Tuesday, October 4, 2011

Udang Goreng Mentega.. jadi tak..



Assalamualaikum semua..

amacam..? dah jamu mata dengan gambar2 udang goreng maklong ni.. bagi uols kan jadi tak.. bukan apa kalau jawapannya jadi maklong nak bagi cara2 maklong masak udang ni tadi.. mmm.. kira jadilah kan.. hehe..

resepi maklong ni derhaka banyak.. bukan sikit.. sebab ikut dan je tau.. sebenarnya maklong tak pernah makan udang mentega hasil masakkan orang lain.. jadi maklong tak tahu rasa sebenar udang mentega ni macamana.. perok berjambul betullah maklong ni kan..

Oleh kerana kat rumah ni ada udang.. maklong cuba lagi sekali buat udang mentega yang tak menjadi hari tu.. tapi bahan2 banyak tak ada.. jadi maklong goreng udang dengan bawang putih.. bawang merah dan cili api.. garam dan aji.. tu je..

Maklong terbalikkan cara.. mula2 maklong pecahkan 4 biji telur.. ambil kuningnya sahaja..
pukul kemudian masukkan kedalam acuan roti jala..
panaskan minyak campurkan 2 sudu mentega..
masukkan kuning telur dengan cara membuat bulatan..
biarkan hingga garing..
angkat dan toskan..
gunakan minyak yang sama.. masukkan udang dan bahan2 lain..
goreng udang hingga masak..
angkat..
satukan udang dengan telur atas pinggan hidang..


8 comments:

  1. dah cantek tu rupanya. apa yg tak jadi pulak?

    ReplyDelete
  2. ala..x kisahla mak long..kalau nak jamu ana makan, kira orait le..janji ada udang..ada mentega..heheheh

    ReplyDelete
  3. nani..
    kira ajadilah ni ye..
    kan dah kata tak pernah makan dan tak pernah tengok yg ori punya.. belajar main tengok gambar je.. lain2 pulak tu gambarnya..

    ReplyDelete
  4. ana..
    kalau yang nak dijamu tu ana..
    senangnya..hehe.. ni anak2 maklong, dorang tak komplen tp bandingkan dgn yg jadi punya.. tp yg ni licinnn..

    ReplyDelete
  5. oooooo Maklong,
    Assalamualaikum,
    Amie buat tak jadi hari tu.... ramailah rakan blogger syorkan pergi tengok blog Izahdaut & Kak Nor Secubit Garam..... Amie dah pergi tengok dapur mereka, ni datang dapur Maklong.....rupanya Maklong pun dah berjaya buat.... nanti Amie pun nak buat gak... harap-harap kali ini akan menjadi!

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum maklong .....salam perkenalan ..

    dah jadi cantik ni jurai2 dia ,,, sy buat fisrt time x menjadi .. mcm berminyak... tapi kalo x nak guna acuan roti jala tu x pe ke .. buat je kacau2 terus dalam kuali ..hihi

    ReplyDelete
  7. w.salam amie..
    cuba lagi.. jangan putus asa..
    hehe.. macam maklong.. lg tak jadi rasa tak puas hati je..

    ReplyDelete
  8. w.salam..
    salam kenal juga dari maklong..
    mula2 buat hari tu maklong tak guna acu roti jala.. tapi guna garpu untuk nak pusingkan telur yang kita tuang tu..

    ReplyDelete