Wednesday, March 30, 2011

Masak Lemak Pucuk Ubi + Tempoyak



Pagi tadi.. semasa cucu2 maklong nyenyak tidor.. maklong keluar meninjau2 pokok ubi yang tumbuh liar kat kaki bukit depan rumah maklong.. mmm.. ada pucuknya yang mudalah.. maklong pun terus petik pucuknya yang beberapa batang sahaja.. siap ada pacat naik kekaki maklong.. pelik kan.. dah lama maklong tak jumpa pacat ko..

Masa pergi pasar borong tadi maklong beli pucuk ubi 1 ikat.. untuk tambah dengan pucuk ubi yang maklong dah petik.. dapatlah semangkuk selepas dimasak.. maklong masak lemak campur dengan tempoyak.. sedappp..!!

bahan:
2 cekak pucuk ubi.. rebus hingga lembut
3 ulas bawang merah*
10 biji cili api merah*
1/2 inci kunyit hidup*
segenggam ikan bilis*
3 sudu tempoyak
1 cawan santan
garam & aji
2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit dipotong kecil2

cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*)
masukkan semua bahan didalam kuali dan masak hingga sebati.. gunakan api kecil..
rasa garam dan aji.. bila dah ok angkat..
bolehlah dihidang..

2 comments:

  1. nape mesti pakai aji? xbahay ker pakai aji?

    ReplyDelete
  2. macam sedap... nanti saya nak try. t. kasih share resepi

    ReplyDelete