Friday, April 8, 2011

Jemput2 Pemalas @ Cekodok Bilis



Sarapan pagi maklong..
Ni feberet kami anak beranak masa dolu2.. nak2 musim2 hujan.. sekilo tepung pun tak cukup tau.. sampai sekarang pun, kalau berkumpul anak beranak je.. anak2 akan suruh maklong buat cekodok ni.. tapi entah kenapa kebelakangan ni, jarang sangat maklong nak buat benda ni.. jemu kut..

Masa maklong kerja security kat Keramat dulu.. maklong rajin buat cekodok bilis ni.. anak2 yang sejawatan dengan maklong suka sangat dengan kuih ni.. lagi pun masa tu mana ada maklong tahu buat kuih lain.. rasanya modal pun kureng..

Buat cekodok bilis ni nampak je senang.. tapi tersalah bancuh boleh jadi liat atau pun keras.. maklong selalu ajar anak.. kalau nak bagi cekodok ni lembut walaupun dah sejuk.. masa bancuh tu jangan beria2.. kacau lebih kurang sudah..




Resepi untuk cekodok maklong kali ni ada tambah sikit.. 2 sudu mentega.. biar rangup katanya.. dan hasilnya memang rangup.. oleh kerana kucai tak ada, maklong gantikan dengan daun sup..

Bahan:
500gm tepung gandum
segenggam ikan bilis ditumbuk
segenggam udang basah ditumbuk
1 labu bawang besar holand dihiris
3 ulas bawang merah dihiris
5 pelepah daun sup diptong pendek
1 biji telur
2 sudu mentega
garam

Cara:
Satukan semua bahan diatas.. bancuh gunakan air secukupnya..
biar adunan agak cair sedikit..
panaskan minyak dan gorengkan hingga garing..
angkat dan toskan..
siap..!!

2 comments:

  1. sapa kata wt cekodok tu senang cek ooi

    tambah2 cekodok pisang, pada sy,tauk sekali lam belanga, lpas tu repair tambah tepung ke, tauk sekali lagi repair... tu dulu2 la...

    dah buat cekodok pun kdg2 setahun sekali pun payah, xingt konsentrasi tepungnya... haha

    ReplyDelete
  2. betuilah makngah kan..
    susah jugak kalau nak bagi ok..

    aku pun.. kalau buat cekodok pisang selalu kena repair.. hahaha.. x sangka awak pun wat mcm tu jugak..

    ReplyDelete