Blogger Layouts

Followers

Saturday, March 26, 2011

Bendi Goreng Berkicap



Malam ni maklong masak sayur bendi ni.. anak maklong diana , balik dari kerja terus masuk dapur.. sebab paklong kalau makan mesti nak sayur.. begitu juga dengan diana.. masak simpel sangat.. cepat dan sedap.. maklum dah malam..
sapa2 pun boleh buat.. tapi kalau silap boleh jadi berlendir2 tau..

bahan:
1/2kg bendi potong serong
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit ikan bilis
sedikit kicap

cara:
panaskan sedikit minyak.. tumiskan bahan2 yang telah dihiris dan ikan bilis hingga kekuningan..
masukkan bendi.. gorengkan hingga masak.. kecilkan api..
masukkan kicap dan gaul hingga rata..
sedia untuk dihidang..

Sambal Ikan Bilis + Tempoyak Lagi


Sambal ikan bilis + tempoyak maklong dari dekat.. berkilat2 tempoyaknya..


Ikan puput goreng ni feberet arwah bapak maklong.. paklong dan maklong pun suka jugak.. nak2 kalau dapat beli kat pasir penambang yang baru naik dari laut.. sedap sangatttt...


Hari ni maklong rehat lagi.. maklong cuma kena jaga cucu sendiri sahaja.. syafiqa hari ini baik je.. tak meragam dan tak banyak kerenah.. maklong pulak puasa so, dapur tak berasap lagi..

Lebih kurang jam 5ptg.. hp maklong berdering.. masa tu maklong tengah tidor dibawah buaian syafiqa.. bila maklong jawap panggilan.. Shimah kawan maklong masa sekolah menengah dulu memperkenalkan diri.. dah 30 tahun kami tak jumpa.. jumpa cuma di fb beberapa bulan yang lepas.. dia beritahu dah sampai area flat taman bidara dan nak singgah rumah maklong.. maklong panik sekejap..

Maklong terus kedapur dan buat apa yang patut.. masak air.. panaskan kuali.. goreng apa yang patut.. keropok dr kelantan.. naugget ayam tempura marina.. dan gulungan fish cake.. siap je kawan maklong pun sampai.. berpeluk2lah kami meleraikan kerinduan setelah 30 tahun tak berjumpa.. maklong rasa macam mimpi disiang hari kerana shima hanya datang sekejap sahaja sebab encik suaminya ada hal lain.. terima kasih shima kerana sudi menjenguk maklong.. lain kali datang lagi dan harap jangan datang mengejut ye.. bolehlah maklong masak2 apa yang patut..

Lepas shima balik maklong terus kekedai barang membuat kuih BIBUN.. dekat je dengan rumah maklong ni.. beli sedikit barang untuk membuat kek.. balik dari kedai jam dah menunjukkan 7 petang.. setengah jam lagi waktu berbuka..

Tanpa berlengah maklong masak nasi.. goreng ikan puput.. dan maklong masak sambal bilis tempoyak lagi.. hari tu maklong masak tak cukup bahan.. hari ni maklong masak dengan bahan yang mencukupi.. buat lebih banyak sebab ramai yang suka..

bahan:
4 genggam ikan bilis mata biru
2 genggam cili api merah*
2 biji cili merah besar*
3 ulas bawang merah*
1/2 inci kunyit hidup*
4 batang serai dititik
10 sudu tempoyak
4 helai daun kunyit dihiris halus
garam & aji
gula

cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*)
panaskan 1 cawan minyak.. goreng ikan bilis hingga agak layu sahaja..
masukkan bahan yang telah ditumbuk.. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan pula serai dan tempoyak dan sedikit air..
diikuti garam.. gula dan aji secukup rasa..
akhir sekali masukkan daun kunyit..
dah pun siap..

Friday, March 25, 2011

Nak Merapu Kejap


Nilah hadiah untuk diri maklong sendiri.. janganlah ejek.. selama ni maklong kalau nak sukat apa2 yang main liter.. guna botol susu cucu je.. kadang2 guna shaker.. lawak kan..


Ni pulak.. kek dan brownis yang maklong beli kat 6ret resepi.. satu family makan pun tak boleh habis.. bukan beli sebiji.. sepotong je..


Ni pulak lauk yang maklong masak untuk paklong.. lauk yang penuh dengan memori silam.. ikan goreng yang tak habis jangan buang.. sayang.. so, buang tulangnya buat sambal macam ni.. dah habis pun.. kan tak membazir..

