Assalamualaikum semua..
Maklong ni nak buat n3 masak2 tapi dah lama tak masak yang best untuk dikongsi dengan uols.. pembaca blog maklong.. kalau masak pun mesti resepi ulangan.. maklong dah jarang nak mencuba resepi.. sebab bila mencuba resepi je, ada masa anak2 tak suka nak makan.. macam2 alasan dorang bagi.. tu yang jadi malas.. lagi satu maklong kena berjimat sikit.. nak simpan duit.. maklong kan nak kejepun.. orang lain keluar negara sebab duit lebih.. nak melancung.. maklong sebab nak timang cucu.. best jugak kan.. tak sabar you.. issyykk2.. gedik pulak orang tua ni..
Alamak.. dalam masa nak berjimat tu.. ada pulak benda yang maklong nak kena beli.. kamera.. ya kamera.. tu yang kat atas tu.. rm799.. bagi orang lain kacang je kan.. bagi maklong boleh tahan jugaklah.. tp dah berkenan.. angkat jelah.. bukan maklong tak ada kamera.. tapi maklong punya kamera ni ada masalah sikit.. bila ambik gambar selalu goyang.. kabur gitu.. kalau ambik gambar kat luar rumah.. cantiklah..
Kamera baru maklong ni best sangat.. selain warnanya yang sangat menawan hati maklong.. hasil gambar yang kita ambik pun cantik dimata maklong.. orang goyang sikit.. tangan kita tergoyang sikit.. hasilnya taklah goyang.. tetap cantik.. harga sebelum ni rm999 tau.. tapi ni kan hujung tahun so, ada offer.. siap bagi 8 GIB lagi.. selalu 4 je kan.. maklong tempah khas ni.. maklong nampak kamera ni kat KL festivel city.. kat Danau Kota tu.. tapi maklong lebih suka beli kat kedai dekat2 rumah maklong ni.. kat Selayang Mall.. bila ada masaalah tak perlu pergi jauh2.. mula2 amoy tu kata tak ada.. tapi maklong pujuk amoy tu carikan untuk maklong.. amoy pun kata.. ok loh.. sukanyaa maklong.. tak cukup sekali maklong ucap terima kasih kat amoy tu.. hehe..
Inilah kamera maklong yang maklong baru jugak beli.. rasanya sebelum raya hari tu.. tu pun sebab kamera canon maklong yang kat bawah ni rosak sikit.. cucu maklong jatuhkan masa dia duk nak tunjukkan hasil gambar yang dia ambik.. bila ambik gambar je mesti ada bayang hitam.. terganggu rasanya..
Kamera canon ni.. murah sikit.. tapi biarpun murah.. maklong selesa menggunakannya.. kira fungsinya yang asas2 je.. maklong manalah nak reti setting2 ni.. tapi gambar memuaskan.. cucu maklong yang nasya pun pandai ambik gambar guna kamera ni.. masa tu umur dia baru 2 tahun setengah.. tapi sebab dah rosak kenalah gantikan dengan yang lain..
Wahhh.. maklong ni memang suka merah kan.. ya betul.. ni hp maklong.. yang N73 tu paklong yang belikan.. tu yang tahan bertahun2.. kalau tak, pakai setahun dua maklong mesti trade in punya.. masa maklong ambik kamera semalam.. maklong ada masa sikit menjeling2 kedai hp yang menjual hp berbagai jenama.. hati maklong pun mulalah.. tapi bila maklong cakap kat paklong.. paklong cakap dengan agak tegas.. "tak payah.. kalau ada duit lebih tu.. simpan untuk nak ke Jepun.." sebenarnya paklong tak pernah nak halang maklong nak beli apa yang maklong nak.. tapi kali ni.. kenalah akur..
salam mak long, kamera mak long tuh dh bgus sgt lah.kalau mak long kata kamera tu cap ayam, yg saya punya cap ank ayam lah namanyer (lg lah sedihkan.... hihihi)xkisahlah janji dpt snap detik2 yg boleh di buat memori pd masa dpn...
ReplyDeleteassalamualaikum.. mak long
ReplyDelete1st of all.. nak ucapkan tahniah kerana bakal menimang cucu lagi, di jepun tu, jauh oooo.. nanti kirim salam ngan anak maklong yg kat sana tu ye.. :)
wahhhhh mak long ni mmg penggemar warna merah ye.. sama ngan nani, tapi time kecil2 dulu je minat merah, setiap tahun kalau mak tanya nak pakai baju apa tahun ni, nani mesti jawab merah, lepas tu next raya tanya lagi merah, next raya lagi merah sampai mak tak bagi nani pakai merah, akhirnya akur je la.. sampai skrg ni nani dah agak kurang suka warna merah sbb warna kulit yg tak membenarkan.. eheheheh :)
mak-imma..
ReplyDeletew.salam.. betul tu.. tak kiralah cap apapun jnji boleh guna.. kan..
maklong punya tu cap ayam bila dibandingkan dengan kamera yang lebih canggih manggih sekarang ni..huhu..
nani..
ReplyDeletew.salam.. terima kasih.. insyaAllah nnti maklong sampaikan salam nani tu pada maira anak maklong..
maklong suka merah.. suka tahap melampau.. tapi kalau pakaian kurangkan sikit.. maklum dah senja.. kulit pun sawo matang je.. hehe..
Merah sangatlah MakLong, uishhhh tapi memang lawo kaler tu..i like!
ReplyDeleteixora..
ReplyDeletemerah menyala.. cantik kan..
tidak cuma cantik.. gambar dia pun menarik.. hehe
sy pun suka merah..:)
ReplyDeletecanggih dah tu kamera maklong,sy kena kumpul duit dulu br dpt beli kamera baru..yg ada pun mmg dah rosak..:)
samalah kita..
ReplyDeletecanggih sikit dari yang lama2 tu..
kalau nak lagi canggih.. belilah nikon 1.. ada warna merah jugak.. hehe..