Saturday, October 13, 2012

Diana Anak Mak..



assalamualaikum semua..
ada tak yang rindu maklong..? ada rasanya.. Maira Anjami rasanya yang paling rindu kat maklong.. sebab dah lama sangat maklong menyepikan diri dari blog ni.. selalu dia pujuk maklong supaya update blog maklong ni.. biarpun dengan hanya sekeping gambar tanpa kata2.. dan hari ni akhirnya maklong kuatkan semangat maklong untuk kembali berceloteh disini demi memenuhi permintaan anak kesayangan maklong ni.. tapi bukan nak cerita pasal dia pun.. sorry dik..

maklong pagi2 ni doklah meleleh2 airmata syahdu syahdan teringat sejarah silam.. ditambah pulak baca blog nani rostam.. lagilah tangkap leleh.. gambar kat atas tu ialah anak maklong no.2.. Diana.. orangnya biasa2 je.. tak cantik dan sekolah pun tak tinggi.. tapi maklong bersyukur sangat punya anak sepertinya.. hari ni maklong nak cerita pasal dia..

Diana ni lahir pada 5/6/1984.. 5/6/2000.. ngam2 umur dia 16 tahun.. dia dah mula bekerja.. kerja kilang je.. dian tak nak sekolah sebab dia nak kerja dan tak nak susahkan maklong katanya.. masa tu maklong baru kematian suami.. akur dengan kemahuan dia.. dia tak lama kerja kilang sebab maklong ajak dia balik tolong maklong yang baru nak belajar berniaga kecil2an masa tu.. Oleh kerana kat felda masa tu harga kelapa sawit merosot.. maklong meniaga pun tak berapa ok.. Diana kerja jadi bibik (pembantu rumah).. sedih kalau maklong ingat2kan.. dia kena jaga anak2 majikannya seramai 8 orang.. maklong jaga anak 4 pun menangis.. huhu..

Semasa Diana jadi bibik ni.. maklong pun berhijrah ke Selayang ni.. sebulan kemudian dia ikut maklong.. dia hanya sempat menganggur sehari je.. sebab dia dapat kerja jaga kat pusat sains negara.. dia kerja sampai kontrak syarikat tu habis..

31/12/2002.. last kerja jadi jaga.. 1/1/2003.. rehat cuti umum kan.. maklong mintakkan dia kerja kat pasar borong pulak.. Sri Ternak Food Mart.. 2/1/2003 mula bekerja hinggalah sekarang.. dan berkahwin dengan rakan sekerjanya dari sabah dikurniakan 2 orang anak.. sorang meninggal..

Cerita yang tak menarik.. tapi maklong hari ni tiba2 jadi tertarik dengan dia.. bersyukur kepada Allah.. sebab Diana anak yang baik.. anak yang tak banyak kerenah.. tapi maklong selalu marah dia.. mentang2 dia tak melawan.. walaupun dia sibuk bekerja.. mesti ambil cuti bila maklong memerlukan dia.. walaupun gajinya tak banyak.. dia mesti kata ok bila maklong nak beli sesuatu barang rumah..

Mak maklong kata.. kita ni biasa hidup susah.. jadi tak kesah bila kena kerja susah dan hidup susah.. semalam.. hari ini.. esok.. yang pasti bukan untuk selamanya susah..

Maklong selalu pesan kat Diana.. biarpun kita tak berjaya dalam pelajaran.. cubalah berjaya dalam hidup.. semuga kamu berjaya..!! tak perlu nak tawan selayang.. apatah lagi negara atau dunia.. tawan keluarga pun dah memadai.. kamu anak yang baik dan semuga anak kamu baik terhadap kamu.. InsyaAllah..

MAK SAAAYANG KAKAK..!!



Friday, April 13, 2012

21 hari sudah..


