Buah tangan dan air tangan Maklong.. Tak kira dari pasar raya atau pasar borong.. Segalanya disini..
Friday, March 25, 2011
Nak Merapu Kejap
Nilah hadiah untuk diri maklong sendiri.. janganlah ejek.. selama ni maklong kalau nak sukat apa2 yang main liter.. guna botol susu cucu je.. kadang2 guna shaker.. lawak kan..
Ni pulak.. kek dan brownis yang maklong beli kat 6ret resepi.. satu family makan pun tak boleh habis.. bukan beli sebiji.. sepotong je..
Ni pulak lauk yang maklong masak untuk paklong.. lauk yang penuh dengan memori silam.. ikan goreng yang tak habis jangan buang.. sayang.. so, buang tulangnya buat sambal macam ni.. dah habis pun.. kan tak membazir..
Hari ini seharian maklong rehatkan badan dan minda sekali gus setelah sepanjang minggu melayan kerenah cucu2 yang bermacam ragam.. terasa lapang fikiran maklong dapat membuat aktiviti yang dah agak lama jugak maklong tak dapat lakukan secara solo.. shopping..!! setiap bulan maklong akan hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri.. hadiahnya tidaklah mahal.. cukup sekadar sesuatu yang maklong suka dan perlukan.. dan kadang2 hanya sekadar memenuhi kehendak sahaja.. yelah sekadar untuk menghilangkan penat lelah menjaga cucu2 selama sebulan demi sebulan..
Sebelum maklong beli untuk diri sendiri.. maklong dulukan keperluan mak maklong.. minggu lepas anak saudara maklong hantar sms.. "maklong.. blender embah rosak.. embah suruh maklong belikan" Oleh kerana baru hari ini maklong ada masa untuk membelikan blender yang mak maklong nak.. maklong pun ke mydin.. sambil memilih deretan blender dari berbagai jenama dan harga.. maklong berfikir sendirian.. kalau untuk anak pastinya maklong akan beli yang ok sikit.. so, untuk mak pun maklong pilih jenama yang ok jugalah.. tidak murah sangat dan tidaklah mahal sangat.. kira didalam kemampuanlah..
Sebenarnya ada banyak perkara yang maklong ingin nak kongsikan.. cuma maklong teragak2 untuk meluahkannya.. sebab almaklum sajelah.. bahasa maklong ni bahasa orang tua.. yang baru nak celik dari buta IT.. tu pun masih rabun2 ayam.. bukan apa maklong ni dulu2 mak tak bela.. anak yang diberikan kepada orang lain untuk dibesarkan dari umur maklong setahun enam bulan.. jadi maklong dengan mak macam tak rapat sangat.. tapi sedaya upaya maklong hormat mak macam orang lain hormat mak masing2.. sampailah satu masa anak maklong yang seramai empat orang ni dah habis kawin.. tinggallah maklong terasa keseorangan.. bermula dari situlah maklong mula berfikir untuk memberi lebih kasih sayang dan perhatian untuk mak supaya anak2 maklong juga akan berbuat benda yang sama bila maklong tua macam mak.. tanpa mengambil kira apa adik2 maklong bagi untuk mak.. sama ada lelaki atau perempuan.. lagi pun sementara umur mak maklong masih ada..
Alhamdulillah.. sekarang ini maklong dah berjaya membuang apa juga yang tak baik yang melibatkan mak.. biarlah dia tak bela pun dia tetap mak maklong dunia dan akhirat.. maklong akan terus sayang mak selagi hayat dikandung badan.. maklong selalu memohon maaf dari mak salah silap maklong selama ini.. dan maklong mohon agar Allah akan ampunkan dosa maklong terhadap mak.. dan maklong percaya mak sayangkan maklong sama macam mak sayangkan adik2 maklong walaupun kami berlainan bapa..
Kepada anak2 yang bertuah.. dibela dan dibesarkan oleh mak masing2 bersyukurlah.. dan sayangilah mak dan ayah sebagaimana korang menyayangi anak2.. janganlah sayangkan anak2 sahaja hingga lupa untuk sayangkan mak.. lebih2 lagi mak yang telah tua.. berapa lama lagilah kita boleh berbakti kepada mak..
Cntik header blog mak long sy suka.... blog ni pun cantik... salam kenal dr sy di.. HTTP://MENUARIZAH.BLOGSPOT.COM.
ReplyDeleteCT.. terima kasih..
ReplyDeleteterima kasih sekali lagi.. salam perkenalan dari maklong juga..
nak sukat apa2, guna botol susu cucu...
ReplyDeleteayat ni buat sy terharu.... huhu...sgt mencuitkan hati...
huhu.. yalah dulu kan jarang nak masak yg pelik2.. nak masak apa main campak2 je..
ReplyDeletebila nak masak ssekali tu bru terfikir perlu ada satu bnda penyukat ni..
utk sementara.. yg aku nampak botol susu cucu aku.. haha..
Assalam mak long...mula-mula baca entri ni tadi saya gelak sorang2 dgn ayat sempoi tu, bila nak ending tetiba sebak lak..maklong dah buat saya jiwa kacau, sy masih remaja ok tp suka berkawan dgn org retro mcm maklongz dpt kutip ilmu org dh byk mkn garam ni...hihihi...jgn marah yee...selamat bkenalan maklong, kes tu lbh kurang kita jugak la...
ReplyDelete