Sunday, February 20, 2011

Pecal


pecal ni.. sambalnya dibuat menggunakan cili kering yang digoreng.. lain2 bahan sama sahaja..


Pecal yang ni.. sambalnya dibuat guna cili api..
Jom kita tengok resepinya..

bahan2:
1/2 kg kangkung dicelur
1/2 kg kacang panjang dicelur
1/2 kg tauge siram dgn air panas
1/2 biji sengkuang dipotong kecil2
1 biji timun dipotong kecil2
kalau suka boleh tambah tempe dan tauhu
goreng dan potong kecil2
bubuhkan bahan2 diatas kedalam pinggan

bahan2 untuk kuah pecal:
1/2 kg kacang tanah
20 tangkai cili kering atau
20 biji cili api
3 ketul cekur
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 sudu udang kering
2 sudu asam jawa
1/2 cawan gula
garam dan serbuk perasa

cara2 menyediakan kuahnya
goreng kacang tanah hingga garing sejukkan kemudian tumbuk separuh lumat
cili kering atau cili api, bawang merah dan bawang putih, udang kering dan belacan digoreng.. tumbuk semua bahan yg telah digoreng..
tumbuk sekali cekur dan gula..
satukan kacang dan bahan yg telah ditumbuk didalam satu mangkuk.. bancuhkan menggunakan air panas..
pastikan ada rasa masam.. manis.. dan masin..
bila kuah telah siap bolehlah disiram diatas bahan diatas tadi..

No comments:

Post a Comment