Assalamualaikum semua.. 
pejam celik.. pejam celik.. dah 21 hari maklong berada dinegara jepun ni.. barulah maklong dapat menyesuaikan masa kat sini.. tu pun subuh pernah gak terlepas sampai ke dhuha.. astaghfirullah.. mana taknya.. waktu subuh kat sini pukul 3:13 ko.. kalau kat malaysia maklong tengah bermimpi indah waktu ni.. cuaca alhamdulillah.. kuranglah sejuk sikit.. sebab salji dah mula mencairkan diri.. semalam maklong dah mula menjemur kain diberanda.. cepat sikit kering kain2 dijemuran..

selama maklong disini.. maklong pun dah berani jalan2 sorang2.. sambil2 beli apa yang habis kat rumah.. selain co-op, secomart.. yodobashi.. maklong dah beranikan diri ke minimarket yg jauh sikit.. big house untuk beli barang dapur.. walaupun malam disini agak sunyi tapi maklong rasa selamat.. sekali pergi membeli belah tu habis beribu2 jugaklah.. korang berani ke..? hahaha beribu2 yen da.. bukan rm tau..

walau dimana pun maklong.. memasak ni dah menjadi rutin maklong.. walaupun bahan2nya agak terhad.. masak tetap masak.. memenuhi keinginan anak maklong dan tekak sendiri juga.. selalu maklong akan tanya anaklah.. nak masak apa hari ni.. paklong pulak dah rindu masakkan maklong.. kesian paklong.. berat badannya pun dah turun 4kg.. belum ada sebulan tu..

nilah antara menu maklong setiap hari.. ikan kat sini tak berapa banyak jenisnya.. jadi maklong selang selikan dengan ayam dan daging.. yang anak maklong beli secara online..



wahhh..!! dah tinggal suap je ni.. ni ikan maguro goreng tempura.. sayur terung masak sambal udang kering.. sedap..!!
 


masak taucu ikan salmon.. maklong tak suka ikan ni.. jadi anak maklong makan sorang..



ayam masak kurma



ayam lagi.. masak semur bali



ayam goreng kunyit..



yang ni sayur bendi.. maklong campur dengan hotdog.. pastu buat sambal udang kering..



ikan mata sebelah ni kalau kat pasar borong selayang maklong pandang sebelah mata je.. sebab ada pilihan lain.. tapi kat sini maklong beli jugaklah.. siap masak 3 rasa lagi.. rasanya biasa2 je..



ni.. maklong nak tunjuk rupa paras bayam jepun.. lain sangat dengan malaysia punya bayam.. rasanya pun lain jugak.. cuma masaknya sama.. tak boleh lama2.. cepat lembik..



ni buah epal yang maklong dok idam2 masa masih kat malaysia lagi.. sebab rasa manis dan rangup.. harga sebiji ni dekat rm7.. kalau beli pun sebiji dua je.. tak berani lelebih..



dan yang ni juga antara kek yang maklong akan rindu selalu.. japanese cheese cake.. sangat sedap.. harganya pun berpatutan.. dekat rm24.. sebiji..


hari ni anak maklong maira dah habis pantang.. dia pun dah sehat.. dan dah memulakan kelasnya sejak minggu lepas lagi.. babynya muqri juga sehat dan semakin membesar.. alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan.. berkat doa kawan2 blogger juga.. terima kasih.. buat kalian yang ikhlas mendoakan kami sekeluarga.. semuga hubby maira juga akan dipermudahkan olehNya.. untuk mendapat pekerjaaan di semenanjung malaysia.. insyaAllah..


Wednesday, April 4, 2012

Dah 11 Hari..


 Assalamualaikum semua..

Hari ni dah 11 hari maklong berada di negara matahari terbit ni.. dan barulah malam ni maklong menyempatkan diri menjenguk blog sendiri.. terfikir pulak nak buat cerita ringkas selama berada disini..