Hari ini seharian maklong rehatkan badan dan minda sekali gus setelah sepanjang minggu melayan kerenah cucu2 yang bermacam ragam.. terasa lapang fikiran maklong dapat membuat aktiviti yang dah agak lama jugak maklong tak dapat lakukan secara solo.. shopping..!! setiap bulan maklong akan hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri.. hadiahnya tidaklah mahal.. cukup sekadar sesuatu yang maklong suka dan perlukan.. dan kadang2 hanya sekadar memenuhi kehendak sahaja.. yelah sekadar untuk menghilangkan penat lelah menjaga cucu2 selama sebulan demi sebulan..

Sebelum maklong beli untuk diri sendiri.. maklong dulukan keperluan mak maklong.. minggu lepas anak saudara maklong hantar sms.. "maklong.. blender embah rosak.. embah suruh maklong belikan" Oleh kerana baru hari ini maklong ada masa untuk membelikan blender yang mak maklong nak.. maklong pun ke mydin.. sambil memilih deretan blender dari berbagai jenama dan harga.. maklong berfikir sendirian.. kalau untuk anak pastinya maklong akan beli yang ok sikit.. so, untuk mak pun maklong pilih jenama yang ok jugalah.. tidak murah sangat dan tidaklah mahal sangat.. kira didalam kemampuanlah..

Sebenarnya ada banyak perkara yang maklong ingin nak kongsikan.. cuma maklong teragak2 untuk meluahkannya.. sebab almaklum sajelah.. bahasa maklong ni bahasa orang tua.. yang baru nak celik dari buta IT.. tu pun masih rabun2 ayam.. bukan apa maklong ni dulu2 mak tak bela.. anak yang diberikan kepada orang lain untuk dibesarkan dari umur maklong setahun enam bulan.. jadi maklong dengan mak macam tak rapat sangat.. tapi sedaya upaya maklong hormat mak macam orang lain hormat mak masing2.. sampailah satu masa anak maklong yang seramai empat orang ni dah habis kawin.. tinggallah maklong terasa keseorangan.. bermula dari situlah maklong mula berfikir untuk memberi lebih kasih sayang dan perhatian untuk mak supaya anak2 maklong juga akan berbuat benda yang sama bila maklong tua macam mak.. tanpa mengambil kira apa adik2 maklong bagi untuk mak.. sama ada lelaki atau perempuan.. lagi pun sementara umur mak maklong masih ada..

Alhamdulillah.. sekarang ini maklong dah berjaya membuang apa juga yang tak baik yang melibatkan mak.. biarlah dia tak bela pun dia tetap mak maklong dunia dan akhirat.. maklong akan terus sayang mak selagi hayat dikandung badan.. maklong selalu memohon maaf dari mak salah silap maklong selama ini.. dan maklong mohon agar Allah akan ampunkan dosa maklong terhadap mak.. dan maklong percaya mak sayangkan maklong sama macam mak sayangkan adik2 maklong walaupun kami berlainan bapa..

Kepada anak2 yang bertuah.. dibela dan dibesarkan oleh mak masing2 bersyukurlah.. dan sayangilah mak dan ayah sebagaimana korang menyayangi anak2.. janganlah sayangkan anak2 sahaja hingga lupa untuk sayangkan mak.. lebih2 lagi mak yang telah tua.. berapa lama lagilah kita boleh berbakti kepada mak..

Thursday, March 24, 2011

Cekodok Sardin




Hari ni maklong tak masak.. untuk cucu2 ni maklong bagi makan apa yang ada je.. sebab maklong hari ni puasa.. kesian anak maklong balik dari kerja.. masuk dapur bukak tudung saji, tak ada apa2.. ah.. biaralah dia.. bukannya budak kecik dah jadi bapak budak pun.. pandailah dia nak cari makanan.. kedai maple ada.. kedai thai food pun ada..

Bila dah pukul 7 petang barulah maklong terhegeh2 masuk dapur.. main capai je apa yang maklong rasa nak capai.. untuk nak berbuka kejap lagi.. apalah yang maklong capai tadi..

bahan:
2 cawan tepung gandum
1 tin kecil sardin cap ayam ambil ikannya sahaja
3 ulas bawang merah dihiris
sedikit daun sup bawang potong halus..
garam secukup rasa

cara:
masukkan semua bahan kedalam satu mangkuk.. bancuh menggunakan air yang agak panas..
gaul hingga rata..
panaskan minyak.. jemputkan adunan tadi.. goreng hingga kekuningan..
angkat.. dan sedia untuk dihidang..
makan sambil layan drama "begitukah cinta".. meleleh airmata maklong..

