Monday, March 5, 2012

Muqri Sofiyullah.. cucu baru maklong..

Assalamualaikum semua.. hamboooiii.. lamanya maklong tak update blog maklong ni.. maklong agak sebuk.. tu jelah alasan yang maklong boleh bagi.. lain tak ada.. tapi kali ni tak pulak sebok kan.. disebabkan nak tayang cucu maklong yang kiut miut ni.. maklong sempatkan jugaklah.. 




Nilah anak Maira & Syafie.. baby boy.. lahir kat sebuah hospital kat sapporo. Jepun.. lahir secara pembedahan pada 28/2/2012.. jadi lahirlah dia awal 2 minggu dari tarikh yang sepatutnya.. 13/3/2012.. berat masa dilahirkan.. 2.6kg.. nama diberi oleh ibu & abinya.. Muqri Sofiyullah.. bayangkan betapa tidak sabarnya maklong nak gomol cucu maklong ni.. tiket dah lama booking.. tunggulah 23/3 ni baru nak terbang ke sana.. isshkk.. rasa tak sabar pulak..



Ini merupakan cucu maklong yang ke6.. tapi 2 meninggal.. jadilah cucu yang ke4.. belum jumpa tapi dah rindu banget dengan dia ni.. uols doakan semuga baby Muqri ni akan menjadi anak yang baik macam ibu & abinya.. anak yang soleh.. anak yang hebat..anak yang berjaya dunia dan akhirat..






Baby Muqri ni.. suuuuka tidor.. jarang sangat nak bangun biarpun untuk menyusu.. kalau menyusu pun sambil pejam.. hehe.. hisap susu ibu pun guna botol.. sebab belum pandai nak hisap puting ibu dia..
maklong ni sebenarnya ketandusan idea.. nak cerita panjang2..



14 comments:

  1. haha...
    ketandusan idea....
    sy pn tgh duk taip2 msj ngan awk ari tu, anak sy mai duk kaco2, langsung mood pn stop... ayat tergantung..!

    ReplyDelete
  2. aku masa tu tak fhm apa pun..
    baca banyak kali pun tak faham..huhu..
    bila awak sambung cerita baru faham..
    ni kes cucu aku si nasya sebuk nak guna komputerlah.. nak tengok kartun.. nenek sampai hilang idea nak taip..

    ReplyDelete
  3. untung dia mak long.jadi anak jepun. nanti kalau dia nak g study kat sana mmg ada big chance la

    ReplyDelete
  4. ololololo..shomelnyerrr baby...;)

    ReplyDelete
  5. wah...seronoknya nengok baby tu maklong.. nanti kirim salam peluk cium ya untuk maira n baby muqri...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah. tahniah makcik, maira dan suami! :D

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...Tahniah buat Maira & suaminya, juga tahniah buat Mak Long yang dapat cucu baru :)

    ReplyDelete
  8. Tahniah Maklong... nampak teruja sungguh Maklong dengan kehadiran Muqri ye... insya-Allah Muqri akan jadi anak yang hebat dunia & akhirat. Baik2 terbang 23/3 nanti tu ye Maklong, tak takut naik kapal terbang lagi ke... he he hehehhh

    ReplyDelete
  9. sentiasa berbahagia bila maklong bahagia.. tahniah!!!!

    mmg ala2 jepun.. comelnya..

    semoga selamat pergi dan kembali...amin

    ReplyDelete
  10. tahniah maklong dpt cucu baru yg comellll... geram sy tgk.. tentu waktu ni maklong sedang berada di jepun kan... seronoknya.. dpt gomol cucu baru puas2..

    ReplyDelete
  11. mak long, apa khabarmu disana......muahhh

    ReplyDelete