Rasanya ada yang tak tahu.. yang maklong kali ni ke Jepun bersendirian tanpa teman.. mulanya maklong merancang nak pergi bersama Nani tuan punya blog life is beautiful.. tapi tarikh yang kami pilih agak jauh berbeza.. maka kami masing2 pergi secara solo.. kalau nani yang pergi secara solo taklah kesah sangat kan.. ni maklong yang dah tua.. terkial2 jugaklah tapi maklong yakin yang Allah sentiasa bersama maklong.. jadi alhamdulillah segalanya jadi mudah.. sampailah maklong ke sapporo tempat tinggal anak dan menantu maklong..

Kalau nak ke Sapporo.. kena naik 2 flight.. dari KL ke Kansai, Osaka.. pastu dari Osaka ke Chitose.. 2 tahun lepas maklong bersama nani pergi melalui Hongkong.. jadi keadaan agak jauh berbeza.. apa2 pun maklong dah selamat sampai..



24/3/2012 Sampai je rumah anak maklong.. menantu maklong bawa maklong membeli belah barang2 nak buat kenduri.. tak tahulah sebab apa.. maklong tak rasa penat or mengantuk.. seronok sangat dapat jumpa cucu kut..

25/3/2012.. Maklong terus membuat persiapan yang patut.. untuk menjamu kawan2 anak2 maklong.. kira kenduri kesyukuran sempena kejayaan menantu maklong lulus master dan sempena mereka dapat anak pertama..

Oleh kerana rumah dan dapurnya comel.. maka kenalah maklong buat pelan2.. alhamdulillah majlis berjalan lancar.. dan sebab kecomelan rumah.. maka yang datang jugak dibahagi 3 kumpulan.. supaya semua dapat duduk..
 



 26/3/2012... Inilah cucu maklong yang dah nampak berisi sikit.. abinya sedang ucap selamat tinggal.. nak balik malaysia.. mengintai peluang pekerjaan setelah 6 tahun belajar disini..


27/3/2012.. Anak maklong meneruskan aktivitinya.. usrah dirumah comelnya ni.. maklong sebagai tukang masak.. sambil2 dengar majlis ilmu yang dijalankan.. bagus pelajar2 malaysia ni.. ilmu dunia dikejar.. ilmu akhirat tetap tak dilupakan..


Tuan tanah yang kejakunan.. tak pernah jumpa salji sebelum ni.. mula2 jenguk dari atas je.. lama2 turun juga..


Monday, March 5, 2012

Muqri Sofiyullah.. cucu baru maklong..

Assalamualaikum semua.. hamboooiii.. lamanya maklong tak update blog maklong ni.. maklong agak sebuk.. tu jelah alasan yang maklong boleh bagi.. lain tak ada.. tapi kali ni tak pulak sebok kan.. disebabkan nak tayang cucu maklong yang kiut miut ni.. maklong sempatkan jugaklah.. 




Nilah anak Maira & Syafie.. baby boy.. lahir kat sebuah hospital kat sapporo. Jepun.. lahir secara pembedahan pada 28/2/2012.. jadi lahirlah dia awal 2 minggu dari tarikh yang sepatutnya.. 13/3/2012.. berat masa dilahirkan.. 2.6kg.. nama diberi oleh ibu & abinya.. Muqri Sofiyullah.. bayangkan betapa tidak sabarnya maklong nak gomol cucu maklong ni.. tiket dah lama booking.. tunggulah 23/3 ni baru nak terbang ke sana.. isshkk.. rasa tak sabar pulak..



Ini merupakan cucu maklong yang ke6.. tapi 2 meninggal.. jadilah cucu yang ke4.. belum jumpa tapi dah rindu banget dengan dia ni.. uols doakan semuga baby Muqri ni akan menjadi anak yang baik macam ibu & abinya.. anak yang soleh.. anak yang hebat..anak yang berjaya dunia dan akhirat..






Baby Muqri ni.. suuuuka tidor.. jarang sangat nak bangun biarpun untuk menyusu.. kalau menyusu pun sambil pejam.. hehe.. hisap susu ibu pun guna botol.. sebab belum pandai nak hisap puting ibu dia..
maklong ni sebenarnya ketandusan idea.. nak cerita panjang2..



Saturday, February 18, 2012

Nina Dan Botol Kosong..