Wednesday, March 23, 2011

Bubur Kacang Merah



Nilah kerja maklong.. tengok org buat.. maklong pun nak jugak buat.. semalam maklong nampak kjee kita ni buat bubur kacang merah.. terliurlah pulak.. kebetulan malam tadi maklong ke NSK.. shopping barang dapur yang dah habis dan barang2 makan yang maklong nak pos untuk anak2 maklong yang kat jepun tu..

Pusing punya pusing maklong terpandang kacang merah.. 1 peket berat 1kg.. banyak sangat.. tapi maklong pejam mata je terus masuk dalam troli.. bila dah cukup barang2 yang dibeli, maklong pun balik.. sampai je kat rumah maklong terus kedapur.. maklong tergerak hati nak rendam kacang merah yang maklong beli tadi.. bila nak rendam.. baru maklong terpikir yang maklong dah tersalah beli kacang.. tak sama macam kacang yang kjee buat bubur tu.. huhu.. macamana ni..

Anak maklong cakap tu kacang nak buat inti.. maklong terus tanya google.. hoho.. ada jugaklah orang buat bubur guna kacang yang besar ni.. so, maklong pun terus rendam..
awal pagi maklong dah mula rebus.. lamanya macam rebus ketupat tau.. jenuh..!!

bahan:
3 cawam kacang / rendam dulu
1 cawan gula
3 sudu sagu kecil
1 kotak kecil santan
secubit garam
3 helai daun pandan
susu cair secukupnya

cara:
rebus kacang hingga empuk.. 3 jam atau lebih
bila kacang dah lembut.. masukkan sagu.. daun pandan.. gula dan garam
masukkan pula santan..
bila rasa dah ok.. tutup api..
masa nak makan tambah susu cair..

Telur Ikan Mayong Ungkep


Ikan mayong yang dah siap dimasak taucu..



Hari ni maklong dapat ikan mayong yang agak segar.. tengok rupa pun tahu kan.. siap ada telur lagi.. bonuslah kiranya..


Ni lah ikan mayong.. dan dalamnya ada telur yang maklong masak ungkep..



Ni pulak rupa telur ikan mayong yang telah siap dimasak..

Hari ni maklong agak sebuk sikit.. tu yang dah uplod gambar tapi resepi tak timbul2.. maaf ye kepada kengkawan or anak2 yang singgah kt blog maklong yang belum lengkap tadi.. biasalah bila dah dapat gaji ni masuk bank keluar bank.. 1st yang maklong buat ialah bank in duit untuk mak maklong kat kampung.. walaupun tak banyak alhamdulillah.. dapatlah membuatkan mak maklong tersenyum.. ooppss..

Sebelum maklong pergi bank tadi maklong pergi pasar borong.. dari hari maklong beli ikan mayong yg kurang segar dimata maklong hari tu.. maklong dah berkira2 nak beli ikan yang sama.. tapi yang segar sikitlah.. baru sedap dimasak dan dimakan.. anak2 tak perasan pun.. laju je dorang makan.. tapi maklong yang siang ni kenal sangat ikan tu.. tak berapa ok.. tu yang nak makan pun tak berapa laju.. susah jugak jadi orang cerewet ni kan.. alhamdulillah hari ni maklong dapat ikan sebagaimana yang maklong nak.. siap ada telur lagi..

Maklong teruja sangat bila tengah potong ikan tadi terkeluar telur yang dah lama maklong tak jumpa.. dulu2 masa kat kampung adalah sesekali.. alamak..!! maklong nak buat masak apa telur ni.. maklong tanya paklong yang dari tadi macam pelik semacam tengok maklong terkial2 menyiang dan memotong ikan.. yalah selalunya maklong beli ikan dah siap bersiang.. paklong jawap pendek je.. ikutlah..

maklong pun malas nak masak beria2 telur ikan tu.. maklong ungkep jelah.. nak goreng dengan minyak.. takut meletup.. habislah tangan dan muka maklong berparut2 nanti.. bertambah buruklah muka yang dah sedia buruk ni.. nak tengok macamana maklong masak ungkep..

