Friday, July 15, 2011

Daging Tetel Masak Asam Pedas

Assalamualaikum Semua..

Semalan kan menantu maklong yang pregnen 9 bulan teringin nak makan daging tetel masak asam pedas.. pagi tadi maklong pun kepasar borong.. maklong beli daging tetel 1.5kg.. balik rumah terus masak.. takut tak sempat.. bantainya dia bersalin awal.. dah kena berpantang pulak kan.. mana nak jumpa mak mentua baik macam maklong ni kan.. hehe.. (masuk bakul nampak..)

Untuk diri sendiri maklong masak lemak pucuk meranti.. telur masin.. ikan sepat masin lagi.. eeee.. seram dengar kan hari2 makan ikan masin.. kalau ada darah tinggi jangan buat.. mahu pening kepala ko.. lepas makan je maklong minum teh panas campur limau kasturi.. petua orang tua2 kena guna pakai jugak kan.. demi nak menjaga kesihatan..


Resepi masak asam pedas ni simpel je.. paklong dah pernah pesan jangan masak guna banyak sangat rempah atau bumbu.. jadi tak sedap pada tekak dia.. nak buat macam mana layan jelah kan.. kalu asam pedas ni paklong suka yang cair.. dulu2 paklong tak kesah pun sekarang ni dah jadi kesah.. tekak orang dah tualah katakan.. hehe

Bahan:
1.5kg daging cincang potong kecil2
7 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
2 inci halia*
sedikit lengkuas*
sedikit belacan
7 batang serai diketuk..(maklong suka bau serai..)
1 cawan cili kisar
1 ikat daun kesum
4 helai daun limau purut
2 biji tomato dibelah 4
3 keping asam keping
garam & aji

Cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan serai.. cili kisar.. tumiskan lagi hingga naik minyak..
masukkan daging.. masak sekejap..
masukkan kedalam pressure cooker.. rebus selama 45 minit..
bila daging dah lembut.. masukkan garam dan aji secukup rasa..
asam keping.. daun kesum dan daun limau purut..
akhir sekali masukkan tomato..
tutup api dan sedia untuk dihidang..

8 comments:

  1. selamat malam maklong,
    sedap daging tetel maklong tu...
    amie suka makan masakan daging yg org lain masak, kalau masak sendiri rasa ada aje yg tak kena.... tak sedaplah tu!

    ReplyDelete
  2. suke sgt asam pedas...tapi tak pernah lagi makan asam pedas lain selain ikan..sedap jugak kalau buat asam pedas daging ni..

    ReplyDelete
  3. lyn..
    amie..
    nani..

    Daging tetel masak asam pedas ni sedap kan.. nani kena cuba.. sikit dulu.. takut uols kata tak sedap pulak.. maklong belajar masak ni dari tok besan tak jadi.. dia orang melaka..

    ReplyDelete
  4. konpius dgn tajuk lauk mak long ni. punya la fikir apa tu daging tetel. rupa2nya daging cincang.....
    betul ke mak long?

    ReplyDelete
  5. hehe.. betullah tu.. daging tetel tu daging cincang.. nape.. ingtkan daging turtle ke..:D

    ReplyDelete
  6. bertuah ler manantu dapat mentua baik n sporting cam maklong ni....

    ReplyDelete
  7. mama..
    alhamdulillah.. setakat ni sportinglah lagi.. sebab maklong sayang menantu macam anak sendiri je.. esok lusa tak tahulah..

    ReplyDelete
  8. adoiii sedap tu lagi sedap kalau bayangkan jadi menantu mak long ada can ke lagi?

    ReplyDelete