Assalamualaikum dan selamat malam semua..

Maklong percaya ramai yang dah dibuai mimpi indah tika dan saat ini.. selamat bermimpi.. bagi maklong.. biasanya waktu ini maklong dah pun mula meluruskan badan ditilam empuk.. tapi oleh kerana baby comel ini maklong masih berjaga.. tiba2 teringin nak menaip beberapa baris ayat buat tatapan semua.. maklum kan.. dah lama juga maklong tak mengupdate blog..

Maklong sangat sebuk kebelakangan ini.. dari mula anak maklong Diana turun tanda.. kerisauan melanda kerana terpaksa tinggalkan dia kat rumah bersama anaknya.. Nasya.. maklong pulak 2 hari ulang alik ke tanjung karang menyibukkan diri.. kat rumah mak maklong.. kenduri kawin adik maklong.. belah petangnya maklong balik selayang semula sebab takut Diana bersalin masa maklong tak ada.. sapa pulak nak jaga Nasya..

Dan akhirnya.. pada 7/2/2012.. jam 8 malam Diana melahirkan anak keduanya.. lelaki.. tapi anaknya telah meninggal 72 jam didalam perut.. innalillahi wainnailaihi rojiunnn.. sesungguhnya kami semua redha diatas ketentuan Allah.. selalu maklong cakap.. nak cucu maklong ni akan secomel baby Nina ni.. badannya berisi dan sangat suka makan.. tapi nampaknya tak kesampaian kerana allah lebih sayangkan dia.. semuga Allah akan mengurniakan anak yang lebih baik dan comel buat Diana & suaminya..

Kerisauan maklong tidak setakat ini sahaja.. bila anak maklong Maira diberitahu Dr. yang anaknya menyonsang dan kemungkinan akan dibedah.. sekiranya bersalin melalui pembedahan.. akan dilakukan awal 2 minggu dari DUE datenya.. tiket flight ke Jepun maklong dah booking.. 23/3/2012.. apalah rupa dorang nanti mengadap 1st baby jauh dari mak & ayah.. mama & papa.. uols doakan mereka tabah ye.. baby dah umur dekat sebulan baru maklong sampai.. huhu.. nasib baik segala keperluan dan persiapan untuk bersalin maklong dah poskan lebih awal..

Tapi.. bila melihat gelagat baby Nina.. terubat juga segala kerisauan.. biarpun kadang2 sedikit menguji kesabaran.. maklum budak2.. jom layan betapa cerianya dia dapat bermain dengan sebiji botol kosong.. biarpun hari dah hampir awal pagi.. dia boleh abaikan permainan yang lain.. lucu banget..



Malam ni maklong kena jaga baby Nina ni.. sebab ibunya pergi kursus.. nasib baik ragamnya tak lama..












Masa maklong menaip ni.. baby Nina dah mula melelapkan mata.. dan maklong pun nak turut bersama Nina.. so, selamat malam semua..


Monday, January 23, 2012

Ikan Tahu & Tentang Pengasuh..


Assalamualaikum semua..

Bestnyaaa.. cuti panjang ye.. tempias juga dekat maklong yang tak bekerja ni.. tapi tolong jaga anak2 orang yang bekerja.. jadi otomatik rumah maklong jadi sunyi dari suara anak2 kecil.. ada yang cuti 4 hari je dan ada yang cuti seminggu..

Sebut tentang jaga anak orang ni.. maklong sekarang kerap terbaca luahan perasaan tentang anak yang dijaga orang macam maklong nilah.. bila baca rasa ada tips yang maklong nak kongsikan dengan sesapa yang nak cari pengasuh kepada anak memasing.. carilah kawan yang pernah hantar anak kerumah pengasuh tu.. jangan dengar je cerita baik kawan tu.. pergi sendiri rumah bakal pengasuh tu.. masuk rumah dia.. tinjau2lah isi rumah tu.. dari dapur hingga kepagar depan.. sambil berkira2.. pastikan anak kita selamat selama 10 jam kat rumah tu.. carilah 2 atau 3 rumah pengasuh dan buatlah pilihan.. yang terbaik.. sila jangan ambil mudah or cincai..