bahan:
1 mangkuk telur ikan
3 biji bawang putih ditumbuk
1 inci halia dihiris
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji tomato
sedikit kunyit hidup ditumbuk
garam & aji
sedikit daun bawang

cara:
panaskan minyak.. tumiskan bawang putih, halia, kunyit dan bawang besar.. hingga kekuningan.. masukkan telur ikan dan sediki air..
kecilkan api.. tutup kuali tulah yang dikatakan ungkep.. bahasa jawa..
sesekali kacau telur tadi supaya masak sekata.. tutup semula..
bila telur ikan telah masak.. masukkan tomato..
garam dan aji secukup rasa.. tutup api.. masukkan pula daun bawang..
sedap jugak rasanya.. maklumlah.. dah lama tak makan telur ikan yang macam ni..

telur ikan maklonng masak ungkep
dagingnya maklong masak taucu pedas sikit
kepalanya maklong simpan dulu kat peti ais..

Tuesday, March 22, 2011

Udang Kertas Goreng Warna-warni



Sebelum subuh tadi paklong bertolak balik ke kampung.. felda keratong 8.. ada urusan yang perlu diselesaikan di felda keratong 5.. maklong tak boleh ikut sebab tugas maklong sebagai baby sitter, kepada 3 orang baby termasuk cucu sendiri.. alhamdulillah paklong tak kesah balik kali ni hanya ditemani anak perempuannya yang kebetulan offday hari ni..

Oleh kerana maklong cuma tinggal dengan baby2 ni.. maklong masak ringkas sangat untuk makan tengahari ni.. untuk abang baby yang sorang tu maklong goreng telur je.. lagi pun resepi maklong kali ni taklah pedas sangat rasanya abang boleh makan nanti bila dia balik dari sekolah..

Apakah resepi ringkas maklong hari ni.. jom layann

bahan:
500 gm udang kertas buang kepala dan ekor
2 biji cili hijau dihiris
1 biji bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
10 biji cili api merah*
sedikit kunyit hidup*
sedikit air asam jawa
garam & aji
sedikit gula
1/2 cawan minyak jagung/masak

cara:
tumbuk kasar bahan2 bertanda (*)
panaskan minyak.. gorengkan udang separuh garing
masukkan bahan2 yang telah ditumbuk.. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan pula air asam jawa.. cili hijau.. bawang besar..
garam.. aji dan gula secukup rasa..
bila rasa dah ok.. bolehlah tutup api dan hidangkan..

Monday, March 21, 2011

Ayam bakar



Sebenarnya, dah lama juga paklong sebut2 pasal ayam bakar ni.. tp, maklong abaikan dulu.. sebab maklong tak berapa suka ayam ni.. lebih2 lagi bila dibakar.. macam hari ni maklong masak ayam tapi maklong makan dengan sayur kobis+tempe dan ikan gelama masam yang anak maklong goreng malam tadi je.. pelik kan.. sebab lidah orang dah berumur macam maklong dah tak sama macam orang muda2 yang sebaya dengan anak2 maklong agaknya..

Resepi ayam bakar ni maklong dapat dari anak maklong, haris yang selalunya rajin bab bakar2 ni.. dia bakar guna arang.. eee.. kalau maklong tak rajinlah.. maklong bakar guna oven je..

bahan:
1/2 ekor ayam
1 inci halia*
1/2 inci kunyit*
5 batang serai*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
10 biji cili api*
5 sudu sos BBQ
3 sudu minyak zaitun
garam & aji

cara:
bersihkan ayam
blend semua bahan bertanda (*)
gaulkan ayam dangan bahan yang telah diblend.. masukkan sekali sos.. garam dan aji.. perapkan 30minit..
panaskan oven dan bakar ayam tadi selama 45 minit dengan suhu 200`C
sesekali sapukan minyak zaitun diatas permukaan ayam..

Ayam Kukus Sos Tiram




Hari ni maklong terlebih rajin.. masak sampai 2 jenis masakkan untuk 1 ekor ayam.. 1/2 ekor maklong kukus.. untuk cucu maklong yang tak makan pedas.. 1/2 ekor lagi maklong bakar..

Bila dah masak kan barulah maklong terfikir.. kalau nak kukus atau bakar ayam ni.. sebolehnya carilah ayam yang muda.. lebih cepat lembut bila dimasak.. ayam yang maklong kukus dan bakar ni agak besar.. 2.2kg.. jadi bila dimasak lambat lembut.. kukus kena lama.. bakar pun macam tu jugak.. sabar jelah..

bahan:
1/2 eko ayam
1/2 labu bawang besar
2 inci halia dihiris halus
3 ulas bawang putih ditumbuk
3 ulas bawang merah dihiris
1 biji tomato dibelah 6
3 batang serai dititik
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap
garam & aji

cara:
didalam loyang pengukus.. satukan semua bahan diatas..
kukus sampai ayam masak dan lembut..

