Buah tangan dan air tangan Maklong.. Tak kira dari pasar raya atau pasar borong.. Segalanya disini..
Monday, July 11, 2011
Award Dari Cik Cek.. Terima kasih
Assalamualaikum Semua..
Maklong hari ni gumbira sangat sebab dapat award dari CIK CEK.. sahabat maya maklong yang maklong anggap agak mesra juga.. gembira juga sebab kali ni maklong tak perlukan bantuan PA untuk nak ambik award tu.. terima kasih buat sahabat maklong yang bernama makngah kerana tunjuk ajarnya.. cara2 nak download gambar..
Untuk nak ambik award ni maklong dikenakan syarat tau.. kena senaraikan 7 perkara yang orang lain belum tahu tentang diri maklong.. ok.. maklong akan senaraikan ye.. tapi rasanya ada juga orang2 yang dah tahu.. sebab maklong bukan jenis orang yang suka berahsia.. hehe..
Pertama..
Maklong ni dari kecik sampai besar dan sampai dah tua biasa hidup susah.. maklong biasa kemana2 dengan menunggang basikal tua yang diberi pinjam oleh taukeh tempat suami maklong bekerja.. bila dah anak sorang maklong pindah ke Felda jadi peneroka.. jugak susah masa tu.. jarang2 jumpa duit ringgit.. percaya tak maklong pernah terima gaji rm5 setelah ditolak potongan meja.. (hutang)
Kedua..
Maklong kematian suami semasa maklong berumur 35 tahun.. dengan 4 orang anak yang masih kecil2.. gelap dunia maklong masa tu.. macamana nak besarkan anak2 tanpa suami..? maklong kerja kilang kat segamat dengan gaji rm11.20 sehari.. 7 bulan kemudian maklong kawin pulak dengan jiran sebelah rumah maklong sebagai isteri ke2.. sebab terasa susahnya hidup jadi janda.. jiran pulak bersimpati kut.. maklong sanggup bermadu.. kami nikah cara baik2 tau.. bukan lari ke Siam..
Ketiga..
Maklong ada lesen kereta sebelum maklong ada kereta tau.. sebelum suami maklong meninggal.. entah dari mana maklong dapat duit pun maklong tak ingat.. tapi masa tu taklah mahal macam sekarang.. maklong peram lama lesen maklong tu.. buat perhiasan kat dalam purse je.. banyak tahun jugaklah, barulah maklong mampu beli kereta buruk2.. nissan 130y eh betul ke.. paklong ajar maklong bawak kereta sampai boleh bawak ke Segamat.. Rompin.. Kuantan.. balik kampung ke Bagan Datok pun pernah.. dari Pahang masa tu..
Keempat..
Maklong ni garang dan panas baran.. tapi tak pernah bergaduh dengan orang lain.. selalu marah kat anak2 je.. anak2 maklong tak pernah bersuara bila maklong dah naik angin.. anak2 dah tahu maklong marah tak sampai 10 minit sejuk balik.. dengan menantu pun tak pernah gaduh.. dengan suami lagilah.. dah tua2 tak ada apa yang nak digaduhkan.. asyik dong.. (terguna bahasa indon..) tapi korang kena tahu paklong dulu2 baran jugak.. tapi kesabaran maklong membuahkan hasil bila sekarang paklong jadi orang tak baran dah.. petuanya.. banyakkan baca ya latif.. hehe..
Kelima..
Maklong ni orangnya tak reti simpan duit.. boros kut.. lagi pun duit yang nak disimpan pun tak ada.. hehe.. maklong akan simpan duit bila ada nak beli sesuatu benda.. yang pasti maklong tak kedekut..
Keenam..
Yang ni uols kena tahu.. Maklong ni orangnya saaangat pelupa.. dari kecik sampai dah tua semakin menjadi2 pelupanya.. tapi maklong tak pernah lupa duit.. eh.. sekarang2 ni dah pandai lupa jugak..
Ketujuh..
Maklong ni orangnya merendah diri.. tapi bila fikir yang kita ni sama disisi Allah kurang sikit perasaan tu.. orangnya berani dan taklah pemalu sangat.. kira ramahlah jugak bila dibandingkan dengan anak2 maklong.. so, kepada rakan2 blogger yang terserempak dengan maklong tegurlah ye..
Eh.. dah cukup tujuh rupanya.. kalau ada yang nak tahu apa2 tentang maklong lebih lanjut.. dialu2kan.. tanya je.. maklong mesti jawap punya..
5 0rang yang maklong senaraikan dibawah ini sila ambil award dari maklong ye..
1. Maira.. In-my-heart
2. Wani.. the journey of my life
3. Timah.. blogwalking
4. Ixora.. hidup memang indah
5. Ct NoArizah Aris
yayyy....maklong dah amik award...tq maklong sudi amik award dan share2 story...sayanggggg maklong....
