Buah tangan dan air tangan Maklong.. Tak kira dari pasar raya atau pasar borong.. Segalanya disini..
Tuesday, March 1, 2011
Bebola Tahu Berudang
Semalam maklong terbaca beberapa perkara yang boleh membuatkan suami tersenyum.. antaranya, bila suami balik dr kerja pastikan ada makanan yang kita sediakan untuk dijamah oleh suami..
Oleh kerana hari ini suami maklong kerja malam.. jadi maklong masak bebola tahu ni sebagai sarapan untuk suami.. ini adalah cubaan pertama maklong.. dan alhamdulillah suami maklong sangat sukakannya.. cucu2 maklong pun suka juga..
Sebenarnya resepi ni maklong ambil dr rancangan memasak kt TV.. tp, maklong cuma ikut yang asas je.. jom cuba..
bahan:
6 keping tahu.. dihancurkan
300gm udang.. buang kulit tumbuk
2 sudu tepung jagung
1 biji bawang besar dipotong halus2
sedkit daun sup dan daun bawang
garam dan aji secukup rasa
minyak untuk menggoreng
cara:
gaul semua bahan2 diatas.. kepalkan seperti bebola ikan..
panaskan minyak.. goreng bebola hingga kekuningan..
sedap dimakan bersama sos cili..
No comments:
Post a Comment