Blogger Layouts

Followers

Wednesday, October 19, 2011

Tamat Perang Semut..



Assalamualaikum semua..

Selamat pagi.. dah sarapan ke..? maklong baru lepas sarapan.. nasi sejuk dengan sambal bilis.. sedap ko.. ada ayam masak sos tiram pun maklong tak cuit.. sambal bilis lagi sedap.. bagi tekak maklonglah.. hehe..

Pepagi ni maklong nak cerita pasal benda ni.. nak sebut apa pun maklong tak reti.. water dispenser.. dia tulis.. maklong jumpa benda ni kat Seng Heng Selayang Mall.. mula2 tu tengok je.. sambil berangan.. mesti nak beli.. balik rumah maklong cakap kat anak maklong Diana.. yang maklong nak sangat benda ni.. dia jawap tunggulah dia dapat gaji.. alah lambatnya.. oleh kerana tak sabar nak tunggu gaji.. semalam maklong terus beli, kira guna duit maklong dulu.. gaji nanti claim.. hamboi maklong.... dengan anak pun nak berkira.. selalu dengar ayat macam ni.. maklong jawap.. mestilah..



Bila dapat guna benda ni rasa senang dan selamatnya kerja maklong.. pertama tamatlah peperangan maklong dengan semut2 selama ni.. hampir setiap hari ko.. boleh jadi tensyen.. sebab orang kata makan semut boleh jadi bodoh or pelupa.. kesian cucu2 maklong kan.. maklong pun dah jadi pelupa.. gara2 minum air bersemut ni.. lepas ni semut tak boleh main berenang2 lagi..

Benda ni ada 2 butang.. pink tu untuk buat air panas.. nak bancuh teh ke kopi ke nescafe ke.. nak rendam megi pun boleh.. biru tu untuk bancuh susu anak or cucu memang ngam sangat.. tak yah nak campur2 air sejuk lagi.. kan senang.. kalau tak nak bancuh susu cucu2 ni kadang2 terlebih air panaslah.. ter sejuklah kan.. tak gitu..




Yang ni maklong beli baru 2 3 bulan lepas.. tapi yang ni cuma untuk air panas je.. tak best sangat.. bila dah dapat gading bertuah tanduk ni maklong bagi kat anak maklonglah yang lain.. jadi masih tetap boleh digunakan.. taklah tak berguna lagi..




21 comments:

Sharifah Nadzarah said...

MAKLONG BAPE HENGET WATER DISPENSER TU..MCM BEST JEK..SY PUN SELALU BERPERANG DGN SEMUT...

CT Delima said...

As'salam maklong

lamanya tak masuk dapur kesayang ct ni kan. ni pun nak lodding amik masa tapi berkat keabaran akhirnya dapat juga masuk sini...hehehe

Amboiii.. sukanya maklong ya dapat gading betuah tu.. hahaha. ct pun ada juga nak beli water dispenser ni maklong. tapi suami kata tunggu nanti dia belikan. agak2nya kuat tak letik aklau guna bendalah ni erk maklong :D

mmg betul maklong kalau makan semut kita akan cepat pelupa hehehe

liemaopurut a.k.a ana said...

sama la kite maklong. memang selalu berperang dengan semut hahaha. sampai dah tahap nak hilang ingatan dah ni hahahha

berminat jugak la nak beli water dispenser cam maklong tu...tunggu duit ader lebih nanti bole la beli.

Along Maklong said...

sharifah..
memang sangat best.. beli jangan tak beli.. hehe.. kalau yang ni maklong beli rm269.. kalau jenama lain lebih murah pun ada..

Along Maklong said...

w.salam ct..

ya ampun ct.. lama banget kamu enggak masuk dapur maklong kan.. nasib baik ada ketemu difb.. hehe..

maklong ni kedekut sikit nak bayar bil2 ni jadinya nak elakkan bayar bil letrik lebih.. maklong rebus air baru masukkan kat dalam benda alah tu.. kiranya cuma untuk sentiasa panas je guna elektrik.. so, taklah naik bil elektrik maklong..

ct.. kalau maira langsung tak nak minum air yang dah bersemut tau..

