Buah tangan dan air tangan Maklong.. Tak kira dari pasar raya atau pasar borong.. Segalanya disini..
Friday, April 29, 2011
Ayam Masak Semur Bali Resepi Bonda
Assalamualaikum semua..
Tengahari ni maklong kena masak jugaklah.. sebab anak maklong si Diana tu tak dapat cuti hari ni.. maklong suruh menantu maklong beli ayam sekor.. sebab maklong nak cuba resepi yang mak maklong selalu masak bila hari raya..
Malam tadi maklong call mak maklong.. tujuannya nak tanya resepi semur bali ni.. tapi maklong terkedu sekejap sebab suara mak tak seceria selalu.. macam tengah lemah je.. rupanya memang ye.. mak tak sehat macam biasa.. mak maklong ni ada lemah jantung.. batu karang dan selalu sakit kaki.. maklong ajak mak datang rumah maklong tapi dia menolak.. dan memang perangai maklong tak suka mendesak..
Resepi untuk masak semur bali yang mak maklong bagi ni tak berapa lengkap.. jadi maklong agak2 je bahannya ikut citarasa maklong..
Bahan:
1 ekor ayam potong 14.. goreng jangan garing sangat
2 sudu kerisik
1 cawan santan pekat
1 mangkuk bawang goreng tumbuk lumat
1 cawan kicap
1 cawan cili kisar
5 ulas bawang putih*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
aji & gula
Cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan.. masukkan bunga lawang dan kayu manis dan cili kisar.. tumiskan hingga terbit minyak..
masukkan pula bawang goreng tumbuk.. santan.. kerisik.. kicap.. aji dan sedikit gula..
masukkan ayam dan gaulkan hingga rata..
sedia untuk dihidang..
resepi turun temurun, harus cuba juga ni..presentation ayam tu memang vogue MAK LONG :)
ReplyDeletesila2 dicuba..
ReplyDeletevogue..? isshhh.. ye ke.. terima kasih..:D
wah!!!!! terasa begitu laparrrr sekali nengok ayam ni...mcm dh lama betol x makan ayam. kt sabah ni ikan lagi murah
ReplyDeletenak pelawa ayam makcik yang sedap ni pun dah habis licinnn.. rumah makcik ni kalau hari jumaat ramai anak2 balik..
ReplyDeletekat selayang ni pu sekarang ayam mahal jugak sekor rm14.. sekg rm7..
Assalamulaikum Maklong
ReplyDeleteCT doakan semoga mak maklong sepat sembuh dan sihat2 selalu.
Lauk dayam semur ni kalau makan dengan nasi impit pun bole kan maklong, kecur pulak CT tengok. Tapi tunggu lambat2 sikit lah kalau nak masak. Tak bole makan ayam selalu muak lah CT. anak2 ni suka sangat makan ayam. nanti nak tukar daging bole ehh.. hehehe
Waa`laikumsalam CT..
ReplyDeleteAminnnn.. terima kasih diatas doa CT..
Mak maklong masak ni memang makan dengan nasi impit.. sedap sangat.. air tangan ibulah katakan..
kalau tukar dengan daging pun ok.. nanti kita cuba yerk.. hehe..
ala..maklong..sedpnya mata ni tengok.. perggghh..sedap nanti saya nak buat!
ReplyDeletenorlie.. yang ni memang sedap.. bukan maklong sorang yang cakap tau.. anak2 maklong pun cakap.. siap suruh masak lagi.. hehe
ReplyDeletesenang2 nanti cubalah..
kenape lain je cara masak semur maklong ni. semur ni berasal dari mana ye?
ReplyDeletenatasya..
ReplyDeletemaklong tak pasti dari man resepi ni.. tapi maklong belajar dari mak maklong yang tinggal kat kampung.. sg. tiang, bagan datok..
Assalamualaikum Maklong, sedapnya ayam semur bali ni...mmg ada kelainan. terima kasih sudi berkongsi resepi yg lazat ni yea!! :))
ReplyDeletesedap masakan ni.tq resipi.suami pun cakap sedap.
ReplyDeleteYa Allah sedapnya nampak..in shaa Allah nak cuba nanti...mak long jom singgah dan follow blog ayu http://qaysaasupplement.blogspot.com terima kasih...
ReplyDelete