Ambil masa seminggu untuk percubaan.. yang ni selalunya maklong yang akan sarankan kepada mak budak yang nak mintak tolong maklong jagakan.. lepas tu tanya anak kita.. best tak duduk dengan nenek ke makcik ke anti tu.. kalau anak jawap best.. oklah tu, boleh teruskan.. kalau jawapannya tak best, tukar.. cari pengasuh lain.. tu kalau anak yang dah pandai cakap.. kalau masih bebetul baby.. lu pikirlah sendiri.. bak kata nabil.. hehehe..

Lepas tu mai layan masak taucu ikan tahu atau ikan aji2 maklong ni.. ikan ni susah nak dapat kat pasar borong Selayang.. maklong beli ni kat pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor.. masa maklong balik kampung berurut minggu lepas.. ini, antara ikan feberet maklong..





Maklong pasti.. ramai yang tak kenal ikan tahu ni.. ha.. nilah rupa paras ikan tahu.. tapi setelah disiang.. lepas tu boh gram kunyit.. goreng.. makan macam tu pun sodap.. cicah dengan sambal kicap.. sebab apa disebut ikan tahu.. dari kepala hingga keekor dia lembut macam tahu.. sedap..!!



Tapi maklong lebih suka dimasak taucu macam ni.. anak2 pun suka.. habis ditimba kuahnya yang masam2 manis tu.. kalau maklong kena pecahkan cili api tu.. baru ngam.. sekor tak cukup ko..

p/s.. punyalah malas maklong ko ni.. ambik gambar dalam kuali je..


Sunday, January 22, 2012

Nasi Tomato.. simpel je..


Assalamualaikum semua..

Hari ni rumah maklong ada ramai orang.. tapi oleh kerana maklong kepenatan balik dari air hitam, johor semalam.. maklong berehat kat bilik sampai pukul 11 pagi.. maklong bangun pun kerana maklong nak cepat beli tiket ke Osaka.. ada harga promosi..

Bila selesai beli tiket.. maklong rasa syukur sangat.. jadi tanda syukur tu maklong terus teringat nak belanja anak2 buah maklong makan nasi tomato.. hasil air tangan maklong.. jadi maklong terus ke Giant.. kat tingkat bawah selayang mall je.. beli beras basmathi.. tomato puree.. dan 3 peket ayam yang telah dipotong2.. untuk tambah ayam yang ada kat rumah..

Maklong balik dari selayang mall pun dah pukul 1.. terus bersilat dengan dibantu oleh anak maklong diana yang bercuti rehat.. sakit pinggang dek jauh berjalan semalam.. pukul 3 petang baru siap ko.. kelaparanlah anak2 buah maklong.. bila dah banyak kali mencuba resepi nasi tomato ni rasa senang pulak.. selama ni cuma tahu masak nasi putih je..











Saturday, January 21, 2012

Puding Roti Bersos Krim.. lagi dan lagi..


Assalamualaikum semua..

Pepagi lagi maklong dah tayang puding.. hmmm maklong dah terjangkit nani rostam.. tak jemu2 dengan puding roti bersos krim ni.. setiap kali ada tetamu nak datang rumah maklong.. puding nilah yang maklong buat.. komen mereka pasti SEDAP..!! bila nak resepi maklong cakap.. kliklah dapur maklong.. ada pulak yang kata tak jumpa pun..

Hari ni maklong kenalah tulis eh taip resepinya disini..

Bahan2nya:
10 keping roti butterscotch
4 sudu butter dicairkan
6 biji telur
1 cawan gula
2 cawan susu fullcream.. beli kotak besar tau..!!
2 cawan whipping cream.. maklong guna ANCHOR
1 sudu esen vanilla
kismis.. gula perang atau serbuk kayu manis..

