Buah tangan dan air tangan Maklong.. Tak kira dari pasar raya atau pasar borong.. Segalanya disini..
Friday, May 27, 2011
Kuih Jemblem
Kuih ni maklong buat petang tadi.. untuk minum petang.. entah kenapa tiba2 maklong teringat nak buat kuih ni.. mulanya maklong tak tahu nama kuih ni.. lepas maklong call mak maklong.. mak maklong yang bagi tahu nama kuih ni jemblem.. rasanya ni nama jawa.. nama melayunya maklong tak tahu.. ada sapa2 tahu tak.. tolong bagi tahu ye..
Kuih ni dibuat dari ubi kayu yang diparut.. dibubuh inti gula melaka lepas tu goreng.. dulu2 masa maklong kecik.. mak maklong selalu buat kuih ni.. rasanya sedap sangat.. tapi hari ni bila maklong cuba buat sendiri.. dah tak sedap pulak.. tapi maklong buat main agak2 je..
Untuk menghabiskan kuih ni tadi.. maklong paksa anak2 maklong makan sorang sebiji.. ada yang terkulat2 nak menghabiskan sebiji kuih.. entah kenapa maklong rasa lucu sangat.. kuat maklong gelakkan dorang makan terpaksa.. anak2 maklong memang tak suka kuih muih.. tu yang maklong jarang2 buat kuih..
Bentuk sebenarnya lonjong2.. tapi maklong asyik nak terbentuk macam kuih cek mek molek.. lepas tu maklong bulatkan je.. dah jadi macam onde2 pulak kan..
Resepinya senang sangat..
Bahan:
1 kg ubi kayu diparut
1/2 biji gula melaka dihiris halus2
minyak untuk menggoreng
Cara:
jemput ubi yang telah diparut.. bubuh gula melaka..
tutup.. dan bentukkan ikut suka hati..
gorengkan dalam minyak yang telah dipanaskan.. guna api kecil..
bila dah kekuningan angkat dan toskan..
sedia untuk dihidang..
nak tengok dalam die~hehe
ReplyDeletehehe.. nak tengok macam mana..
ReplyDeletedah dalam perut.. nanti embah datang mak buat lain.. leh lah tunjuk dalam dia kat adik..
Jemblem ye..hehe 1st time dgr ni tp mcm best..minat jgk kuih2 dari ubi nih..
ReplyDeletesalam. kalau getuk tu tau la jugak. tapi jemblem ni sebut pun dah ketawa. tapi macam sedap aje. nak cuba buatlah.tanya hubby yang jawa pun, dia ketawa. bukan apa, dia kata pernah makan tapi tak tahu nama melayunya. lynn.
ReplyDeleteaeshcame..
ReplyDeletehaha.. mula2 maklong nak tulis pun macam segan2 je.. tapi bila google ada juga nama kuih ni.. tu yang tulis jugak..
Lynn..
ReplyDeletemaklong mulanya pun tahu makan je.. hehe.. tapi bila nak share kat sini kenalah boh nama kuih ni kan..
cubalah.. jangan perah ubi parut tu.. pasti sedap..!!
maklong buat ni perah.. so, keras sikit.. kalau ubi tu banyak air just tapis je..
jemblem?
ReplyDeletehaha.. mcm jenglot jer
sy pnah mkan yg org jual, saiz dia besar2 bulat, rangup, rasa dia lemak2 masin, sy suka
yang tu getuk ubi rasanya..
ReplyDeletekena rebus dan tumbuk..
pastu goreng macam pisang goreng..
yang ni parut dan bentukkan..
yer betuilah
ReplyDeletesy penah cuba buat dulu, rebus, tumbuk dan goreng...tp yg sy buat tu xsedap mcm yg org juai tu..hehe
ubi tu kena rebus..
ReplyDeletepastu tumbuk.. boh kelapa parut yang muda sikit campur gula sikit..
bentukkan bulat2.. celup tepung kemudan goreng..