Friday, April 15, 2011

Kuih Kemboja



Selamat petang semua..
Petang ni maklong kan nak kongsi cerita pasal kuih kegemaran maklong ni.. kalau kuih ni maklong suka yang lembik.. selalu beli dapat yang keras macam bingka.. lama dah maklong tak beli kuih ni.. semalam anak maklong yang nama miza dapat gaji so, bawaklah dia shopping.. maklong terpandang acuan kuih kemboja.. terus maklong beli satu.. balik rumah maklong terus cuba buat kuih yang sebelah bawah ni.. tak berapa menjadi.. rupa ada rasa tiada.. sebab maklong guna susu cair je untuk gantikan santan..

Oleh kerana tak puas hati dengan hasil kuih tu semalam maklong cuba lagi hari ni.. alhamdulillah.. kali ni menjadi.. gambar yang sebelah atas tu.. semalam maklong buat sebiji je.. hari buat dua biji..

Maklong teringat satu kisah.. masa tu maklong duduk kat felda keratong 8.. ada pertandingan buat kuih ni.. ketua blok suruh maklong wakilkan blok maklong.. nak tak nak.. maklong setuju.. maklong pinjam acuan dari jiran depan rumah maklong.. maklong buat kuih tu sebiji je.. nak jimat kos kononnya.. resepinya macam buat kuih bungka.. keras sikit

Bila kuih tu nak di bawa ke balai raya.. arwah suami maklong yang nak tolong hantarkan.. entah macamna kuih tu terjatuh atas lantai rumah maklong.. maklong punya menjerit dan menangis.. dengan rasa bersalah dan tanpa berkata sepatah pun.. arwah suami maklong kutip kuih yang jatuh tu dan letak balik kat pinggan semula.. dan terus hantar kuih tu.. masa tu tak reti pun nak hias kuih tu.. kosong macam tu je.. bijan pun maklong tak bubuh..

Bila acara kemuncak.. pengumuman pemenang diumumkan.. maklong sebenarnya dah boleh agak yang maklong tak kan menangnya.. orang lain punya cantik2 dan dihias dengan berbagai hiasan sampingan.. cuma yang lain2 tu guna acuan bingka dan acuan2 lain.. maklong punya sorang yang acuan bentuk macam kuih kemboja ni.. Bila blok 11, kuih maklong tadi diumumkan sebagai pemenang pertama.. maklong terkejut beruklah.. rupanya pengadil tengok rupa.. kalu dia rasa.. hancus ko.. hehe..




Resepi yang maklong salin ni bukan resepi yang maklong menang pertandingan tu tau..
ni resepi yang maklong oter untuk 2 biji kuih kemboja yang agak lembut.. kalu sapa2 suka keras sikit.. tambah tepung sesudu ke dua sudu..

Bahan:
1 cawan santan
1 cawan air dari daun pandan yang dikisar
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula
2 biji telur ayam gred A
2/3 cawan tepung gandum
sedikit pewarna hijau
sedikit bijan untuk hiasan
(maklong guna cawan arcopal)

Cara:
masukkan semua bahan kedalam blender.. blend beberapa minit..
panaskan oven 180`C.. leserkan acuan dengan majerin..
masukkan 350ml adunan tadi kedalam acuan.. taburkan bijan diatasnya.. dan bakar selama 20 minit.. atau sehingga agak garing dan kekuningan..

6 comments:

  1. haha.. yelah nani..
    kalau guna cawan corelle besar..(mug)
    boleh dapat 4 biji kuih tu..
    mau terlebih makan makcik ko ni..

    ReplyDelete
  2. sy tau sbbpa kuih dh tlungkup tu leh menang.... ada doa yg tlh dibaca dr hati yg sebegitu tulus. Hehe..

    ReplyDelete
  3. haha..tak pernah tau plak mak penah menang prtndingn wat kuih..hihi
    kuih tu jatuh,tapi tak pecah2 ke mak?

    ReplyDelete
  4. makngah.. ye lah kut.. huhu..

    adik.. rasanya, masa tu adik tak lahir lagi..
    kuih tu tak pecah.. sebab keras kut.. hehe.. retak sikit, tapi arwah abah betulkan sikit bagi nampak elok..

    ReplyDelete
  5. Tepung 2/3 tu x smpai secawan la kan..

    ReplyDelete