Sunday, April 10, 2011

Puding Buah2an Campuran


Inilah rupa jelly maklong selepas disejukkan dan diterbalikkan dalam pinggan..



yang ini saja maklong isi dengan buah peach dalam tin juga..

Assalamualaikum semua..
Hari ni pagi2 lagi maklong dah siap buat puding
serbuk jelly tu maklong beli dah lama.. cuma maklong tak ada semangat nak buat.. sehingga pagi ni semangat tu datang dengan sendirinya..

Maklong tak pernah buat sendiri jelly ni.. selalunya diana yang buat.. tapi kalau dia yang buat mesti perasa coklat.. sedap jugak.. tapi sekali2 nak juga buat yang lain sikit kan.. kebetulan paklong ada bawa balik buah2an campur dalam tin.. so, senang kerja maklong..

Resepi puding ni maklong ambik dari arahan yang ada kat luar bungkusan serbuk jelly yang dah siap bergula.. maklong beli kat NSK.. cuma maklong tambah susu cair supaya lembut sikit.. maklong dapat 2 bekas.. berapa hari nak habiskan ni..

Bahan:
1 bungkus jelly 250gm
1 liter air
300 ml susu cair
1 tin buah2an campuran
2 helai daun pandan

Cara:
masukkan susu dan air kedalam periuk.. masak diatas api perlahan.. kemudian masukkan jelly sedikit demi sedikit.. masukkan juga daun pandan..
masak hingga air menggelegak.. tutup api
kacau lagi dalam lebih kurang 5 minit..
tuang buah2an campuran didalam acuan.. dan tuang pula jelly..
biar sejuk.. masukkan kedalam peti ais..
bila dah sejuk bolehlah dihidang..

No comments:

Post a Comment