Buah tangan dan air tangan Maklong.. Tak kira dari pasar raya atau pasar borong.. Segalanya disini..
Tuesday, April 26, 2011
Sambal Bilis Campur Petai
Ini hidangan tengahari maklong hari ni.. simpel je kan.. ada telor masin dan ikan selayang goreng.. sebagai lauk tambahan..
Semalam masa maklong nak beli vanilla.. kat kedai berhampiran rumah maklong ni.. toke kedai tu bawak petai 1 ikat besar.. tokeh tu kata harganya cuma rm20 je.. you mau ka..atak lagi sana..? tokeh tu tanya maklong.. saya mau tapi tapi tak mau banyak.. you kasi you punya rm5 boleh..?
Apek tu terkedu sekejap.. nak cuba fahamkan apa yang maklong nak kut.. maklong pun tanya lagi.. boleh ka..? tak kesah lah you mau kasi saya berapa papan pun.. tokeh tu cakap.. boleh2.. dia ambilkan maklong setangkai dari beberapa tangkai yang dia beli.. ada 9 papan.. cukup..? dia tanya maklong.. maklong pun cakap.. tambah lagi satu lah kasi cukup 10.. ok2.. taukeh tu kata..
Seronoknya maklong dapat petai yang cun dengan harga murah.. lebih murah dari kat pasar borong.. maklong ucap terima kasih kat tokeh tu banyak2 kali..
Pagi2 lagi maklong dah berangan nak masak sambal bilis campur petai.. resepi macam buat sambal bilis cuma tambah petai je..
Bahan:
2 genggam ikan bilis
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan
1 mangkuk cili kisar
1 mangkuk petai yang telah dibuang kulit
garam & aji
gula
Cara:
panaskan minyak.. goreng bilis sekadar layu je.. kalau suka garing boleh juga..
masukkan bahan tumbuk.. tumiskan hingga kekiningan..
masukkan pula cili kisar.. tumiskan lagi hingga naik minyak..
jangan lupa garam.. aji dan gula secukup rasa..
bila dah ok tutup api.. masukkan petai..
sedia untuk dihidang..
Asparagus goreng belacan campur udang kering..
Sayur asparagus lagi.. kali ni maklong pilih yang gemuk2 sikit.. rasanya memang sedap.. lebih sedap dari kacang panjang.. maklong tak berani sangat makan kacang panjang.. sebab takut sakit urat terutamanya urat kaki.. jadi ganti dengan asparagus..
amboiiii cantiknya nampak sambal tumis tu
ReplyDeletecantik ke..? terima kasih..
ReplyDeleteMaklong...
ReplyDeleteSambal tumis petai tu memang fav cek...dulu2 sebelum khawin kurang makan2 petai ni...skrg suka sgt...cuma cara cek masak beza sikitla...cek masak ...petai tu sekali ngan kulit2nya...sebelum dimasak direbus dulu...
Cek..
ReplyDeletesama dengan maklong.. dah umur 35 tahun baru cuba makan petai.. lepas tu jadi suka..
kalau masak dengan kulit.. ada orang cakap boleh jadi ubat kan.. tapi maklong tak pernah cuba lagi.. nanti2 nak cuba jugaklah..
Assalamulaikum Mak Long. salam perkenalan juga dari CT. Nampak menarik lauk pauk yang dihidangkan di blog Mak long ni. semuanya lauk2 kampung yg sungguh menyelerakan. Air tangan ibu memang sedap sangat2 tapi CT dah rindu nak merasai masakkan air tangan arwah mak..rindu sangat2.
ReplyDeleteTerima kasih mak long sebab sudi singgah blog Dapur CT yang serba kekurangan. Mintak tunjuk ajar pada orang lama lebih banyak rahsia nya :D
CT minta izin nak link dan follow ya mak long :D
Assalam maklong, terima kasih folo saya, pg tadi dh dtg folo. mmg best je nmpk sambal petai tu..kalo dpt mkn lagiii best.
ReplyDeleteSaya dh masuk maklong dalam bloglist saya
waalaikumsalam CT.. terima kasih sudi membuat kunjungan balas ke blog maklong.. terharu you..
ReplyDeletealah.. lauk biasa2 je.. :D
sila2.. maklong izinkan.. dan terima kasih sekali lagi..
waalaikum salam liza..
ReplyDeletesama2.. sambal tu tinggal bilis je.. hehehe..
terima kasih liza..
salam,mak long punya resepi mudah follow dan nampak menyelerakan ..suka tengok mak long punya blog ...hehehe.saya niw baru jew nak belajar masak ...
ReplyDelete