bawal ni.. maklong pun dari pagi dah keluarkan ikan ni dari peti.. dan maklong suruh anak maklong diana.. goreng.. maklong ajak paklong keluar.. pos barang maira.. sambil2 tu nak beli bahan2 untuk masak ikan tu.. tapi maklong boleh lupa.. cuma beli cili kering je.. maka dengan berat hati maklong buatlah sambal je.. tapi alhamdulillah.. rasanya sedap juga..





Oleh kerana rasanya sedap.. maklong pun nak juga kongsi resepinya dengan uols.. mana tahu kut2 ada yang nak mencuba.. tengoklah tu bukan main merah pekat lagi warna sambalnya kan.. hehe..

Bahannya..
2 ekor ikan bawal.. goreng
1 cawan cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawabg besar..
3 sudu cili sos
2 sudu sos tiram
garam.. aji.. gula..

Cara..
tumbuk kasar bawang putih dan bawang merah..
tumiskan hingga kekuningan..
masukkan cili.. tumis hingga pecah minyak.. masukkan sedikit air..
masukkan pulak sos cili dan sos tiram..
garam.. aji dan gula secukup rasa..
akhir sekali masuk bawang besar.. bila dah masak..
tuangkan diatas ikan.. sedia untuk dihidang..

Saturday, October 29, 2011

Ikan Keli Masak Sambal..




Assalamualaikum semua..

Bila maklong klik2 blog maklong ni.. kisahnya ada yang dah uplod gambar tapi tertangguh.. pelupa sungguhlah maklong ni kan.. nilah gambarnya.. ikan keli masak sambal yamg saaangat sedap.. bagi tekak maklonglah.. yang memang suka yang pedas2.. tahap kepedasan masakkan maklong orang lain tak boleh tahan.. kecuali oarang tu memang hantu cili macam maklong.. maklong kalau masak maklong tak peduli selera anak2.. maklong kira tekak maklong dulu.. so far.. anak maklong jarang komplen.. sebab dorang pun tahan pedas.. dari kecik maklong ajar.. kalau pedas sambalnya, makan ikannya je..







resepi untuk sambal ikan maklong kali ni..

bahan2:
2kg ikan keli yang telah digoreng garing

bahan2 untuk sambal:
3 biji cili merah
2 genggam cili api merah
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
sedikit belacan

tumbuk semua bahan..
tumiskan hingga kekuningan.. masukkan air asam jawa.. garam.. aji dan gula.. secukup rasa..
masukkan ikan.. gaulkan dengan sambal.. angkat..
sedia untuk dihidang..



Thursday, October 27, 2011

Bawal Masam Manis Lagi..


Assalamualaikum Semua..

Selamat malam semua.. kepada yang dah nak masuk tidur.. maklum besuk kan nak kerja kan.. maklong ni surirumah sepenuh masa jadi selalu tidur lewat dan bangun awal.. siang boleh sambung tidur.. masa cucu2 tidur maklong pun tidur sama..

Hari ni maklong tak masak sebab yang nak makan semua dah balik kerumah masing2.. anak besan maklong dah balik sambung belajar.. yang sorang lagi kerja macam biasa.. anak2 dan menantu masing2 kerja.. tinggallah maklong dgn paklong.. dan cucu maklong si Nasya.. apa lagi.. maklong oder je nasik kukus dari paklong..








Atas tu menu maklong semalam.. tengahari.. sebelum anak2 besan maklong balik belajar dan kerja.. yalah masing2 rindukan masakan mak kan.. mak dorang jauh di Sabah.. jadi maklonglah mak dorang.. maklong pun dah anggap dorang macam anak maklong sendiri.. dalam pukul 5 macam tu maklong hantar si adik ke Puncak Alam.. dia belajar kat UITM..





Inilah anak besan maklong tu.. baru lepas terima sijil.. hari selasa lepas.. dihari konvokesyen, kat UITM, Shah Alam.. sekarang sedang belajar kat UITM, Puncak Alam..





Yang ni.. abangnya.. juga baru bulan lepas terima sijil juga.. tamat belajar dari Msaterskill.. sebagai juruterapi.. ala2 jururawat lelaki gitu.. dapatlah maklong tumpang gembira diatas kejayaan anak2 besan maklong.. adik ipar anak maklong.. Diana.. harapan maklong semuga cucu2 maklong dapat mengikut jejak uncle2nya.. kalau boleh lebih.. lagi baik kan..


