Sunday, April 3, 2011

Donat


Selamat pagi semua.. dah sarapan ke belum..? apa..? belum bangun.. ooo.. pagi ni kan pagi ahad.. bolehlah bangun lewat sikit kan.. maklong tetap macam biasalah.. bangun seawal jam 4 pagi tu dah menjadi kebiasaan.. pagi ni pun maklong masuk dapur awal.. sebab apa tau.. nak uli tepung, buat kuih donat nilah..

Malam tadi maklong baca cerita donat kat dapur CMG.. bersemangat pulak maklong nak mencubanya.. resepi asal maklong dapatkan kat dapur CMG.. oleh kerana keluarga maklong ni agak ramai maklong tambahlah semua bahan2nya..




Kalau cerita pasal donat ni.. maklong ada satu kenangan yang tak berapa indah untuk dikenang.. yalah.. zaman maklong susah sangat dulu.. masa tu maklong dok pahang, kalau nak balik kampung maklong terpaksa naik bas turun bas kat puduraya.. maklong terliur sangat tengok donat dunkin.. maklong intai harga dari jauh je.. kutip2 duit dari anak2 yang masa tu masih kecik2.. dapat beli 2 ketul je.. maka berkongsilah kami anak beranak seramai 6 orang ni makan donat yang 2 ketul tu.. syahdu syahdan ko..

Sekarang.. bila anak2 dah besar, adalah juga dorang belanja maklong donat dunkin atau donat big apple.. atau paling koman pun donat yang kat kedai2 kek biasa tu.. sedap jugak kan.. maklong tak suka donat yang biasa2 dijual oleh penjual kuih kat pasar2 malam tu..

Tapi kan.. bila dapat makan donat dari air tangan sendiri.. puas hati jugaklah.. walaupun tak segebu mana tapi oklah.. buatnya pun senang.. jom cuba nak.. resepi maklong ni boleh dapat 12 biji donat yang sederhana besarnya..

bahan:
2 cawan tepung
2 camca besar susu tepong
2 camca besar gula castor
2 camca besar shortening
secubit garam
1 sudu teh yeast*
130 ml air suam*
(*) satukan dan kacau rata
gula halus untuk salut donat

cara:
masukkan semua bahan2 kedalam satu bekas.. gaulkan..
tuangkan bancuhan yeast.. uli sehingga adunan tak melekat
bentukkan macam biasa.. guna acuan donat.. maklong tekap dengan cawan dan tebuk lubang tengah, gunakan sudu susu baby.. hehe..
letakkan diatas bekas yang telah ditabur sedikit tepung.. biarkan selama 45 minit..
goreng hingga kekuningan.. angkat dan toskan.. kemudian salut dengan gula halus..

4 comments:

  1. cantik nye donut mak..
    mak gune acuan ke?

    ReplyDelete
  2. natik ke..?
    nak lawan in punya donat.. hehehe..
    mak acu guna mug corelle.. lubang kt tgh tu guna sudu susu syafiqa.. sonang bai to..

    ReplyDelete
  3. "huhu..mak punye donut la cantik.."-->in kte..hhehe..kitorng pakai acu donat pon x bape cntik..hikhik

    ReplyDelete
  4. mak punya donut ni lagi cantik yerk..
    eee.. suka2..
    tapi tak suka nak buat..
    nak yang beli punya je.. big apple..
    yg kat giant pun ok jugk..
    yummy..yummy..

    ReplyDelete