Buah tangan dan air tangan Maklong.. Tak kira dari pasar raya atau pasar borong.. Segalanya disini..
Friday, March 4, 2011
Kuih Cek Mek Molek
Semenjak dua menjak maklong bermenantukan orang kelate.. maklong adalah mencuba beberapa masakkan kelate.. antara yang paling maklong suka buat ialah kuih cek mek molek.. selain ianya mudah, rasanya sedap..
Maklong dah cuba guna macam2 jenis keledek.. yg putih, kuning cair dan yg merah.. bg maklong keledek merah paling sesuai walaupun bila dah jadi doh ianya agak lembik..
dan pagi ni.. sarapan untuk family maklong ialah cek mek molek
bahan:
1kg keledek
2 cawan tepung gandum
secubit garam
gula
minyak untuk menggoreng
cara:
rebus keledek.. bila dah sejuk lenyekkan hingga lumat..
masukkan tepung gandum dan garam.. gaulkan hingga rata..
ambil doh bulatkan kemudian leperkan.. bubuh sedikit gula.. tutup rapat gula tadi dan bntukkan menjadi lonjong..
panaskan minyak.. dan goreng sehingga kekuningan..
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment