Buah tangan dan air tangan Maklong.. Tak kira dari pasar raya atau pasar borong.. Segalanya disini..
Sunday, April 3, 2011
Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Campur Udang
Rasanya baru je maklong masak pucuk ubi campur tempoyak kan.. oleh kerana anak2 maklong suka.. lebih2 lagi maklong memang suka pucuk ubi malam ni maklong masak lagi.. sebelum anak2 maklong balik kerja.. kali ni maklong ubah sikit resepinya.. cairkan sedikit kuahnya..
Rasanya memang sedap tak terkata.. bukan sebab masakkan maklong tapi sebab resepinya.. jiran maklong yang sarankan supaya ikan bilis diganti dengan udang..
bahan:
2 cekak pucuk ubi rebus hingga lembut
20 ekor udang besar siang dan bersihkan
3 ulas bawang merah*
2 biji cili merah*
segenggam cili api merah*
1/2 inci kunyit*
500gm santan
3 sudu besar tempoyak
5 batang serai dihiris halus
3 helai daun kunyit dihiris halus
garam & aji
gula kalau suka
cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*)
masukkan semua bahan kedalam kuali.. masak dengan api kecil
rasa garam.. aji dan gula secukup rasa..
tempoyak maklong dah cukup masam.. so, tak perlu asam keping..
bila kuah dah pekat.. angkat
sedia untuk dihidang..
sodap ea mak longgggg...udang tuuuu !!!
ReplyDeletememang sodappp..!!
ReplyDeletetapi mano boleh lawan orang nogori kalau bab2 masak lomak ni.. boto tak.. hehehe
udangnya maklong tak berani makan banyak.. maklum dah sonjo.. hihi..