Friday, September 16, 2011

Bekalan Air Dan Ayam goreng cajun

Assalamualaikum semua..

Bangun dari tidur pagi tadi maklong dipanggil jiran supaya mengalihkan kereta maklong dan paklong.. ada paip bocor kat bawah kereta paklong.. tapi kami seisi rumah tak perasan.. sehingga ada lori dan jengkaut sampai kat depan rumah maklong untuk memulakan kerja2 membaik pulih paip yang bocor tu..

Oleh kerana air tak ada.. maklong hanya bersarapan dengan kuih yang maklong beli dari gerai depan perumahan maklong ni.. tapi bila sampai pukul 11 air masih belum ada maklong mula risau.. sebab lepas solat jumaat nanti.. adik ipar maira akan sampai.. mula2 maklong ingat nak beli nasi bungkus je.. tapi maklong teringat nak jamu ayam goreng cajun sebagai menu makan tengahari.. dah lama sangat maklong teringin nak cuba resepi ni..

Akhirnya maklong suruh anak maklong beli air minirel untuk maklong gunakan memasak tengahari.. maka terhasillah.. ayam goreng cajun & sayur brokoli.. sambal tahun maklong tinggal panaskan je.. tak sangka pulak.. adik ipar maira ni pandai makan sambal tahun.. anak jowo pun belum tentu suka.. pedas..!!


Baru nak memulakan kerja2 menggali lubang..


Ayam goreng cajun.. yang tak berapa cun..


Ayam goreng krisnan lebih sedap rasanya.. nanti maklong kongsikan resepinya.. kawan2 maira pun suka ayam goreng krisnan.. cuma dorang kata.. tukarlah nama tu..


Kerja2 membaik pulih telah pun selesai.. kira2 jam 6.30.. bolehlah maklong membasuh pinggan mangkuk yang bertimbun kat sink.. sambil2 menunggu tetamu maklong seterusnya.. anak sedara maira.. anak kakak iparnya..


1 comment:

  1. lahaiiiii mujur paip bocor tu airnya tak melimpah masuk ke dalam rumah Mak long...rajinnya Maklong sampai beli air mineral nak masak untuk tetamu..nak beraya umah Maklong, boleh tak?:)

    ReplyDelete