Kuih Dadar Gulung



Pagi ni.. rumah maklong macam lebih meriah dari biasa.. oh yelah.. pagi isnin kan.. ada yang ambik anak.. ada pulak yang hantar anak untuk maklong jaga.. cucu maklong si Syafiqa, pun hari ni bangun awal.. maklong pun cecepat masuk dapur siapkan sarapan untuk pagi ni..

Maklong dah rancang dari malam tadi nak buat kuih ni.. sebab ada inti kelapa lebih buat kuih bom semalam.. semalam CMG buat kuih ni.. tu yang terliur nak buat.. bukan terliur nak makan tau.. kalau setakat terliur nak makan simpang depan rumah maklong ni pun ada jual kuih ni..

Alamak.. baru nak tengok CMG punya resepi.. menantu maklong dah start main poker pulak.. tak pe.. teruskan main, bukan selalu pun.. sambil nak tunggu rancangan tanyalah ustaz kan..

Maklong pun ikutlah resepi jiran maklong masa kat felda dulu.. bila maklong ingat2 balik kan.. dulu masa muda2 maklong ni malas jugak nak masak.. kuih ni dulu maklong beli je dengan jiran ni.. masa tu sebiji 10sen je.. murah sangat kan..eh eh.. panjang pulak cerita maklong pepagi ni..

Ok jom tengok resepi kuih dadar yang kawan maklong ajar dulu2 tapi tak buat pun.. macam pernah cuba .. tapi yelah kan masa tu mana ada kuali non-stick ni.. x mampu nak beli ko.. jadi gunalah kuali yang mak maklong bagi masa pindah.. melekat.. sob2

bahan:
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
secubita garam
3 helai daun pandan blend dan tapis
air secukupnya
inti kelapa

cara:
bancuh bahan diatas kecuali inti kelapa.. hingga sebati
tapiskan.. pastikan bancuhan cair supaya kuih dadar kita tu tak tebal..
dadarkan dalam kuali non-stick.. guna api yang kecil..
bila dah masak angkat.. ulang hingga adunan habis..
kemudian bubuh inti.. gulungkan..
hidanglah bersama air kegemaran masing2

Sunday, March 20, 2011

Kailan Ikan Masin



Rumah maklong ni dah malam pun nak masak lagi.. yelah.. nak buat macam mana kan.. anak n menantu maklong kerja pukul 9malam baru balik.. so, kenalah masak.. tu pun sebab teringin katanya.. malam ni dorang bawa balik sayur kailan dan ikan gelama masam..

Apa lagi kami pun gotong royonglah.. maklong tinggal masak je.. segala perencahnya anak maklong, diana yang sediakan.. lebih kurang macam nilah resepinya..

bahan:
500 gm kailan.. potong dan rendam sekejap
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 biji cili api*
sedikit belacan*
1 ekor ikan gelama masam buang tulang
2 sudu sos tiram
aji

cara:
tumbuk kasar2 bahan bertanda (*)
panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk.. hingga kekuningan..
masukkan kailan.. bila dah agak layu.. masukkan pula sos tiram dan aji
masak sehingga kailan menjadi lembut.. tutup api..
akhir sekali masukkan ikan masin.. gaul hingga rata..
sedia untuk dihidang..

Kuih Bom Keledek




Sehari dua ni cuaca selalu mendung dan kadang2 hujan.. tu yang membuatkan perut selalu lapar semacam je.. tak kan nak makan nasi je kan.. jemu pulak..

Maklong rasa keledek ni dah banyak hari tergolek2 kat dapur maklong ni.. teringat pulak kelapa lebih buat tepek pisang hari tu yang maklong dah buat inti.. yg maklong simpan dalam peti ais.. maklong keluarkan..

Sebelum ni maklong selalu beli je kuih ni kat kakak jual kuih tepi jalan kat selayang jaya.. kalau kat tempat lain selalunya kuih bom dorang buat guna tepung pulut.. maklong lebih suka yang dibuat dari keledek ni..

