Sunday, May 15, 2011

Pizza Traffic Light

Assalamualaikum semua..

Selagi tak tutup mata selagi tu ingat nak makan je.. bila dah duduk ramai2 ni macam2 idea timbul.. petang tadi tiba2 je maklong teringin nak cuba buat pizza.. maklong ajak menantu maklong pergi NSK.. beli bahan yang kurang..

Sebelum maghrib maklong uli dulu doh untuk pizza.. bahan2 toppingnya menantu maklong yang sediakan.. selepas solat maklong pun memulakan acara menyediakan pizza keseluruhannya dan terus masukkan kedalam oven.. maklong kena buat cepat2 sebab paklong dah nak pergi kerja.. alhamdulillah berjaya juga maklong siapkan pizza maklong tu.. dan paklong siap bawa bekal empat potong pizza..



Menantu maklong.. si liza ni beriya2 benar supaya maklong namakan pizza maklong ni pizza traffic light.. sebab maklong gunakan cili epal 3 warna.. merah.. hijau dan kuning.. seronok bukan main maklong.. sebab cubaan maklong kali ni menjadi dan digemari paklong dan anak2.. kembang semangkuk hati maklong bila suami dan anak2 memuji hasil air tangan maklong kali ni..



Resepi pizza ni maklong cilok dari banyak sumber.. maklong pun sampai tak ingat.. sebab maklong klik kat myr.. derhaka sikit2.. jadi lebih kurang beginilah resepi maklong..

Bahan:
250gm tepung berprotin tinggi
1 sudu gula
1 sudu butter
1 sudu susu tepung
1 sudu shortening
1 sudu teh garam
1 sudu teh yis
1 cawan air suam

Bahan untuk topping:
1 bungkus ayam kisar
1/2 biji cili epal hijau dipotong dadu
1/2 biji cili epal kuning dipotong dadu
1/2 biji cili epal merah dipotong dadu
1/2 buji bawang holland dipotong bulat
2 ketul hot dog ayamas bleck pepper dipotong nipis
1 sudu serbuk lada hitam
2 sudu minyak zaitun
3 ulas bawang putih ditumbuk
garam & aji

Bahan untuk sos:
3 sudu tomato sos
5 sudu cili sos
3 sudu mayonis
1/2 peket cheese yang telah disagat

Cara:
satukan yis dan air suam..
didalam mangkuk besar.. satukan semua bahan..
tuang bancuhan yis sedikit2.. uli hingga sebati.. sehingga tepung tidak melekat kat tangan..
tutup dan biarkan doh selama 40 minit..

Semasa tunggu doh kembang.. siapkan bahan2 untuk toppingnya..
panaskan minyak.. tumiskan bawang putih hingga kekuningan.. masukkan ayam kisar.. kemudian masukkan semua bahan2 yang telah dipotong.. dan juga lada hitam..
masak hingga agak2 layu.. rasa garam & ajinya.. bila dah ok..
angkat dan sejukkan..

Sediakan sosnya pulak..
satukan sos tomato.. sos cili dan mayonis
nak bubuh sos apa rasanya ikut masing2 punya kesukaan..

Panaskan oven 180`..
laserkan pizza pan dengan mentega..
ratakan doh tadi kedalam pan.. tuang sos dan ratakan
bubuh bahan2 topping.. dan taburkan cheese diatas sekali..
sedia untuk dibakar selama 30 minit..

Kepada yang belum mencuba.. selamat mencuba..!!
pasti uols akan teruja dengan hasilnya.. macam maklong yang baru belajar ni..
sssyyhh..!! menantu maklong yang kat jepun tu terror buat pizza ko.. malulah maklong kalau maklong tak reti2 nak buat pizza ni.. hehe..

10 comments:

  1. hahaha.. kalah pizza kat pizza hut.. anak maklong kata.. kngkononnya.. nak soh maknya buat lagilah tuu..

    ReplyDelete
  2. cayalah..cantik n nampak sedap!patut la dorng kate lbh sedap dr pizza hut..hehe

    ReplyDelete
  3. hai.. puji2 ni nak jugak ke..
    ntah2 in buat lagi sedap.. haha..

    ReplyDelete
  4. Alamak tutuplah pizza hut pasni pizza maklong lagi sedap siap ada trafic light lagi... cayalahhh !!

    ReplyDelete
  5. hahaha.. CT, tergelak besar maklong..

    ReplyDelete
  6. Assalamulaikum maklong

    patut ler semalam gi wangsa walk cari pizza semua dah tutup, rupa2nya maklong dah kongker pizza sekarang ni... hehehe. Cayalah maklong ni, ibu yang rajin dan isteri yang mithali lagi..aminnnn

    CT pun dah lama tak buat pizza ni maklong, kalau buat nanti tak moh besor2 kena buat comel2 anak2 amik sorang satu cukup.. hahaha. lokek kan ct ni.. ekekeke

    ReplyDelete
  7. w.salam CT..
    jadi ibu rajin pun susah jugak.. anak2 dah kawin tapi tak boleh dok jauh dari mak.. alasan, rindu masakkan mak..

    kalau buat comel2.. bukan lokek tu namanya CT.. maklong kata telaten.. ala2 terlebih rajin gitu.. kalau maklong memang tak berapa rajin.. buat apa pun nak cepat siap.. takmo duk dapur berlama2.. huhu..

    ReplyDelete
  8. macam ni punya lawalerrr pizzanya, nak makan pun sayang!

    ReplyDelete
  9. lawa ke.. habis dah masuk perut anak2.. laju je.. x sempat sejuk..:D

    ReplyDelete