Buah tangan dan air tangan Maklong.. Tak kira dari pasar raya atau pasar borong.. Segalanya disini..
Thursday, May 5, 2011
Gulai Tempoyak Ikan Talapia Merah
Assalamualaikun semua..
Awalnya maklong masak untuk makan tengahari ni.. saje je.. dah tak ada kerja lain.. masaklah kan.. uols nak tahu.. sebenarnya malam tadi lagi maklong dah masak ni tau.. tapi tak cukup bahan.. jadi pagi ni maklong sambunglah.. sebab bahan dah ada..
Ceritanya macam ni.. malam tadi anak maklong, Diana yang kerja kar Sri Ternak tu bawak balik ikan talapia merah ni.. dah lama juga maklong pesan.. kalau ada talapia yang fresh kat tempat kerja dia.. belilah.. tu yang dia beli tu.. dia siap bagitahu maklong yang ikan ni masa dia beli masih hidup..
Maklong pun rasa sayang nak masukkan ikan tu kat peti ais.. sebab nanti jadi ikan beku pulak.. ya tak ya.. maklong merajinkan diri malam2 masak ikan ni.. tapi serai cuma da 2 batang dan daun kunyit tak ada.. maklong masak apa pun yang ada serai.. maklong suka bubuh lebih dari yang ada kat resepi.. oleh kerana ikannya fresh rasanya tetap sedap.. maklong tetap tak puas hati.. pagi ni tadi maklong suruh menantu maklong beli serai dan daun kunyit.. so, bertambah sedaplah gulai tempoyak maklong..
Nilah resepi gulai tempoyak ikan talapia maklong ni.. ikan fresh.. tempoyak pulak buatan sendiri.. uols boleh bayangkan aroma masakkan maklong ni.. ha.. ha.. jangan ngences pulak.. jom cuba masak kat dapur masing2..bukan nak bagi uols ngences tau.. tapi nak ajak uols rajin macam maklong.. hihi.. masuk bakul nampak..
Bahan:
4 ekor ikan talapia merah.. potong 2
1 mangkuk tempoyak
1/2 inci kunyit hidup*
2 biji cili merah*
segenggam cili api merah*
5 ulas bawang merah*
5 batang serai dititik
3 helai daun kunyit
garam & aji
sedikit gula kalau suka
Cara:
ikan talapia.. gaulkan dengan garam dan asam jawa.. supaya hilang hanyir.. bilas bersih2..
tumbuk bahan2 bertanda (*).. masukkan kedalam peiuk bersama tempoyak serai dan air secukupnya.. didihkan..
masukkan ikan dan masukkan juga daun kunyit.. garam.. aji dan gula secukup rasa..
bila ikan dah masak.. tutup api.. sedia untuk dihidang..
Assalamulaikum maklong
ReplyDeletelajunya merempit..kuat betul tenaga maklong ni bila didapur erk.. hehehe. bole jadi cintoh pada ct ni kan.. hehehe
tempoyak alahaiiii.. payah nya nak diterima tekak ct yang mengada2 ni maklong.. hahaha
ni makan tgh hari ke bekfes maklong? express betol.dh musim tempoyak agaknya
ReplyDeleteW.salam CT..
ReplyDeletemaklong kalau pasal lauk pauk memang laju dari biasa asalkan ada benda yang nak dimasak..
huhu.. CT tak makan tempoyak ye.. rugi2.. menantu maklong yang sabahan ni pun tak reti2 lagi makan tempoyak.. ngada2 lah tu.. hahaha.. puas maklong ngajornya.. adik2nya pulak hantu tempoyak..
nani.. ni menu brunch maklong.. hehe
ReplyDeletemusim tempoyak dah nak berakhir rasanya.. malam tadi makcik nak beli durian nak buat tempoyak lagi.. dah tinggal lori je.. durian dah habis.. huhu..
sungguh menggiurkan~
ReplyDeletememang sangat sedappp..!!
ReplyDeletesorry.. jangan ngences yerk.. :)
sangat colourful lauk tempoyak Maklong ni
ReplyDeleteIxora..
ReplyDeletemaklong guna ibu kunyit.. bagi dia punya kuning tu tak pucat.. cili api pulak yang warna merah.. dah jadi warna bendera selangor.. hehehe..
salam maklong
ReplyDeletecantinya kaler masakan ni.......tapi tulah saya tak makan tempoyak...
w.salam.. ramainya kengkawan yang tak makan tempoyak.. satu hari nanti kena cuba ni.. hehe..
ReplyDeleteSalam. Sedap betul tengok gulai tempoyak ikan talapia merah tu..:)
ReplyDeleteCheers,
cara ternak ikan talapia
TQ,In Shaa Allah resepi ni jadi menu saya hari ni
ReplyDelete