Apakata maklong cuba buat kuih ni sendiri.. masa maklong anak dara sunti dulu ada jugak jeling2 mak buat kuih ni..jom kita sama2 tengok macamna resepi kuih bom maklong ni.. ingat ye.. resepi ni maklong gunakan keledek siam yang warna merah.. kalu keledek putih kene kurangkan tepung tau.. kalau tak, nanti kuih kita jadi keras.. kan tak sedap tuuu..

bahan:
3 cawan keledek yg telah direbus dan dilenyek
2 cawan tepung gandum
sedikit garam
100gm bijan
inti kelapa secukupnya

cara:
gaulkan keledek, tepung dan garam hingga sebati..
ambil sedikit doh.. leperkan dan bubuh inti didalamnya..
tutup dan bulatkan.. kemudian golek2an diatas bijan..
bila telah siap gorengkan didalam minyak yang telah dipanaskan dengan api yang sederhan..
bila kuih tersebut telah kekuningan angkat dan toskan..
sedia untuk dihidang untuk minum petang..

Ikan Mayong Masak Taucu



Hari ini paklong kerja malam.. so, maklong pepagi lagi dah ajak paklong pergi pasar borong sambil2 hantar anak maklong kerja.. sampai pasar borong maklong jadi blurr.. tak tahu nak beli ikan apa.. ronda punya ronda maklong belilah ikan mayong ni sekor.. ayam dan sedikit udang kertas..

Untuk hari ni maklong masak ikan mayong dulu.. dulu semalam maklong masak sambal taucu ayam kan.. hari ni maklong masak taucu ikan.. resepinya maklong dapat dari abang biras maklong tau.. dia orang melayu perak.. memang terrorlah masak taucu ni.. tapi dia ajar kuahnya agak pekat.. yang ni maklong buat kuahnya macam sup.. sebab anak2 maklong suka hirup kuahnya yang masam2 manis tu..

jom kita tengok resepinya.. pasal kuah tu ikut suka masing2lah ye..

bahan:
1 kg ikan ikut suka.. goreng dulu
5 ulas bawang merah hiris
2 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
3 sudu cuka
5 sudu taucu dicuci
1 biji bawang besar dipotong bulat
3 biji cili hijau dibelah dua
garam, gula & aji

cara:
panaskan minyak.. tumiskan bahan2 yang dihiris bersama bunga lawang dan kulit kayu manis hingga kekuningan..
masukkan pula taucu.. bawang besar dan cili hijau dan juga air
kemudian masukkan cuka.. garam, gula dan aji secukup rasa..
akhir sekali masukkan ikan..
dah siap pun..
maklong hidang bersama bendi rebus dan timun cicah sambal belacan..


Timun dah siap potong.. bendi dah siap celur.. oooppss..!! sambal belacan miza belum buat ko.. masa maklong pergi teman kawan maklong ke NSK tadi dia tgh tidor.. hello.. haris.. gerak miza tu, soh dia buat sambal belacan.. nanti ayah balik sambal tak de.. sambal tempoyak dah licinnn..
Begitulah alkisahnya..

Saturday, March 19, 2011

Petola Masak Tumis Air



Petang tadi paklong call maklong bertanyakan.. apa yang maklong masak untuk dia malam nanti.. siap pesan, masak apa2 jelah asalkan ada sayur.. ok boss..!! maklong hantar mesej kat menantu maklong.. suruh dia beli sayur apa2 tak kesah.. janji sayur..

Bila anak dan menantu maklong balik.. dorang bawak sayur petola.. maklong pun terus masuk dapur.. sediakan bahan2 yang patut..

bahan:
2 biji petola.. buang kulit dan potong serong
3 ulas bawang merah hiris
2 ulas bawang putih hiris
1 biji cili merah hiris
sedikit ikan bilis
garam & aji

panaskan sedikit minyak.. tumiskan bahan2 diatas hingga kekuningan..
masukkan sedikit air.. kemudian masukka pula petola..
garam dan aji secukup rasa..
bila petola dah lembut.. matikan api..
hidangkan bersama ikan goreng dan sambal bilis + tempoyak..

Sambal Ikan Bilis + Tempoyak




Hari ni maklong tinggal berdua sahaja.. dengan cucu maklong yang umurnya baru 2 tahun 4 bulan dan tak suka makan nasi.. maklong jadi mati kutu, tak tahu nak masak apa untuk nak isi satu mulut je ni.. tapi bila perut dah mulai berkeroncong minta diisi.. maklong pun masuk dapur..