Cara membuatnya..
oleskan loyang dengan butter..
siatkan roti.. masukkan terus kedalam loyang
tuang butter yang telah dicairkan keatas roti.. bagi rata
taburkan kismis..

dalam mangkuk lain..
pukul manja telur bersama gula
masukkan susu fullcream dan whipping..
dan juga esen vanilla
kacau hingga rata..
kemudian tuangkan kedalam loyang yang berisi roti tadi..
biarkan selam 1 JAM.. kiranya hingga roti betul2 kembang..

akhir sekali.. sebelum masukkan kedalam oven taburkan gula perang..
atau serbuk kayu manis.. kemudian bakar hingga kekuningan..







Untuk sosnya pulak..

Panaskan baki susu bersama gula secukup manis.. hingga mendidih..
bancuh 2 sudu tepung jagung.. dan masukkan kedalam susu..
bila dah pekat.. tutup api dan masukkan esen vanilla..

Selamat mencuba..!!


Thursday, January 12, 2012

Jom Sarapan.. mihun goreng..


Assalamualaikum Semua..

Biar bagaimana sibuk pun.. maklong cuba juga memasak yang senang2.. macam tu jugak dengan blog maklong ni.. nak jugak buat n3 biarpun sikit kan.. sebab sejak bertambah budak yang maklong jaga bermakna bertambahlah kesebukkan maklong.. yelah.. mana nak buat susu.. mana nak tidurkan.. nak mandikan.. nak suapkan makan.. basuh berak kencing dorang.. lepas sorang.. sorang.. bergilir2.. sedar2 hari dah petang.. bila budak2 dah balik.. tinggallah maklong terduduk.. bukan boleh berehat sebab cucu maklong ada..

Pagi ni maklong goreng mihun buat sarapan.. resepi biasa2 je.. apa yang ada kat peti ais je.. yang penting paklong pergi kerja tidak dengan perut kosong kan.. kenyang dengan hasil masakkan maklong yang dah agak2 malas nak kedapur semenjak dua menjak ni.. hehe..








Sunday, January 8, 2012

Sunyi Juga Hari2 Tanpa Mereka..


Assalamualaikum semua.. 

Maklong uplod gambar cucu2 maklong ni pagi tadi.. tapi tak sempat nak terbitkan sebab maklong sebuk didapur.. masak nasi tomato & ayam masak merah untuk tetamu maklong.. iela zalila & family.. mereka ni kawan maira masa kat Hokkaido.. tapi dah balik m`sia.. maklong kenal mereka difb.. lepas tu jumpa di Sapporo.. masa maklong kesana tahun lepas.. merekalah juga yang menjadi pemandu pelancong maklong..

Kenangan yang sangat indah untuk dikenang.. seorang Dr.. (phd) yang tak sombong.. dan bila dah balik sini pun masih tidak sombong.. maklong biasanya kurang selesa bila bergaul dengan orang pandai2 ni.. waima adik sendiri pun.. tapi dengan mereka ni maklong biasa2 je..

Tapi tak sempat maklong nak abadikan gambarnya tadi.. kamera menyembunyikan diri..

Maklong ni dah lari tajuk kan.. nak citer 2 hari yang sunyi dirumah tanpa budak2 ni.. selalunya maklong cuma bersama nasya je bila hari sabtu dan ahad.. cuma bila ada tetamu je maklong rasa adalah seronok sikit.. boleh masak2.. sembang2 biar pun sekejap terasa bestnya bila ada orang sudi bertandang keteratak buruk maklong ni..



Nina.. maklong sayang lebih kat dia ni.. kadang2 tu nasya jeles juga sebab maklong asyik dok kelek & agah budak nina yang ceria ni.. suka berceloteh tapi guna bahasa yang dia sendiri je yang faham.. umurnya baru 1 tahun 3 bulan..



Nasya & Alisya.. Nasya suka buli dak Alisya ni.. sebab alisya ni slow sikit.. tapi sekarang dah pandai bercakap.. pandai juga bercerita bila ditanya.. mereka ni sebaya..



