Sunday, January 1, 2012

Pembukaan Bagi Tahun Baru 2012..


Assalamualaikum Semua..

Sempena tahun baru 2012.. maklong tak ada apa2 azam yang khusus.. cuma maklong lebih menitik beratkan kepada cucu punya pendidikan awal dirumah.. sepanjang dia bersama maklong.. sebagai langkah awal.. maklong beli dvd player.. selama ni rumah maklong tak ada benda ni.. kalau ada pun dah lama rosak dan tak berganti.. sebab tak berapa diperlukan..

Bila cucu dah agak besar ni.. dan maklong terfikir nak mulakan langkah supaya beliau mengenal huruf.. agak terlambat sebenarnya.. tapi tak pelah dari tak mula langsung kan.. sebenarnya maklong sangat teruja dengan anak blogger lina karim yang telah menghafal banyak surah.. padahal anaknya tu baru berumur 3 tahun.. maklong sendiri tak boleh hafal macam tu.. huhu..





Untuk permulaan.. maklong beli cd ni kat selayang mall awal malam tadi.. bila orang lain sebuk tengok bunga api.. cucu maklong dok sebuk menonton cd sambil terkumat kamit mulutnya menyebut huruf2 hijaiyah.. dari alif hingga ya.. pukul 1 pagi baru dia tidor.. harap2 dia  akan cepat mengenal huruf..




Ikan selar masak sambal ni pulak menu tahun baru maklong.. untuk makan tengahari.. 2 orang dengan anak maklong yang kembali bujang.. si Haris.. malam ni kami nak ke jamuan makan malam kat Sri Ternak.. tempat anak dan menantu maklong bekerja..






6 comments:

  1. dari cerita dvd bertukar kepada cerita lauk..hehehe slmt thn baru mak long

    ReplyDelete
  2. Salam Maklong..bebudak ni otak depa macam cawan, boleh terima ilmu dengan mudah..Happy new year Maklong!

    ReplyDelete
  3. mak imma..
    terima kasih.. selamat tahun baru buat kamu juga..

    ReplyDelete
  4. ixora..
    w.salam.. betul tu.. maklong cakap macam span.. harap2 jangan tumpah sampai besar.. kalau yang baik2 lah..

    ReplyDelete