Mula2 maklong ingat nak buat sambal bilis biasa yang menjadi kegemaran maklong.. tapi bila maklong nampak tempoyak maklong tukar kepada sambal bilis yang bubuh tempoyak pulak.. sebenarnya maklong tak pernah masak sambal ni.. jadi maklong pun tanya encik google.. macam2 cara yang ditunjuk.. maklong ubah ikut apa yang ada kat dapur maklong hari ni..

Jom kita tengok apa bahan yang ada kat dapur maklong untuk buat sambal ikan bilis campur tempoyak ni..

bahan:
1 cawan ikan bilis
5 sudu tempoyak
2 ulas bawang merah*
20 biji cili api*
1/2 inci kunyit hidup*
sedikit ikan bilis*
3 batang serai dititik
garam & aji & gula

cara:
tumbuk kasar bahan2 bertanda (*)..
panaskan minyak.. masukkan bilis.. goreng bagi layu sahaja..
masukkan pula bahan yang telah ditumbuk dan serai.. tumiskan hingga naik minyak atau kekuningan..
masukkan pula tempoyak dan sedikit air..
garam.. aji.. gula secukup rasa..
bila telah pekat matikan api..
sedia untuk dihidang bersama ulam timun jepun..

Friday, March 18, 2011

Bilis Mata Biru


Yang atas ni bilis yang telah siap dikopek.. bahasa maklong.. dibersihkan atau dibuang kepala dan tahi untuk lebih jelas..


Adakah bilis ni bermata biru.. maklong pun kurang periksa.. sebab sebelum ni maklong beli bilis tak pernah periksa warna matanya..

Setelah berjam2 lamanya maklong menghabiskan masa maklong hari ini dengan mengopek bilis.. teringin pulak maklong nak bercerita sikit tentang bilis.. pagi tadi masa maklong kepasar borong.. maklong ada beli bilis.. oleh kerana bilisnya tak menepati citarasa maklong.. maklong beli 500gm sahaja untuk keperluan maklong..

Malam ni anak dan menantu maklong ajak maklong kepasar malam seri murni, tak jauh dari rumah maklong ni.. masuk je pasar ada orang melayu kita jual ikan bilis.. "kak bilis kak.. bilis mata biru dari langkawi ni.." maklong pun beleklah bilis yang dikatakan bermata biru tu.. sambil tu maklong tanya.. "kalau bilis dari pangkor matanya warna apa dik..?" sebenarnya maklong terasa begitu lucu dengan kata2 si penjuasl bilis tu.. ye ke mata bilis ni macam2 warna..

Setelah maklong puas hati dengan bilis yang bermata biru tu, maklong pun belilah 1kg.. bilis yang maklong beli ni ialah untuk anak maklong yang kat jepun.. sebelum maklong pos, maklong akan kopek bersih supaya bila timbang nanti.. beratnya, taklah termasuk tahi dan kepala bilis.. kalau pasal bilis ni maklong sebenarnya sangat cerewet.. nak yang cun je.. maklong sanggup pergi banyak kedai untuk nak dapatkan bilis yang paling cun.. harga maklong tak berkira.. untuk bilis jelah.. kalau untuk benda lain maklong nak yang murah jugak.. sebab apa bilis yang cun ni.. baunya lemak dan sedap dihidu.. dan bila dimasak rasanya pun sedappp.. kalau bilis yang tak cun tu baunya hapak.. rasanya kurang sedap dan bila digoreng tak rangup..

Sekian.. cerita bab bilis..

Pasar Borong Selayang


Kat sinilah selalunya maklong membeli barang2 dapur.. dekat2 sini jugalah maklong pernah kerja dulu..


Maklong suka juga membeli belah kat sini sebab pasaraya ni dibuka 24 jam..

Hari ni maklong saja nak sembang2 tentang pasaraya yang maklong selalu pergi ni.. NSK namanya.. taklah femes macam tesco.. giant.. or mydin.. nak tahu sebab apa maklong suka membeli belah kat sini..

Pertama sebab kebanyakkan barang yang dijual disini harganya lebih murah dibandingkan dengan tempat lain.. tapi buah2an memang agak mahallah.. keduanya sebab boleh pilih.. tak kira barang apa pun.. sayur2an, ikan, sotong atau apa saja kita boleh pilih.. maklong ni kan cerewet.. seronok sangatlah kalau dapat apa yang kita nak.. dan yang ketiga sebab ianya dibuka 24 jam.. maklong suka pergi kesini awal pagi.. dalam pukul 5pagi lebih kurang.. atau lewat malam dalam pukul 11malam.. pelik ke..? bukan apa.. senang nak dapat parking..

