Assalamualaikum Semua..
Sayur pucuk kurma ni maklong beli semalam dan masak pun semalam.. tapi maklong tak berkesempatan nak tepek kat blog maklong ni malam tadi.. dok gayut mata kat TV.. jadi juri juga kepada AF9.. sayur ni menurut kata ane yang jaul tu.. sayur kampung orang india.. dia siap ajar cara masak.. goreng saja, mahu lagi sedap taruk itu kelapa parut.. tapi maklong tak bubuh kelapa parut.. macam pelik je.. takut jadi kerabu pulak.. hehehe..
Sayur ni bagus untuk mata.. kasi mata terang.. ane tu kata.. maklong goreng macam goreng kangkung.. rasa dia lain lah kan.. tak macam kangkung pun.. liat2 sikit.. mungkin maklong goreng kurang lama.. takut warna jadi lebam tak cun..
Kalau tengok warna sangat menyelerakan.. bagi penggemar sayur hijau lah.. rasa pun sedap jugak.. nak rasa cubalah.. 1 ikat rm1 je..
Inilah rupa sayur pucuk kurma tu sebelum disiang.. ada sapa pernah tengok.. maklong selalu tengok kat NSK.. tapi jeling2 je.. sekali pandang macam rumput.. masaknya pun senang je.. cuma maklong tak bubuh belacan..
Sayur kangkung goreng belacan ni menu maklong hari ni.. dalam sebuk2 jaga cucu.. sempat juga masak kangkung goreng ni dan goreng ikan pelaling.. jadilah untuk makan berdua je.. yang lain2 awal2 pagi dah keluar bekerja..
Resepi..? tak payahlah.. benda senang je ni.. cuma bubuh belacan sikit kalau suka.. resepi macam ni memang dari kecik2 maklong suka sampai dah tua.. hampir separuh abad ni.. rumah maklong ni sebenarnya jarang sangat nak masak lemak sayur.. selalu goreng2 macam ni je..
Mak long sy suka betul menu sayur2 ni .... kat blog m.long ni byk betul syr2 yg sy tak jumpa sblm ni mcm syr kurma ni igtkan dari pkk kurma..hehe!!
ReplyDeleteas'salam maklong
ReplyDeleterindunya dengan maklong ku seorang ni. macam dah berbulan2 tak singgah kat sni. harap maklong sihat2 selalu ya.
pucuk kurma..? ct pun ingat maklong amik dari pokok kurma.. hihihi maaflah maklong, ct ni nama pucuk yang pelik2 memang tak tahu. kadang2 tu ct siap cium2 setiap sayur yg baru nak tahu macamana bau dia. baru tanya nama sayur tu. hehehe.. pelik betul kan nama sayur ni tapi nampak sedap bila dah digoreng.
ada bunga putih kecik2 ke... rasanya pokok urang aring atau keremak.
ReplyDeletekalo urang aring org tumbuk tepek2 kat rambut bagi tmbh hitam berkilat.. hehe
CT..
ReplyDeletemaklong memang lebih suka sayur dari ikan.. or ayam.. tu yang nak cari yang pelik2 untuk dicuba.. hehehe..
ini mmg belom penah makan lg ni...mcm goreng belacan pon ada rupenya...
ReplyDeleteCT Delima..
ReplyDeletew.salam.. hai dah tak bz ke.. maklong sehat2 je alhamdulillah.. kalau tak sehat sapa pulak yang nak tolong jaga cucu2 ni.. hehe..
Pucuk kurma ni.. mula2 dengar pun maklong terkejut juga.. dah try masak ok jugak.. boleh beli selalu2..
Makngah..
ReplyDeleteTak pasti pulak warna bunganya.. sebab masa beli tu tak de bunga.. aku pulak tak kenal pokok orang aring tu.. hehe..
nani..
ReplyDeleterasanya sedap je kalau buat goreng belacan.. nanti maklong cuba boh belacan pulak.. hehe..
Assalamualaikum. Betol tu mak long semalam saya ke pasar borong pandan aunty india tu ajar masak cara yg sama… goreng dan tabur kelapa sikit2 katanye. Bagus untuk mata…. Datang saya yang bijak ni balik buat urap huhu dah nama tekak jawa lain diajar lain jadinye🥰
ReplyDelete