Saturday, May 28, 2011

Red Velvet Cake

Assalamualaikum semua..

Hari ni maklong bercuti dari menjaga cucu2.. jadi maklong menghabiskan pagi maklong dengan blogwalking.. malam tadi maklong nampak anak maklong Maira & In buat kek ni..
"red velvet cake".. maklong sebenarnya lama dah teringin nak cuba buat kek ni.. tapi entah kenapa bila maklong tengok senarai bahan2nya rasa macam banyak sangat.. dan modalnya agak besar.. betul kan..

Jadi maklong tangguhkan.. bila maklong nampak anak maklong buat rasa semangat maklong timbul pulak.. pagi tadi maklong tengok ke blog2 kengkawan yang dah lebih dulu buat kek ni.. banyak juga bahan yang maklong kena beli.. lastly.. maklong ikut resepi yang ada kat blog anak maklong tu.. maklong pun tulis dan terus ke bibun kedai jual bahan2 buat kuih yang letaknya tak sampai 1/2km dari rumah maklong ni.. habis jugak dalam rm50..

Kek ni dah siap sepenuhnya dan dah pun dirasa oleh anak2.. tapi tulah.. semua pun tak suka toppingnya.. termasuklah maklong.. dorang makan keknya je.. rugi2.. modal untuk topping sahaja lebih dari rm20.. buang macam tu je.. rasa nak nangis maklong tau.. huhu..



Nilah rupa kek maklong.. bukan hasil kerja tangan maklong pun.. ada hamba Allah tu tetiba ringan tulang nak tolong maklong..



Untuk resepi kek ni.. uols tengok kat SINI ye..
tapi maklong lebihkan gula kastor.. 250gm..
tu pun tak manis sangat.. kira sesuai untuk orang yang tak suka manis..


Ha.. jangan tak percaya.. maklong sebenarnya pun tak berapa nak percaya.. yang paklong ni pandai juga menepek2 krim atas kek ni.. paklong yang tawarkan diri.. sebab dia tengok maklong terkial2 kut.. hehe.. dan paklonglah yang buat sampai siap toppingnya.. terima kasih paklong..

8 comments:

  1. huhu..rugi2..toppingnye kn cream cheese..mmg mahal la..pastu dah agk,mesti dak2 ni x suke..len kali pki whip cream bese je pon ok kot..

    ReplyDelete
  2. speechlesssss..hihi..nak p umah mak long la cenggini..hihi

    ReplyDelete
  3. wah! anak beranak buat red velvet ni...cayala! nani guna cream cheese 125g je + 125g butter. kalau nk gune cheese semua mmg pokai la jawabnya. so far, kawan2 suke pulak makan topping tu. masam2 manis gitu. (padahal tukang buatnya nk jimat kos). hihih...utk besday mak long pasni jgn terkejut plak kalo paklong buat kek sendiri.heheh

    ReplyDelete
  4. adik..
    memang rugi sangat2.. kalau mak tahu awal2 tak payah bubuh kan..
    whip cream rm15 sekotak..
    cream chesse rm12 500gm..
    gula lagi..

    ReplyDelete
  5. hehe..
    dah habislah lynn..
    tinggal pinggan je..

    ReplyDelete
  6. nani..
    terbalik kut namanya.. anak berjaya bagi semangat kat mak.. sepatutnya mak bagi semangat kat anak..
    lain kali makcik buat kek kosong je.. tak payah topping.. murah sikit.. hehehe.. anak2 makcik memang tekak kampung sikit.. maira je yang tolak batu dengan kayu..

    ReplyDelete
  7. Maklong,
    bestnyer nampak kek tu..nak sikit..hihi =)

    ReplyDelete
  8. Norul..
    yang ni dah habis..
    yang baru buat ada lagi.. tapi tak boh topping.. boleh kan..? hehehe..

    ReplyDelete