Wednesday, April 6, 2011

Nasi Goreng Sardin



Selamat pagi semua.. macam biasa, hari ni maklong bangun awal.. walaupun malam tadi maklong naik tidor lewat.. sebab anak maklong yang sulung sakit.. maklong pun tak pasti sakit apa.. dah masuk 3 hari.. perutnya tak boleh diisi.. bila minum atau makan akan muntah.. bila dah habis muntah.. meludah pulak setiap 3 minit sekali.. orangnya dahlah memang kurus kering.. bertambah2 keringlah dia.. menantu maklong pulak tengah mengandung.. sob2..

Bila sampai rumah maklong malam tadi dari rumah sewanya kat kelang.. maklong tiup2 apa yang maklong tahu sikit2 dan bancuhkan soya organik milelea.. suruh dia minum sikit2.. maklong belikan sup.. suruh dia makan pelan2.. dan masa maklong bangun awal pagi tadi.. dia masih tak boleh tidor.. dia mintak maklong buatkan nasi goreng sardin.. makanan kegemarannya dari kecik2 lagi.. oleh kerana nasi sejuk tak ada.. maklong pun masak nasi dulu..

Selepas solat subuh maklong pun masuk dapur.. goreng nasi ni.. untuk anak yang sakit dan untuk sarapan seisi rumah sekali.. sekuali besar ko.. jom cuba resepi ni..

bahan:
4 mangkuk nasi
1 tin sardin cap ayam
2 biji cili merah*
7 biji cili api merah*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan kalau suka
garam & aji

cara:
tumbuk bahan2 bertanda(*)
tumiskan hingga kekuningan.. masukkan ikan sardin..
hancurkan dan tumiskan hingga agak garing..
rasa garam dan aji secukup rasa..
masukkan nasi.. gaulkan hingga rata
siap..!! mudah kan..

2 comments:

  1. salam maklong. boleh amik award dari bloh kjee. tkasih.

    ReplyDelete
  2. w.salam kjee..
    maklong berterima kasih atas award tuu..
    hehe..

    ReplyDelete