Monday, April 11, 2011

Pressure Cooker

Setiap apa yang kita impikan pasti akan jadi kenyataan.. yang penting kita usaha untuk menggapainya.. tak kira apa pun bentuk impian kita tu.. bagi maklong untuk memiliki pressure cooker ni pun impian juga..


Hitam itu cantik.. hitam itu menawan.. hitam tu tak nampak kotor..
Non-stick pressure cooker yang telah dapat dimiliki.. maklong senyum sampai ketelinga.. lepas ni boleh jimat gas.. yoyo je..


Selamat petang semua..
Sebelum ni maklong banyak dengar tentang pressure cooker ni..tapi maklong tak pernah nak kesah.. bila maklong berblog.. selalu merajinkan diri menjelajah keblog kawan2 dan anak2 yang lain.. barulah terfkir alangkah baiknya kalau maklong boleh memilikinya sebijik.. maklong kan suka makan daging berbanding ayam.. tetapi maklong tak suka masak daging sebab nak masak daging mengambil masa yang lama bagi maklong..

Ada juga kawan2 yang sarankan maklong beli perssure cooker ni.. bila tanya harga maklong rasa macam mahal sangat harganya.. tanpa memikirkan kebaikan yang tersenarai.. Hari jumaat lepas maklong adalah terpandang pressure cooker ni kat NSK.. maklong macam berkenan je.. tapi maklong tangguhkan dulu sebab maklong nak dahulukan yang lebih perlu.. petang ni maklong tak boleh nak tahan keinginan maklong.. maklong terus ajak paklong ke NSK beli.. Alhamdulillah.. dapat jugak..

Sempat belajar sikit2 je cara gunakan periuk ni.. sebab tak boleh berlama2.. paklong tunggu maklong kat dalam kereta je.. paklong pun tak kesah dan tak tanya pun berapa harga periuk ni.. lega..

Yang penting.. periuk ni boleh masak macam2 masakkan.. ingatkan untuk masak daging je.. bendul betullah maklong ni.. hehehe..

12 comments:

  1. Waaa...comelnya pressure cooker maklong...warna hitam lagi...hitam kan menawan dan sememangnya telah menawan maklong kan...mesti mak long tak sabo2 nak guna kan...nanti leh share resepi kat sini...

    ReplyDelete
  2. comel ke..? tq2.. hehe..
    hitam & merah memang warna kesuakaan maklong..
    tu lah.. tengah dok bincang dengan anak ni.. nak masak apa untuk merasmikan periuk maklong ni.. teruja u.. hehe..

    ReplyDelete
  3. dulu kwn sy suka mask kacang kuda kat tpt keja guna periuk nila. Selalu sgt. Tapi sy xsuka kacg kuda dia psai lembek.. dh jd mcm keledek rebus...hilang rasa sebenar kcg kuda... terlajak rebus ler tu..

    ReplyDelete
  4. berapa hingit ni maklong? saya beli tak sampai rm150 kot kat langkawi.

    ReplyDelete
  5. makngah.. kawan tu rebus lama sgt kut..
    ecece.. macam lah aku reti nak bagi tak lembut sgt.. eceli aku suka yang lembut.. gigi dah tak kuat.. haha..

    kak jee.. depa letak rm237.. masa mula2 tanya ritu dia kata boleh kurang rm220.. bila dah bbtul nak beli dia bg kurang rm230.. (org lain)
    dah berkenan bayar jelah.. hati bengkek.. hehe..

    ReplyDelete
  6. wah,kita sama suka hitam n merah..kiki..

    ReplyDelete
  7. lah.. ye ke..
    kalau macam tu kita serupaaa.. hehe..

    ReplyDelete
  8. mmg Pressure cooker biasa kat kl regenya cam tu. masa gi langkawi kalau x silap rm130. lupa dah walaupun beli januari ari tu.

    ReplyDelete
  9. ooo.. ye ke..
    wow..!! murahnya rege kat langkawi..
    tak pernah pergi pun..

    ReplyDelete
  10. Mak long sy belum ada lagi benda alah tu... nk gak rembat satu buat main masak2 kt dpr tu nnti...org kt mudah kerja pki ni.

    ReplyDelete
  11. CT.. rembat.. jangan tak rembat..
    boleh jimat masa.. jimat gas..
    cadangan maklong belilah elektrik punya..
    dengarnya lagi senang nak guna..

    ReplyDelete
  12. memang betul.. pakai ni memang menjimakan masa dan tenaga.. memang patut ada untuk setiap rumah..

    ReplyDelete