Thursday, June 23, 2011

Rendang Kerang

Assalamualaikum semua..

Dalam pada sebuk2 keluar bank masuk bank.. mengagih2kan duit gaji kepada bank2.. maklum maklong cuma reti berurusan dikaunter2 sahaja.. teringin juga kearah yang lebih bijak dan mudah.. tapi tunggulah dulu.. hehehe.. klik je kat rumah semua beres.. best kan.. sempat jugak maklong mengupas kulit kerang untuk dibuat rendang ni.. 2kg je pun.. lagi pun bukan maklong yang kopek kerang ni.. anak maklong yang kebetulan masuk kerja pukul 2pm..

Resepi nak buat rendang kerang ni sama je macam nak buat rendang ayam..

Bahan:
2kg kerang direbus dan buang kulit
5 batang serai*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit cili api*

2 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 helai daun limau purut
garam, aji & gula

Cara:
kisar bahan2 bertanda (*).. tumiskan hingga naik bau..
masukkan santan.. asam keping.. garam.. gula.. aji.. dan kerisik..
kacau hingga kuah menjadi pekat..
masukkan kerang dan kacau lagi
masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit..
siap..!!
sedia untuk dihidang..



13 comments:

  1. wahhh Mak Long...keja keluar masuk bank aje yea...hehehehe

    ReplyDelete
  2. seumur hidup, tak pernah makan pon rendang kerang...kene blajar dgn makcik ni cara buatnya...

    ReplyDelete
  3. mama miraki..
    biasalah akhir2 bulan ni.. agih2kan duit kat bank.. hehe.. ssyyyhh..!! bayar hutang da..

    ReplyDelete
  4. hana..
    boleh2.. sat gi maklong tulis no.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. nani..
    macam tu sekali..?
    sedap tau.. kena cuba.. nanti makcik boh resepinya.. macam rendang ayam jugak.. :D

    ReplyDelete
  6. yeay!recipe dh ada..nnt balik umah bole try buat..sbb mama xbole bau kerang..nnt mabuk..hehehe..thanks for the recipe m.long!:)

    ReplyDelete
  7. hana..
    selamat mencuba.. buat sedap2 tau.. hehe.. kesian mama hana tak boleh makan kerang..

    ReplyDelete
  8. Akhirnya, dapat juga Maklong buat rendang kerang eikkk...sebab selalu tu kan kata malas nak kopek kerang, sekali ada yang tolong, hah amik ko! telan air liur saya nengok rendang kerang Maklong!

    ReplyDelete
  9. hahaha..
    tk sangka jugak anak2 maklong pun suka rendang ni.. 2kg sekali hadap je ko.. lain kali kena buat lebih..

    ReplyDelete
  10. Tima kasih maklong. Sue ingat nak try buat utk buka puasa harini.

    ReplyDelete
  11. Resepi yg menarik. Mohon izin berkongsi resepi. Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. sedapnya... wajib try ni. kerang ada kat umah. done follow jugak :)

    ReplyDelete