Buah tangan dan air tangan Maklong.. Tak kira dari pasar raya atau pasar borong.. Segalanya disini..
Saturday, April 30, 2011
Sawi RAJA Goreng Udang Kering
Ni namanya ikan pelaling.. ada kawan maklong yang tak kenal ikan pelaling mana satu.. kalau jawa belah perak cakap ikan temenung.. ni ikan kegemaran anak beranak maklong.. sorang boleh habis 2 atau 3 ekor..
Ini adalah antara menu maklong petang dan malam ni.. selepas solat zuhur tadi.. paklong masih belum balik dari kerja part-time.. maklong terpaksalah bawa syafika pergi ke NSK.. beli lauk dan sayur.. maklong ternampak sayur yang menantu maklong suka beli ni.. dan baru2 ni nannie pun ada masak sayur ni.. tapi lupa nak tanya nama sayur tu.. jadi, maklong hari ni tanya kat amoy yang ikat sayur kat NSK.. dia kata.. sawi gajah.. ye ke..? bukan sawi gajah.. sawi RAJA.. haha pekak betul maklong ni..
Resepi untuk masak sayur ni sama je macam nak goreng asparagus..
Bahan:
2 ikat sawi gajah dipotong pendek2
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
segenggam udang kering*
15 biji cili api merah*
sedikit belacan*
garam & aji
Cara:
Tumbuk semua bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan sawi gajah.. gorengkan diatas api yang besar..
masukkan garam dan aji secukup rasa..
tutup api.. sedia untuk dihidang..
Inilah rupa sawi gajah sebelum dimasak.. uols pernah ke masak sayur ni..? kalau tak pernah cubalah.. sedap.. macam kangkung.. maklong makan dengan ikan pelaling goreng.. simpel kan..
oo..sawi gajah ke namanya ni maklong?kalo tanya kat penjual katanya sejenis bayam aje..hehe..mekasih kongsi namanya.. :)
ReplyDeletesy biasa msak sayur2 spt kangkung n sebagainya mcm maklong gak..cuma x letak cili padi byk sbb anak2 x thn pedas..sendiri masak ni sng kan maklong,,leh ejas nak krg atau nk lebih..hehe
maklong pun baru tahu hari ni.. selalu main beli dan masak je.. :D
ReplyDeleteanak2 maklong dah besar2 panjang.. tu yang masak pun pedas2.. cucu pulak belum pandai makan sayur.. tu yang bestnya masak sendiri kan..
saya selalu nampak sayur ni, tak pernah pulak cuba beli, lagipun tak tau nak masak macam mana..MAKLONG berkongsi ilmu yang baik, boleh cuba ni :)
ReplyDeletelain kali nampak beli tau.. cuba masak.. sedap..!!
ReplyDeleteSalam Along Maklong. Puas saya postkan dalam FB tanyakan mengenai nama sayur ini. Saya pun beli kat NSK juga. Ada seorang perempuan Cina yang rekomenkan sayur ini. Dia kata sedap dan terangkan kepada saya cara-cara untuk memasaknya. Ramai orang yang tidak tahu nama sayur ini. So setiap jawapan nama sayur yang saya terima dari rakan-rakan FB saya cuba cari dalam internet dan kaitkan dengan gambar sayur ini. Finally nama sayur `Sawi Raja' yang saya taipkan membawa saya ke blog ini dan gambar sayur ini sepadan dengan sayur yang saya beli kat NSK tu. Memang tidak dinafikan memang sedap sangat. Ada resepi sayur goreng ini dalam blog saya. Kalau ada masa, singgah-singgahlah kat blog saya di sajiandapurbonda.blogspot.com Boleh bertukar-tukar resepi...
ReplyDeletekalu tak salah, yg ni bayam malabar hijau. satu jenis lg merah. sgt berkhasiat.
ReplyDelete