Blogger Layouts

Followers

Saturday, April 9, 2011

Dapur Baru.. Semangat Baru..


merasmikan dapur baru.. maklong masak air nak bancuh kopi untuk minum petang.. anak maklong pulak tengah panaskan minyak nak goreng nugget..


simpel kan.. tapi I like.. senang nak cuci bila lepas masak..


Dah berbulan lamanya maklong tahan keinginan maklong nak menukar dapur gas lama maklong kepada yang baru ni.. tapi, memandangkan dapur lama maklong masih ok apinya.. biru gitu.. maklong ketepikan dulu.. ada rosak sikit, paklong repair.. lama2 api kedua2 dapur tu tak sekata.. pemetik apinya dah lama tak berfungsi.. sabar jelah kan..

Beberapa bulan lepas maklong usha2 dapur kat beberapa kedai barangan elektrik.. dan dalam banyak2 dapur yang maklong usha tu.. maklong berkenan yang ini.. alamak..!! harganya pulak mahal (bagi maklong yang tak makan gaji) dibandingkan dengan harga dapur yang lama.. mula2 maklong senyap je.. tapi bila dah tak tahan dengan kerenah dapur lama.. maklong pun bersuara dekat anak dan menantu maklong.. bila dorang hari ni cuti.. maklong pun ajak dorang kekedai ni dan terus maklong beli.. Alhamdulillah.. dapat lah maklong guna dapur baru ni..harap2 bertambah rajinlah maklong.. untuk mencuba resepi selepas ni..

Nak promot sikit, boleh.. dapur ni api dia besar.. best..!! ada ciri keselamatan.. besi tungkunya dibuat dari bahan yang tahan.. kira tak mudah patahlah.. spare part pun senang dapat.. kalau nak tahu lebih lanjut kena tanya kat tokeh kedailah.. hehehe..

No comments: