Buah tangan dan air tangan Maklong.. Tak kira dari pasar raya atau pasar borong.. Segalanya disini..
Sunday, March 6, 2011
Sambal Bilis
Dah dua hari pc maklong ni meragam.. malam ni baru ok.. so, maklong pun bolehlah meneruskan aktiviti maklong macam biasa..
Sambal ni menantu maklong C.Ja yg nak masak mulanya.. tp, bila semua bahan dah disiapkan.. maklong lah yang masak.. maklong sebenarnya sgt jarang buat sambal guna cili kering ni.. yelah.. malas nak blend cili.. tu yg selalu guna cili api.. oleh kerana menantu maklong ni mengandung.. layan jelah.. lg pun dia dah siapkan semuanya.. hasilnya.. sedap dan dah licin pun..
bahan:
2 genggam ikan bilis digoring hingga garing
2 biji kentang potong kecil dan digoreng
5 sudu cili kisar
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
sedikit belacan*
garam dan aji
sedikit gula
bawang besar
minyak untuk menumis
cara:
tumbuk bahan bertanda *.. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan cili kisar.. tumiskan lg hingga agak garing..
masukkan air asam jawa.. garam, aji dan sedikit gula.. bawang besar..
padamkan api masukkan kentang dan bilis..
No comments:
Post a Comment