Along Maklong said...

limoupurut..

hahaha.. maklong pun dah tahap duit pun lupa tau.. gara2 minum air bersemut ni.. kacau sungguh..

alah.. gaji ni dah boleh beli dah.. ke nak tunggu dapat bonus hujung tahun ni.. maklong ni tak kroje main tadah je kat anak.. hehehe..

Hayati said...
This comment has been removed by the author.
Nuwairani said...

wah! canggih2! tak pernah pulak terfikir nak beli ni...kene tunggu pindah semenanjung dulu la baru nak beli kot...

Along Maklong said...

makcik pun mulanya tak perasan.. tapi entah macamana ternampak.. apa lagi beli jelah.. kalau tahu dari dulu2 lagi beli.. hehe..

Qhaifa Nur said...

salam singgah Along MakLong

memang senang guna water dipenser ni...buatnya kita terdesak nak buat air panas tekan je...kalau ada baby lagi senang kot untuk bancuh susu...he...

dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com

Along Maklong said...

salam singgah kembali..
maklong beli ni sebab jaga babylah.. 3 orang msih menyusu botol.. senang je.. tekan terus boh susu.. hehe..

ok.. maklong dah follow.. thanks sudi follow blog maklong.. kalau terjumpa kat NSK tegurlah.. hehe..

Amie said...

beruntung kita ni ye Maklong, dah ada benda2 gini... mudah, cepat...

wanita mutalib said...

wah maklong..terbaik la..
ita sekarangni pun asyik bergaduh ngn semut aje..geram tul!!


salam singgah maklong :)

Along Maklong said...

amie..
betullah kan amie.. dah mudah nak lagi mudah.. maklong selalu berharap, janganlah sampai lupa untuk bersyukur..

Along Maklong said...

ita..
kat mana2 pun sama kan.. semut mesti ada.. kalau dok kondo tak ada semut kut.. hehe..

terima kasih sudi singgah..

Unknown said...

mak long... itu kalu semut.. camner ngn anai-anai.. kat umah tengah berperang ngn anak2 pulak... sadis betul..;(

Along Maklong said...

anai2.. lagi bahaya tu.. dalam diam & tak padan kecik boleh runtuhkan rumah tu..
kalau berduit.. panggil rentokil buat.. selamat dan ada jaminan.. kalau tak pun beli racun anai2 sembur sendiri..

IXORAROXI said...

Amboiiiii Maklong beli peralatan dapur baru gitu eikkk
cuma nak kongsi sikit, ada baiknya kalau rumah kita masih ada semut.Kalau rumah kita langsung dah tak ada semut dah tak berapa selamat tu.Rumah kita telah dihuni oleh anai-anai.Bila semut dah tak ada maknanya anai-anai telah menembusi koloni semut.
betul tu tak elok makan/minuman bersemut

Unknown said...

mak long, tahniah sebab dah beli mesin air yang memudahkan mak long didapur..

ayu beli air RO masa tahun 2005, bukan apa. kebetulan arwah mertua tak sihat.. tu yang beli utk kesihatannya

sampai skrang ayu tak pernah masak air didapur..
hahahahah.. punyalah pemalas.. teko pun dah hilang kemana...

tak apa mak long, utk kebaikkan bersama kena utamakan y penting2 dahulu..

Along Maklong said...

ixora..
ye ke..? terima kasihlah nak berkongsi info.. biarlah semut kan dari anai2.. anai2 boelh menjadi perosak dalam senyap..

Along Maklong said...

ayu..
RO tu macam mahal je kan.. tak mampu kut.. huhu..
penting dan sesuai sangat benda ni kat rumah maklong sebab mudah nak buat susu untuk cucu2 yang ramai ni dan akan bertambah 2 orang lagi tahun depan.. hehe..