Sunday, May 1, 2011

Telur Ikan Mayung Masak Lemak Cili Api


Ada sapa2 antara kawan2 kita yang belum pernah nampak telur ikan mayung ni..? pagi tadi maklong kepasar borong.. niat dihati nak cari asparagus yang gemuk macam hari tu.. tapi tak ada.. yang ada asaparagus yang saaangat gemuk.. betul..!! tak tipu punya.. sampai maklong nak beli pun rasa cuak.. maklong pun pusing2 pasar lagi.. terjumpa telur ikan ni.. 1kg rm20.. mahal kan.. ikannya 1kg baru rm10.. timbang2 ada 600gm.. tokeh tu suruh bayar rm10 je..

Balik je maklong terus tanya en. google.. resepi masak telur mayung ni.. tak jumpalah pulak.. ke maklong yang tak reti.. last2 maklong guna idea sendiri jelah.. tu yang masak lemak cili api tu.. rasa ok jugaklah..



Resepinya.. macam masak lemak ikan jugak kut.. cuma yang ni maklong tambah belimbing buluh.. masa maklong pusing2 kat pasar tadi terpandang belimbing buluh.. ingat nak beli banyak sebab nak buat sambal bilis hitam macam hari tu.. tapi belimbing tinggal sikit.. maklong beli sikit je untuk masak dengan telur ikan ni.. sedap..!!

Bahan:
600gm telur ikan
500gm santan
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
20 biji cili api
garam & aji
7 biji belimbing buluh dibelah 2

Cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. masukkan kedalam periuk bersama santan dan telur ikan.. didihkan diatas api perlahan.. masaknya agak lama jugaklah..
bila telur telah masak masukkan garam dan aji secukup rasa..
akhir sekali masukkan belimbing buluh..
tutup api.. sedia untuk dihidang..


Maklong saje tambah cili epal hijau.. sebab paklong suka.. lagi pun cili tu macam dekat nak layu.. so, maklong potong2 campak je dalam masakan maklong ni..

13 comments:

  1. Maklong,
    saya pernah makan telur ni dulu2 masa kecik..dah lama x makan..kalau tak silap arwah mak buat masak kari dengan ikannya sekali..best.. =)

    ReplyDelete
  2. Nurul..
    maklong pun lama sangat tak makan telur ikan ni.. baru2 ni maklong beli ikan yang ada telurnya.. suka..!!
    masak kari.. mesti best kan.. lain kali maklong masak kari pulak.. :D

    ReplyDelete
  3. lawo nampak lauk tu..mengancam!kat luar pagar rumah saya ada pokok belimbing buluh tapi masih muda, kalau berbuah pun 2 3 biji je, lepaslah sekali sambal belacan :)

    ReplyDelete
  4. Assalamulaikum maklong

    fuhhhh... penat ni berlari2 kesana sini sampai2 rumah terus terjah dapur maklong. nak sangat tengok dari dekat telur ikan mayung. first time tengok dan first time ct dengar..serius memang tak pernah tengok pun.. hihihi.

    Apa rasanya telur ni maklong..? bila masak tak pecah ker telur ni.

    ReplyDelete
  5. Ixora.. ooo.. belimbing buluh ni boleh buat sambal belacan yerk.. nak kena cuba ni..

    ReplyDelete
  6. W.salam CT..
    alhamdulillah.. selamat pergi dan balik dan terlerailah rindu CT kat anak dara tu ye.. hehe..

    lah.. ye ke..? maklong dah 2 kali masak telur ni.. first kat sini aidahjune.blogspot.com/2011/03/telur-mayong-ungkep.html
    telur ni tak pecah bila kita masak.. kalau masak lama sikit jadi keras.. kalau tak dia kenyal2 je.. sedap..!!

    ReplyDelete
  7. eeii.. awk ni balik2 mayung, balik2 mayung... sy ni asik tjmpa dgn ikan duri yg kecik2 d potong perut, telurnya pun kecik2, nk beli yg ikan besar, sure ke ada byk telur?

    Kalau tjmpa telur ikan ni dijual selambak telur semata2, dh lama sy beli nk cuba masak supa awk

    ReplyDelete
  8. hahaha.. nak wat macamna.. ikan yang besar tapi murah mayong jelah.. ikan lain tu aku jeling je.. mahal..!!

    kalau kat pasar borong aku ni.. ikan mayong ni dah di belah perutnya.. dorang ambik telurnya awal2.. jadi mmang sure tak de telurlah.. kecuali nak jadi rezki macam aku hari tu.. aku dah berbulan cari org yang jual telurnya je.. baru jumpa semalam..

    ReplyDelete
  9. setiap kali blik kg boleh katakan makan telur ikan masak lemak cili api...memang sedap....yummm...yummmm senang jer nak dapat telur ikan pg pasar Sg Besar sure jumper punya......x caya cuba pegi....dah siap letak dlam plastik..harga RM 10 sebungkus......2 plastik tu boleh makan satu family lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murahnya... Saya beli kt ipoh 500 gm rm 35. Teringin nyer pasal beli gak ler

      Delete
  10. askm,
    family suami sangat suka telur ikan mayong ni.selalunya sy masak lemak cili api atau asam pedas...tapi sy kene masak 2 versi..satu yang tak berapa masak dan satu masak betul..naper la mata sy ni selalu jer ternamapak telur ni...tinggi kolestrol!!

    ReplyDelete
  11. ina..
    terima kasih bagi info tntang telur ikan ni.. insyaAllah bila balik kampung nanti maklong singgah pasar sg besar.. selama dok singgah kat kedai kain je.. hehehe..

    ReplyDelete
  12. soja..
    nasib baik maklong jarang jumpa telur ikan ni.. kalau tak.. mahu selalu maklong beli..takut kolestrol..!!

    ReplyDelete