Sebenarnya kalau maklong nak beli ikan dan sayur sahaja maklong lebih suka beli kat pasar borong.. busuk..?? alah.. busuk sikit je.. lagi pun hidung maklong ni dah lali dengan bau pasar borong.. 3 tahun maklong kerja kat pasar borong ni tau.. kerja apa ye..? ikat sayur.. timbang sayur pastu tolak sayur.. tak malu ke..? apa nak malu kan.. kerja halal kan.. maklong bangga tau.. sebab jadi orang melayu yang sanggup kerja pasar borong jadi kuli bukan tokeh untuk nak cari sesuap nasi.. nak besarkan anak2 yang semuanya masih remaja masa tu.. ramai yang sangka maklong ni indon.. maklong tak kesah pun..

Ayam Masak Sambal Taucu


maklong masak sup simple untuk cucu maklong



Hari ni ialah hari offday anak dan menantu maklong.. so, pepagi lagi anak maklong dah sediakan sarapan.. mihun goreng.. bila dah siap kerja rumah maklong pun ajak dorang pergi ke JPJ wangsa maju untuk renew lesen memandu anak maklong yang kat jepun tu.. sambil bertanyakan cara2 nak dapatkan lesen antara bangsa.. oh..!! senang je rupanya..
1 salinan ic
1 salinan lesen memandu
bayarannya rm150 untuk setahun..

Oleh kerana maklong tak bawak salinan ic anak maklong tu.. maklong cuma renew lesen je dulu.. sekejap je dah setel.. sempatlah maklong singgah pasar borong beli lauk untuk dimasak tengahari ni.. hari ni anak2 nak makan ayam.. ayam masak apalah yang sedap.. anak2 kata tak kesah.. ikut mak. so, maklong pun teringat nak masak taucu ayam.. resepi ni maklong dapat dari nenek angkat maklong masa kerja pasar borong dulu.. nenek tu sekarang dah balik indon..

resepi ni maklong ubah sikit, sebab maklong tak biasa masak guna daun salam.. daun limau purut pulak maklong lupa nak beli.. jom kita cuba masak..

bahan:
1 ekor ayam dipotong 16
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
20 biji cili api merah*
2 inci hali*
3 batang serai
3 sudu besar taucu dicuci
3 biji cili hijau belah 2
1 biji bawang besar potong kecil
air asam jawa
garam & aji

cara:
ayam digoreng.. jangan terlalu garing
tumbuk kasar bahan2 yg bertanda (*).. ketuk serai
tumiskan bahan2 yg telah ditumbuk dan diketuk hingga naik bau..
masukkan pula taucu.. cili hijau dan bawang besar dan juga air asam jawa.. garam dan aji secukup rasa..
akhir sekali masukkan ayam..
dah siap..

Thursday, March 17, 2011

Karipap Inti Keledek





Lamanya dapur maklong tak berasap.. baru petang ni maklong teragak nak makan karipap hasil air tangan sendiri.. cucu maklong ikut sama memeriahkan dapur maklong hari ni..
sebab tinggal kami berdua je.. anak n menantu sulung maklong dah pindah kerumah sewa..

Sebenarnya.. intinya maklong buat pagi tadi.. dan maklong ada cuba buat beberapa biji untuk sarapan pagi.. tp, hasilnya sangat tidak memuaskan hati maklong.. petang tadi maklong cuba lagi selepas maklong tanya kawan maklong cara buat kulit karipap yang rangup..

Jom kita tngok resepinya..

bahan:
3 biji keledek dipotong dadu kecil
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
sedikit bilis*
2 sudu serbuk kari
garam & aji

cara:
tumbuk bahan bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan serbuk kari.. masukkan pula keledek dan air
garam dan aji secukup rasa..
masak sehingga keledek menjadi lembut dan keringkan airnya..
angkat dan sejukkan..

bahan untuk kulitnya:
4 cawan tepung gandum
2 sudu mentega dan 2 sudu minyak masak.. panaskan..
air yg dicampur 1 sudu garam..

cara:
masukkan tepung didalam bekas yang senang untuk menguli adunan..
lubang kan tepung dan siramkan minyak kedalam lubang tadi..
gaulkan sehingga sebati.. tuangkan air sedikit demi sedikit..
uli hingga doh menjadi lembut
sedia untuk dicanai.. isi intinya dan kelim..
goreng dengan api yg perlahan hingga garing..