Wednesday, October 12, 2011

Satay Hut.. satay besar gilerrr..


Assalamualaikum semua..

Hari selasa lepas maklong balik kampung kan.. sebab bapa sedara maklong meninggal.. dalam perjalanan balik tu maklong teringat anak maklong Haris dah lama sangat teringin nak makan satay besar ni.. jadi maklong pun singgahlah belanja anak2 makan satay besar ni.. adik mai jangan terliur ye..



Tunggu satay sempatlah kami anak beranak berposing.. oder 20 cucuk je.. untuk makan kat situ.. 30 cucuk maklong bawa balik kampung untuk anak2 sedara maklong..



Ni anak dan menantu maklong.. masing2 muka mengantuk.. masa ni pukul 1 pagi.. kedai ni tutup pukul 2 pagi..



Nilah rupa satay besar tu.. maklong boleh makan 3 cucuk je.. dah kenyang.. anak maklong Haris boleh habis 11 cucuk.. malong yang paksa dia habiskan..



Satay ni memang saaaangat sedap.. lembut dan secukup rasa.. diakui oleh semua keluarga maklong.. sebelum ni kami suka satay subang yang ada dijual dekat Kuang..



20 cucuk je.. tapi nak habiskan seksa sangat.. harga 1 cucuk. rm1.30.. dulu rm1.20.. ayam kat naik harga.. jadi satay pun naik harga jugalah.. yang penting sedap kan..

 

Kedai satay hut ni terletak di Tanjung Karang, Selangor.. dekat dengan Hospital Tanjung Karang.. sapa2 lalu kat sini.. cubalah rasa satay ni.. kalau tak suka yang saiz besar.. yang kecik pun ada..


10 comments:

  1. mak long nampak satay tu sedapnya lama tak makan satay.. nak buat bercinta la pula..:)

    ReplyDelete
  2. satay ni memang yang paling sedap yang maklong pernah makan.. maklong pun tak pernah buat sendiri.. main beli je kalau nak makan.. :D

    ReplyDelete
  3. sebelah kiri tu ada kolam ikan keli, ikannya besoorr sgt ek?

    ReplyDelete
  4. Mak long, setuju... saya pun rasa satay ni paling sedaaaappp saya penah makan. Saya sekeluarga pun masa tu kebetulan singgah kat sini, pastu siap bawak balik dan kuah dia tu siap makan dgn cucur sampai ke titisan terakhir. Malahan, makanan yang lain pun sedap..
    Oh ya, ahad lepas saya dan hubby dan anak2 jogging di tasik Metropolitan, rasa kitorang jogging belakang Pak Long sebab muka familiar macam selalu nampak kat blog ni.. heheh tapi seganla nak tegur kan.

    ReplyDelete
  5. Mak long, setuju... saya pun rasa satay ni paling sedaaaappp saya penah makan. Saya sekeluarga pun masa tu kebetulan singgah kat sini, pastu siap bawak balik dan kuah dia tu siap makan dgn cucur sampai ke titisan terakhir. Malahan, makanan yang lain pun sedap..
    Oh ya, ahad lepas saya dan hubby dan anak2 jogging di tasik Metropolitan, rasa kitorang jogging belakang Pak Long sebab muka familiar macam selalu nampak kat blog ni.. heheh tapi seganla nak tegur kan.

    ReplyDelete
  6. timah..
    betul2.. aku tangkap gambar ikan tu.. tapi tak terang.. awak pernah sunggah sini ke..?

    ReplyDelete
  7. nic..
    wow.. punyalah sedap sampai ketitisan terakhir dikerjakannya.. hahaha..
    ahad lepas.. paklong memang ada jogging kat taman layang2 tu.. dia memang rajin jongging.. lain kali kalau terjumpa tegur je.. maklong jarang ikut.. kalau ikut pun cuma nak beli nasik lemak yang sedap kat situ.. hehe..

    ReplyDelete
  8. lebih dari sekali, tp xigt dh berapa kali singgah... teringat kalu, rasa cm nak terbang pi makan satay tu lagi...

    ReplyDelete
  9. kalah aku yang dekat ni.. selalu bila aku nak singgah je tutup.. kalau sampai nak terbang bila ingat tu tandanya sedaplah kan.. hehe..

    ReplyDelete
  10. Mak Long org mana? Saya kampung kat Sabak Bernam. Rajin balik kampung. So selalu jugalah makan sate kat Satay Hut. Latest Hari Sabtu lepas. memang sedap berbanding kat tempat lain. Sate dia pun lembut. Tapi, saya suka sate daging. Situ tak de. Kalau nak sate daging yang sedap, kena pergi Sate Sri Subang kat Sg Pelong tu lah jawab nya.

    Suria

    ReplyDelete