Buah tangan dan air tangan Maklong.. Tak kira dari pasar raya atau pasar borong.. Segalanya disini..
Friday, April 1, 2011
Daging Masak Kerutuk
Anak maklong diana.. balik kerja macam biasa.. sampai rumah sekitar jam 9.30 malam.. sebagai asst c.cashier di sri ternak.. menuntut dia bekerja lebih 12 jam sehari.. dan seperti biasa dia balik tak pernah dengan tangan kosong.. ada sahaja yang dibawa balik.. malam tadi dia bawa balik daging mentah.. ikan cencaru goreng sumbat.. ayam goreng kfc dengan 1 botol sos life.. dan rempah kerutuk & kerisik..
Dan seperti biasanya maklong bila dah malam hanya akan mengadap pc ni dan mengadap tv.. masuk dapur hanya bila perlu.. diana dengan suaminya akan kelentung kelentang didapur.. katanya.. nak mencuba resepi masak kerutuk yang dia dapat dari kastemer tempat dia bekerja.. yang majoritinya tokeh2 kedai makan sekitar key el dan lembah kelang..
Bila daging dah lembut.. masa tu jam dah detik 12 malam.. dan telah menjadi tugas maklong akan dipanggil untuk merasa masakkannya.. tambah apa yang kurang dan repair apa yang terlebih.. hmmm.. not bad.. sedap..!! maklong sendiri pun tak pernah cuba resepi ni.. dan maklong tambah dengan potongan bawang besar dan tomato free.. dari cameron highland yang masih berbaki didalam peti ais.. pemberian mama haris..
Bila daging dah siap masak.. semua orang pun dah kenyang.. tak de sapa yang nak makan lauk ni.. untuk besuk jelah.. Oleh kerasa resepi ni sedap.. maklong kongsikan bersama kawan2 dan anak2 maklong disini.. ce cuba ce cuba..
bahan:
500 gm daging potong nipis
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
10 biji bunga cengkeh
5 biji buah pelaga
2 sudu cili kisar
4 sudu rempah kerutuk (jadikan pes)
500 gm santan
1 peket kerisik
sedikit gula melaka/gula merah
kicap secukupnya
garam & aji
1 labu bawang besar potong bulat
1 biji tomato belah empat
cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*)
panaskan minyak.. tumiskan bahan yang telah ditumbuk
masukkan pula bunga lawang.. kayu manis.. bunga cengkeh dan pelaga..
diikuti cili kisar dan rempah kerutuk.. tumiskan hingga naik bau..
masukkan daging.. masak hingga daging lembut..
bila daging dah lembut masukkan santan.. kicap.. kerisik dan gula melaka..
rasa garam dan aji.. bila dah ok masukkan bawang besar kemudian tomato..
angkat sedia untuk diambil gambar.. hehe
Bestlah m.long... nnt sy try n msuk kt blog sy dan sy link utk blog m.long !
ReplyDeletememang best..
ReplyDeletesila2 lah try n terima kasih..
nnti boleh ajar maklong macamna nak link..