Nasya.. Nina.. Adib & Hareez.. Adib ni, maklong baru jaga seminggu.. ank tunggal.. jadi agak manja juga.. umur 6 tahun.. dah masuk pra sekolah.. kira maklong jaga dia ni sekerat hari je..



Adib & Asyraf.. yang dah naik tahun 2.. tapi masa ni sekolah belum dibuka.. adib pulak baru 2nd day kat rumah maklong.. belum berapa biasa..



Dalam buaian.. Nasya.. Nina.. Alisya.. Hareez.. time to sleep.. tiap2 pukul 8 hingga 11 (sebelah pagi)..
3 hingga 4.30.. (sebelah petang)..





Baru hari ni maklong dapat tangkap gambar dorang ni.. keenam2nya sekali.. tu pun dorang dok tengah menyusu.. dan asyraf nak kesekolah agama pulak.. dulu masa muda jaga 4 orang anak rasa macam nak nangis kadang2.. sekarang jaga 6 cucu tak rasa apa2.. sibuk sikit je.. tahun ni tambah lagi 2 insyAllah.. meriah kan rumah maklong yang tak berapa nak besar ni..

Dan ramai yang tanya maklong.. bila maklong pergi Jepun nanti sapa pulak nak jaga cucu2 makong yang ramai ni.. mmm.. maklong dah mintak tolong besan maklong yang tinggal selang 3 pintu je dari rumah maklong ni jagakan.. sepanjang 3 bulan maklong kat sana nanti..

  

Saturday, January 7, 2012

Paklong Beli iPad.. untuk maklong..


Assalamualaikum Semua.. 

Hamboiii..!! pepagi lagi maklong dah tayang iPad.. ingatkan nak tayang cekodok adabi yang maklong gorengkan untuk paklong.. tapi macam tak best je.. sebab tidak menepati selera maklong.. jadi maklong tayanglah iPad yang maklong baru dapat malam tadi dari paklong.. maklong bukan tahu guna pun.. puas juga maklong godek2 tapi masih tak reti juga.. huhu..




Banyaklah sangat duit paklong nak belikan maklong iPad ni.. 
alkisahnya.. semalam Selayang Mall ada buat dinner kat mana entah.. paklong pun tak ingat nama tempat tu.. sebelum pergi tu paklong adalah beritahu maklong yang hadiah pertama tahun ni laptop.. maklong pun cakap kat paklong.. kalau paklong yang dapat bestnyaaa... sebab tak perlulah nak berebut2 dengan anak bila maklong nak berfb ke nak berblogging..

Malam tadi.. tengah maklong merajinkan diri menjahit.. buat sarung bantal untuk cucu2 maklong yang maklong jaga ni.. paklong call beritahu yang dia menang hadiah no.1.. hadiahnya iPad nilah.. maklong punyalah suka.. dapat benda free.. mahunya tak suka kan.. korang suka tak klau dapat benda free..? mesti suka kan.. maklong pun bukan tahu apa ru pa iPad.. masa tu tak sabar maklong nak tunggu paklong balik..



Nilah rupa iPad maklong setelah dibawa ke Slayang Mall.. dibelikan baju merah oleh paklong.. baru nampak berseri kan.. mana taknya.. untuk dia sahaja.. habis rm120.. baru kat kedai cover.. cover body dia cover screen dia.. macam2..



Baru berjaya godek2 dapatkan muka buku.. tu pun atas tunjuk ajar dari budak kedai yang bukakan iPad ni tadi.. terbang rm80.. tu puaslah pujuk budak tu bagi kurang.. mulanya dia nak rm100.. dalam pada free tu tadi.. terbang duit paklong rm200.. bukan selalu.. kan paklong kan.. hehe.. kalau nak harap beli rasanya kami tak beli kut.. sebab utamanya.. tak tahu nak guna.. huhu.. keduanya pastilah harga yang riban2 ni.. hoho.. siap tanya apa ke nama iPad ni.. iPad 2.. katanya..