Saturday, October 22, 2011

Ikan Sepat Masak Sambal..


Assalamualaikum semua..
Apa kabar semua hari ni.. ada yang belum bangun.. ada yang tengah bersilat kat dapur.. menyiapkan sarapan untuk keluarga kan.. maklum kan hari ni cuti.. maklong pulak doklah nak menayang menu semalam.. hari jumat.. hari maklong bermanja2 dengan anak dan menantu.. pagi2 lagi dah arah menantu buat itu ini.. cat bilik air.. repair kerusi yang patah.. pasang cermin dan rak kat bilik air.. bila dah siap ajak pulak ke pasar borong.. setia bagai pak supir mengekori maklong membeli ikan.. sayur dan buah.. tolong bawakkan apa yang maklong beli.. uols ada tak menantu macam maklong.. ha.. tu lah beruntung maklong kan..

Siap beli sotong 2kg dengan udang lagi ko.. pastu tunjuk kat maklong ada ikan kegemaram maklong & paklong.. ikan sepat yang jarang sangat nak jumpa kat pasar borong ni.. apa lagi maklong terus beli 1kg.. harganya cuma rm7..



Ada sapa2 yang tak pernah tengok ikan sepat ke.. nilah rupa dia sebelum disiang.. besar2.. geram tengok..
maklong goreng lepas tu buat sambal biasa2 je.. tapi sedapnya..



Peria goreng ni anak maklong yang masak..



Ikan tongkol masak lemak cili api ni pun anak maklong yang masak.. maklong tak makan pun.. cukuplah ikan sepat masak sambal tu..


Sunday, September 25, 2011

Ikan Keli Masak Sambal.. pucuk paku goreng..







Resepi untuk buat sambal ikan keli ni macam biasa2 je.. cuma maklong tambah dengan hirisan daun limau purut.. nak bagi wangi dan rasanya pun sedap..!! cubalah..



Assalamualaikum Semua..

Malam ni maklong rasa macam seronok sikit buat n3 ni.. bukan sebab apa.. maklong baru tahu cara buat n3 ni.. cara yg agak mudah jugak dibandingkan dari sebelum ni.. tu pun maira yang tunjukkan kat maklong.. disaat2 akhir sebelum dia balik semalam.. kiranya sebelum ni maklong main bedal je.. janji uols boleh baca apa yang maklong nak sampaikan.. hehe..

Ni menu maklong tengahari ni.. paklong yang beli ikan keli dan sayur pucuk paku ni.. ingatkan nak berehat memasak.. barang sehari dua.. rupanya kena masak jugak.. tak apalah.. bukannya susah sangat setakat nak masak macam ni kan.. sambil pejam pun boleh kan..


Tuesday, September 13, 2011

Ikan Bawal Masak Masam Manis

Assalamualaikum Semua..

 Sejak balik dari Kelantan.. baru hari ni maklong masak yang agak ok sikit.. sebelum ni kami anak beranak makan yang senang2 je.. telur goreng je.. sarapan pun maklong beli nasik lemak.. Bila badan penat.. tidur tu lebih penting dari makan.. hari maklong dah kembali sehat seperti sebelumnya.. maklum masa kat kelantan selama 3 hari kami berjalan sakan.. bukan setakat kota bharu.. malah sampai ke Pengkalan Kubur..

 Hari ni.. bila penat dah hilang maklong memulakan aktiviti seperti biasa.. pagi2 dah hantar anak maklong Diana yang dah sehat dan dah mula kerja sejak hari Isnin minggu lepas.. lepas tu maklong singgah ke pasar borong.. beli ikan bawal.. Maira teringin nak makan ikan bawal masak masam manis.. Resepi masak masak masam manis ni sama je dengan resepi yang lepas.. rasanya hari tu maklong guna ikan siakap..


Tambah kapsyen
Tambah kapsyen

Tambah kapsyen

Wednesday, September 7, 2011

Menu Makan Tengahari..

Assalamualaikum semua..

Apa kabar semua.. masih berada dalam mood raya lagi.. ? bagi maklong alhamdulillah sehat.. dan masih nak meneruskan jalan2 raya ke Kelantan pulak pada besuk pagi.. sesudah subuh maklong akan bertolak dari rumah.. maklong nak hantar anak maklong Maira beraya kerumah mama dan papanya (MIL &FIL..) kiranya maklong nak kerumah besanlah ni..

