Buah tangan dan air tangan Maklong.. Tak kira dari pasar raya atau pasar borong.. Segalanya disini..
Thursday, March 3, 2011
Kangkung Goreng
Hari ni maklong malas sangat nak masuk dapur.. mood nak berehat banyak.. sebab suami maklong hari ni kerja pagi.. sayur kangkung ni maklong masak petang semalam.. cuma tak ada masa nak boh resepinya kt sini..
Sayur kangkung ni sedap dimakan bersama ikan gelama jeruk.. mak mentua lalu ikut belakang pun boleh tak perasan..
bahan:
1kg kangkung dipotong pendek..
10 biji cili api
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam bilis
sedikit belacan
garam dan aji
cara:
tumbuk semua bahan siatas..
panaskan minyak.. tumiskan bahan2 tersebut hingga kekuningan..
masukkan kangkung.. garam dan aji secukup rasa.. masak hingga agak lembut
sedia untuk dihidang..
Jangan cerewet dengan menantu. Kalau cerewet sangat dengan menantu, anak anda yang sengsara, terhimpit antara ibu dan isteri. Buat apa cerewet sangat dengan menantu? Mereka tu sudah besar dan matang, mereka ada cara sendiri untuk selesaikan hal mereka. Setiap orang berbeza, tak kan anda mahu semua menantu ikut cakap anda? Mesti hormat menantu dan layan dengan baik, nanti bila dah nyanyuk, siapa jaga? Jangan cerewet sangat dengan menantu, itu hanya merosakkan hubungan anda dengan anak-anak. Ingat menantu akan sayang mentua yang cerewet??
ReplyDelete