ReplyDelete.Bila baca...sekejap senyum...sekejap rasa hiba....mcm2 dugaan hidup ya maklong...tapi maklong kuat...tabah...cek pun nak jadi cam maklong jugaklah ...kuat semangat....
upssss...dan seperkara lagi....nak kata...kita serupa....he he ...tang mana tu....alkisah story kedua...hujung kisahnya sama tapi tak serupa....maklong no 2nd kan...cek...he he ...maklong leh tekanya lah....dan lama dah redha....bahagian hidup kita kan maklong...syukur ngan apa yang ada...dan sentiasa bersyukur bila tuhan pilih kita utk diuji....:)aminnnn.....
hehe..tunggu gak mak mntk tlng amekkan award..tgk2 dah siap n3 pasal award ni..hebat2^^..
ReplyDeletepapepon mekasih ye^_^
sayang cek jugak.. semuga persahabatan kita kekal selamanya..
ReplyDeletetang story yang hampir2 serupa tu.. mmng maklong tabiklah maklong 2nd.. beza banyak kut.. kalau 1st lagilah hebat.. semuga cek mendapat redha Allah.. aminn.. meleleh airmata terharu maklong ni tau.. tak sangka punya sahabat yang setabah cek..
best jugak peranan award ni.. dapat mengenal lebih dekat sahabat2 yang dok kita selalu berhubung.. biarpun sekadar melalui dunia blog yang best..!!
adik..
ReplyDeletemula tu macam nak manja2 macam biasa tulah.. nak soh adik tepekkan award tu..
tapi bila mak klik2 tak sangka senang macam nak ambik gambar kat fb yang cik timah ajar mak.. suuuuka sangat.. hehe
Salam Maklong...
ReplyDeleteBagi tunjuk ajar yg no.4 tu..yg bab panas baran tu...pls..Maklong...
Maklong...tetiba sebak...:'(
ReplyDeletewaduh3X
ReplyDeletesy tabik spring kt awk sbb dpt coret hikayat yg panjang kt blog...hehe
TQVM sbb masih igt nk bg award kt sy..kena ambik masa siketlah nk cari idea... sy ni kn seniman jalanan,,hahaha....
w.salam..
ReplyDeleteeima.. maksud eima doa untuk lembutkah hati orang yang panas baran ke..?
baca ya latif.. maknanya yang lemah lembut.. dan tiupkan pada makanan atau minuman.. sambil doa ya Allah lembutkanlah hati suami ke anakku ke..
atau baca doa yang sepenuhnya..
ya latifu ya latif
ya latifu ya latif
ya latifu ya latifu ya latif..
Allahu latifum bi`ibadihi yarzuku mai yashak.. wahuwal qowiyyul `aziz..( baca tif tu dengan tebal sebab huruf to bukan ta..)
kalau ada peluang tiupkan kat ubun2 dia masa dia tengah tidur..
untuk anak2 yang suka mengamuk tak tentu tu pun bagus juga doa ni..
cek..
ReplyDeletesama2 pulak kita tersebak.. huhu..
salam maklong,
ReplyDeleteseronok baca celoteh maklong..
timah..
ReplyDeletekalau tak macam tu awak tak kenal aku yang sebenar2nya.. hehe..
ambik jangan tak ambik nak juga berkenalan dengan awak.. hehe
w.salam kak pah..
ReplyDeletehehe.. celoteh orang tua.. ikut dan je..
yg no 7 tu memang betol...mak long ni pemalu kalau org tak kenal...tp kalau dah kenal...ha....bg satu hari pon tak cukup masa nk sembang..hihih....seronok sembang ngan makcik...nanti ada masa, kite jumpa,sembang baaaaaaaanyak2..
ReplyDeleteselamat petang maklong,
ReplyDeletecantik diri maklong yang sebenar... sebab sudah cukup lengkap dengan segala sikap & sifat, normal...kiranya sempurnalah sebagai seorang insan,
nani..
ReplyDeletebilalah kita boleh berjumpa lagi..
rasa macam tak ada peluang je.. makcik dok terbayang masa nani kawin je.. makcik mesti nak pergi tak kira kat kelate ke kat belah Arip.. insyaAllah.. masa tu mana boleh nak sembang.. haha dapat tengok pun jadilah..
amie..
ReplyDeletealhamdulillah..
masih jauh tu.. sebab masih melengkap lagi diri ni untuk ke destinasi yang seterusnya.. doakan ye..
Assalam mak long..tima kasih bagi award tu kat saya..terharu lak..sob..sob !!
ReplyDeleteOkey nanti saya buat tapi ambik masa sikit pasal skrg siang2 tak leh update blog kat ofis lagi dah cam dulu2 kena tunggu malam2 kat umah.
w.salam..
ReplyDeleteCT.. sama2..
biar lambat asal ambik.. hehe..
mak long suka nya baca kisah mak long.. banyak pengalamankan.. tentu dah faham asam garam hidup... moga terus tabah dan kuat ye mak long
ReplyDeleteita.. terima kasih..
ReplyDeletekalau tak gitu.. nanti tak kenal sapa maklong.. selain mak kepada maira kan.. hehe..
insyaAllah maklong akan terus kuat dan tabah mengharungi hidup ini.. sambil2 nak merasai kemanisan hidup dihujung2 usia..