Dalam pada semangat nak berjalan jauh.. maklong teruskan memasak.. bagi memenuhi apa juga lauk yang anak maklong teringin nak makan.. dah 2 hari maira teringin nak makan ikan talapia sambal.. abang iparnya dah beli.. tapi cuma 3 ekor je.. jadi maklong tanbah 3 ekor lagi..




Ikan Talapia Merah masak sambal ni.. permintaan anak maklong maira.. teringin nak makan sambal katanya.. sambalnya macam biasa.. cuma maklong tambah sedikit kunyit hidup.. tu yang nampak kuning tu..

 


Ikan Pelaling masak sup ni.. maklong yang teringin.. masa maklong kepasar tadi ternampak ikan ni yang saiznya agak besar dan nampak segar.. jadi memang sedap sangat bila dibuat sup simpel ni..



Kangkung Goreng.. ni feberet Maira juga.. tu yang kerap masak sayur ni sejak dia balik.. kat jepun harga kangkung mahal macam emas.. hehe..



Thursday, August 4, 2011

Ikan Mayong Masak Taucu..

Assalamualaikum Semua..

Salam ramadhan yang ke4.. maaf ye.. menjelang masa merbuka puasa ni maklong tayang gambar lauk pulak.. sebenarnya dari malam tadi maklong nak uplod gambar ni.. tapi asyik gagal je.. cuba dan cuba.. sampailah petang ni baru boleh.. alhamdulillah.. nasib baik puasa.. kalau tak dah berbakul jugaklah maklong membebel..

Ini lauk untuk berbuka semalam.. hari ke3.. hari ke2 maklong masak sambal sotong tapi tak sempat nak bergambar sotong dah habis kena ngap.. lagi pun mud tak berapa ok.. hari pulak maklong masak daging masak kicap..



Monday, August 1, 2011

Anak Ikan Tenggiri Masak Kari

Assalamualaikum Semua..

Uols masak apa untuk buka puasa hari ni..?
maklong macam biasalah.. puasa ke tak puasa sama je.. masak yang senang2 je..
setiap tahun pun macam ni jugak.. jarang2 pergi kapasar ramadhan.. masak je apa yang rasa nak makan.. kuih muih kat rumah maklong pun jarang buat.. sapa nak makan beli.. tapi, anak2 maklong memang tak berapa suka kuih..

Cuma untuk makan sahur je yang kena kreatif sikit.. supaya berselera nak makan.. biasanya maklong masak sambal.. tak kira sambal apa.. udang ke.. bilis ke.. telur ke.. sotong ke.. malam ni rasanya maklong panaskan je kari ikan yang masih ada lagi dan goreng telur.. senang kan..



Saturday, July 9, 2011

Ikan Talapia Merah Masak Kukus

HASIL AIR TANGAN MENANTU LELAKI..

Assalamualaikum Semua..

Malam ni maklong pekena ikan talapia merah masak kukus.. bukan air tangan maklong tau.. tapi air tangan menantu maklong yang lelaki.. yang sabahan dan yang memang suka memasak tuu.. sebenarnya maklong ni beruntung sebab dapat dua orang menantu lelaki yang semuanya pandai memasak.. tapi yang sorang tu masih meyambung pelajaran ke peringkat master dijepun.. so, baru sekali dapat merasa masakkannya.. ayam masak kari yang sedap.. kalau nak tengok masakakannya bolehlah ke blog Maira.. anak maklong.. eleh.. kalau jadi mak mentua cheff wan lagi beruntung kan.. hehe..

Ikan talapia masak kukus ni punyalah sedap.. paklong makan hingga menjilat jari ko.. siap suruh maklong masak lagi.. sebab dia nak air tangan maklong jugak kut.. maklong sengeh je.. sebab maklong ni kurang rajin nak mengukus2 ni..


Resepi untuk masakkan ni sangatlah senang..

Bahan:
3 ekor ikan talapia kira 1.5kg.. bersihkan
2 inci halia dihiris
5 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang putih dihiris
1 cawan sos tiram
garam secukup rasa..

Cara:
Letakkan ikan didalam loyang..
masukkan bahan2 yang telah dihiris.. dan juga sos tiram
masukkan juga garam..
kukus selama 30 minit atau hingga masak..